Kekzi dah 25

by - December 27, 2014

Assalamualaikum.


Tiada yang lebih menyedihkan di blog ini apabila tengok kat drop down menu, post cuma ada 3 posts dan tiga-tiga posts tu untuk december tapi tahun berbeza. Wahahahah hahaha hahah hah hahahah. Tolonglah gelak. Blog ni dah sangat lama, rasanya dekat 6 tahun jugak tapi bila dah besaq sikit ni rasa macam segann dengan penulisan sendiri masa di alam pra-matang dahulu.


Biaq betui kekzi tulis gitchew? Buat malu kat cucu saja. Jadi, deleteeeee posts.


Mmkay.


20 Dec haritu genaplah kekzi berumur 25. Boleh kata salah satu birthday yang tak boleh dilupakan jugak ni. 18 Dec punya malam tu sepatutnya jadi surprise birthday dinner, tapi lain pulak jadi dia. Setakat tak jadi surprise tu takpa lagi (rasanya kot), ni siap gaduh masam muka nangis semua ada hahahahah nak gelak lagi.


Sekarang kekzi kena rotation kat manufacturing office, which is jauh daripada team member yang lain. Jadi lebih senang la depa nak plan surprise tu. Tapi depa punya cara 'bertanya' kat tu adalah sangat pelik daripada biasa, membuatkan kita mula mengesyaki sesuatu.


Mungkin mereka tidak mengetahui, bahawa masa kecil dahulu kekzi pernah bercita-cita untuk menjadi penyiasat hasil daripada terlalu banyak membaca buku penyiasatan siri salma, siri lima sekawan, siri tujuh sekawan, siri tiga sekawan dan siri tiga penyiasat. Erm.


Dimulai dengan soalan pelik dari Najwa masa kami tengah dinner berdua. Dia tanya, birthday kawan dia (masa tu birthday lagi 3 hari haha) dah nak dekat, so dia nak belikan kek. Then dia tanya kek perisa apa yang kekzi suka. Secret Recipe? Baskin Robbins? Tak ka pelik dia tanya apa yang kita suka pulak hahaha jadi kekzi pun tolonglah jawab bagi pihak tekak sendiri.


Dah tiba harinya, which is 18 Dec, masing-masing pun start jalankan role masing-masing. Mula dengan Zareef yang asyik dok ajak semorang dinner sama kat whatsapp group. Kekzi diam ja tak reply apa. Pastu M pun jadi baik dengan merelakan kekzi keluar tanpa sebarang sesi-negotiation-erm-tak-payah-keluar-lah seperti biasa. Masuk pulak Iman dengan Shikin yang tetiba nak beli perfume body shop (kekzi dapat 25% discount sebab birthday month kan) malam tu jugak nak beli, tak boleh tunggu hari lain dah. Then Efa whatsapp ajak teman dia dinner sebab dia taknak dinner sorang, walhal Zareef dah ajak dinner reramai malam japgi. Ahahahaha depa ni kan...


Selepas pelbagai drama berlaku kalah slot akasia tv3 setiap petang itu (ka malam entah?), makanyaaa...



"Happy birthday to you,
Happy birthday to youu,
Happy birthday to Eji,
Happy birthday to youuuu!"




Thank you so so sooo much ke team kekzi yang sangat best ittew (walaupun kekzi pikir mereka patut dihantar ke training nak plan surprise birthday untuk orang lain pulak lepas ni hahaha) dan buah hati yang super awesome (and the best i could ask for!) yang dah bersusah payah nak bagi kita happy sebab dia jauh dan takda masa hari birthday.


Thanks so much. Korang memang the best!


P/S: Dah masuk tahun ke 25 hidup ni, kekzi cuma nak happy-kan family kecik dan dalam masa yang sama berusaha nak bina bakal family pulak nanti hihi. Amin!



You May Also Like

0 comment(s)