I'll love you for thousands more, Abah.

by - December 18, 2011

Assalamualaikum. 



Abah dah tinggalkan kitorang forever on 3 Dec pada usia 65tahun. Menuju Penciptanya. Sungguh tak sangka abah akan pergi secepat ni. Al-Fatihah.


Masih segar dalam ingatan ...


15 Nov. Abah kena admit kat hospital sebab second stroke attack. Masa tu still lagi okay, boleh cakap, makan semua. Tapi abah tak boleh jalan. Bed ridden. Semua nurse yang tolong buatkan. Kitorang pergi melawat abah setiap petang. Yikna (Aerna) dengan Yikman (Aerman) la yang paling selalu pergi sebab diorang tengah cuti kan. Aku pergi kejap-kejap ja, bila cuti.


30 Nov. Tetengah malam abah call. Dia cakap "Aji, abah lapar ni, aji boleh bawakan makanan kat abah tak?" Aku cakap kat abah aku tak dapat pegi. Aku kat Aimst, dan takda transport. Then abah call jiran yang paling baik dengan abah. Dia (uncle Azli) bawa tosai untuk abah. Uncle Azli cakap, tengok abah makan macam lapar sangat. Dan aku tak sangka, tu la kali terakhir aku cakap dengan abah. Dan Uncle Azli cakap, abah asyik tanya, "Mana Aerzee? Bila Aerzee nak mai?" Uncle kata lagi, abah rindu aku sesangat. Asyik tanya mana aku ja. (Thanks so much, so so much to Uncle Azli sebab jaga Abah and teman Abah everywhere he wanted to go, all this while.)


2 Dec. Mama cakap, abah dah tak sedar. I mean, dah unconscious. Sumpah aku terkejut gila. Dah la baru aku cakap dengan abah. Dah tu aku takdapat tunaikan "permintaan terakhir" pulak. Tambah lagi pasal abah dok cakap rindu rindu kat aku. Nama terakhir dia sebut. Sungguh rasa terkilan. Malam tu, Yikna dengan Yikman ambil aku kat Aimst, aku tidur hospital, jaga abah. Abah dah tak sedar apa. Dia bernafas guna alat bantuan. Tapi bila mama geletek kaki abah, dia macam masih bagi respon. Semalaman aku tahan sejuk takda selimut, pakai tshirt tidur nipis, duduk atas kerusi yang menyakitkan punggung dan pinggang. (And thanks to Nawi sebab offer to bring me selimut/jacket/foods. Thanks so much!) Nak tidur, takut. Bukan takut hantu, tapi takut jadi apa-apa kat abah dan aku tak nampak. 


Dari siang sampai malam, doktor cuba nak masukkan tiub nak makan untuk abah sebab abah asyik taknak makan makanan hospital. (That's why dia cakap dia lapar dan mintak aku bawakkan.) Tapi tak berjaya masukkan sebab abah kan tak sedar, how la he can swallow that tube right?


3 Dec. Mama datang awal-awal pagi. Mama cakap mama nak cuba masukkan untuk abah. Maybe abah nak mama masukkan untuk dia. Oh yep, my mom is a nurse. A good one . Tapi lepas tiga kali cuba, abah still tak boleh telan. Then mama call Yikna dengan Yikman dari rumah ke hospital suruh take over jaga abah kejap sebab aku perlu balik mandi dan pakai baju proper. 


(Mama dengan abah dah divorce almost 7 years. Tapi diorang still baik. Mama dah kahwin dengan papa, and dapat Apit. Abah tak kahwin lagi dah. Before dengan mama, abah dah kahwin dan dapat anak 5, which means anak abah semua ada 8. Dengan first wife, 5. Dengan mama, 3. But then, abah dah divorce jugak dengan first wife. This is a complicated family story.)


Kat rumah tengah siap-siap, Yikna call. Doktor baru mai check abah. Doktor cakap, organ dalaman abah dah tak bagi response. Brain abah dah tak berfungsi. Oxygen level dropped drastically. Abah just bergantung kat alat bantuan pernafasan. Doktor estimate, abah boleh bertahan no longer than 2 days. Astaghfirullahalazim! Terus aku pecut pergi hospital. Doktor connect electrocardiogram kat abah sebab nak observe heart beat dia. Mesin yang nak detect oxygen level pun ada. 


Around 5pm. Kat ward hanya ada aku, Yikna, Achik Nan (adik abah) dengan Achik Ha (isteri adik abah). Mama dengan Yikman dah balik. Aku terus pergi solat Asar kat surau yang bebetul tepi ward abah. Dylla and Raffar cakap diorang nak datang. So lepas aku solat, elok diorang pun sampai. (Thanks so much korang! ♥) Sambil sembang, sambil tengok heart beat abah. Sangat lah tak menentu. Kejap naik sampai 178, kejap turun sampai 80. Tapi lepas tu stabil balik. 


Around 615 pm. Diorang pun balik. Aku kejutkan Yikna suruh solat Asar. Then aku ikut dia pergi surau sekali. Tinggal Achik Nan dengan Achik Ha ja kat ward abah. Lepas solat, Yikna dok bebetul tudung lelama. Aku tanya dia, "Apasal kena pakai tudung lelama?" Dia jawab, "Alaa, kalut-kalut nak pi mana". Lepas keluar dari surau, aku ajak dia tengok permandangan. Ward abah kat tingkat 8, so memang nampak macam-macam lah. Sampai la lebih kurang 10mins, dia ajak aku masuk.


Aku nampak Pak Ngah kat pintu. Dia tepuk-tepuk bahu. Pastu aku nampak Tokwan, Paksu, Along, Irfan, Angah, Ijat (cousins). Tetiba Paksu datang, dia peluk aku. Mesti la aku terkejut, last dia peluk aku, masa aku kekecik lagi, hihi. Dia cakap, Aji sabar, jangan menangis k. Aku sumpah tak dapat cerna apa lagi. Then, aku dengar Pak Njang dengan Pak Lang baca Yasin. Biasalah kan, aku pun dok baca jugak. Diorang ni semua, team baru balik khatan orang. Tokwan aku Tok Mudim.


Then aku nampak mama keluar dari ward. Muka dia dah merah sambil dok sibuk-sibuk kat phone. "Aji, abah dah takdaa." Aku terus merambu time tu jugak. Aku tanya mana Yikman. Mama cakap, dia turun ambil phone kat kereta. Yes, dia tak pernah tinggal phone selama ni. And yes, kenapa aku dengan Yikna kena tengok view dulu? Dan paling penting, apasal aku kena ikut Yikna pegi solat padahal aku dah solat pun before? Yeaaa aku tahu, itu takdir yang Allah dah tentukan untuk kami tigorang. Aku redha.


(Mama cakap, elok-elok team Tokwan sampai, electrocardiogram abah dah makin menurun, sampai tinggal 40. Mama terkejut dan terus panggil doktor. Tokwan sempat ajar abah mengucap. Mama cakap, abah memang nak tunggu Tokwan sampai. Tokwan ni adalah ayah Mama merangkap ex ayah mentua abah.)


Then aku masuk ward abah, tengok electrocardiogram tu dah straight line. Alat bantuan pernafasan pun diorang dah cabut. Nurse tengah dok cuci-cuci badan abah. Aku ambil Yasin dan baca, memang sambil menangis. Then, Yikna cakap, Raffar datang. Dia patah balik nak tengok aku sebab aku bitau abah dah takda. Thanks Raffar! Aku sangat-sangat appreciate that! 


Then malam tu, hospital hantar jenazah abah balik rumah Tokwan. Nak dikebumikan kat perkuburan kampung tokwan pada esok paginya. Ikutkan abah dah takda kena mengena dengan Tokwan. Tapi Tokwan sayang abah, Tokwan sayang kita tigorang. Dan abah pun pernah cakap, kalau dia dah meninggal, dia nak dikuburkan kat perkuburan kampung tokwan. Dekat dengan kitorang. Hajat abah dah termakbul. Alhamdulillah.


Abah selamat dikebumikan pada 1115am 4 Dec. Thanks to Diba dengan Isha yang susah payah datang dari Aimst naik teksi, semata-mata nak bagi support kat aku, nak teman aku sepanjang pengkebumian abah. Sumpah aku terharu! Confirm la tambang teksi pergi-balik mahal kan, eventhough korang taknak cakap pun, aku tahu mesti mahal. Thanks again korang!


Thanks to korang-korang, family, cousins, aunties, uncles, friends, sebab tak putus-putus support aku. Aku tahu aku kuat. On that day (4 Dec), aku cuba sehabis daya taknak menangis, aku cuba sehabis daya nak jadi kuat untuk Yikna, Yikman and mama. Tapi, bila orang ramai datang peluk cium aku, pesan suruh jadi kuat untuk adik-adik, aku sedar, rapuh sungguh aku ni rupanya. Masa kali terakhir nak cium dahi abah, aku tengok mama dah banjir, Yikna pun. Tapi aku tahan. Setitis dua tu keluar jugak. Di hati? Hanya Allah yang tahu betapa dah banjir dah.


.....


No wonder, beberapa bulan masa abah masih sihat, abah selalu cakap, "Aji cepat la cari calon, kahwin cepat, jangan nak lewat-lewat, tu pun kalau nak abah jadi wali." Abah adalah high-educated people. He always encourage me to pursue my dream, to study till the highest level. So, bila dia suruh aku kahwin, agak awkward disitu. Rupanya abah dah dapat sense yang dia akan pergi before sempat wali-kan aku.


Takpa abah, walau siapa pun yang bakal jadi wali Aji dengan Yikna, walau siapa pun yang jadi papa kitorang sekarang, Abah tetap yang pertama di hati. Abah jangan risau, Aji akan pastikan Aji sendiri, Yikna dengan Yikman akan jadi manusia berguna. Aji akan jaga dan didik diorang sebaiknya. Ini janji Aji.


Semoga abah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Semoga abah ditempatkan di dalam Syurga. Abah jangan risau, setiap hari Aji, Yikna, Yikman akan hantar "bekalan" kat abah. Abah tunggu Aji, nanti Aji akan menyusul abah kat sana k. Al-Fatihah.



Abah, I wanted to call you today to say i love you, but your old number is no longer in service. I tried so many times, but the operator said, sorry i have no number for you. I tried to go to your house, but you don't live there anymore. The post office has no forwarding address. Even the postman also cannot help me to find your address. Then only I realised, you are no longer with me here. I guess Heaven is just too far away for me to visit you. I can only post doa, Quran, and Yasin that i read everyday for you. I love you and I miss you. You are in my heart always. Al-Fatihah.



I have loved you for thousand years. I will love you for thousands more, abah


You May Also Like

5 comment(s)