Pengalaman Pertama Jumpa FIL

by - February 14, 2015

Assalamualaikum.


14 Februari 2015. Actually ni second time jumpa parents M, tapi masa first time tu masih dalam kategori 'kawan' heheh. Dua hari lepas, baru M cakap mama nak jumpa weekend ni and macam blur jap apa nak buat. Masak tak berapa nak pass lagi. Buatnya mama M suruh masak kari kang jadi macam cerita anak mami pulak, mintak orang tolong belikan hantar ikut pintu belakang kekekekeke.

So kena google "pengalaman pertama jumpa bakal mertua."

K fine. Semua orang boleh gelak...........

-_-


.....


Apa yang dapat diringkaskan daripada hasil bacaan di google dan pengalaman sendiri adalah, just be yourself.


Pakai pakaian sopan, simple & selesa. Jadi akan rasa selesa dengan pakaian dan takda la kejap kejap nak betulkan baju tudung etc. Rajinkan diri ringankan tulang kat dapur sebelum dan selepas makan. Bawak buah tangan, kalau tak sempat sangat pun singgah la beli buah kat Tesco tu. It's the thoughts that count. Kekzi rajin sikit, jadi kekzi buat puding triffle sesampainya di Sg Petani. Kehkehkehhh (macam biasa, tuan blog dibenarkan puji diri di blog sendiri). Jadilah ramah sikit dan senyum sentiasa. Walaupun sendiri tak yakin ke berapa puluh perkara yang kekzi cuma senyum sengih dan gelak sikit, padahal tak berapa nak paham pun zzz...


After all, point ni yang paling betul dan tepat. Jadi diri sendiri. Kalau nak berpura-pura pun, pikirlah, berapa lama sangat boleh nak berlakon pun. Diorang bakal jadi parents kita jugak. Lambat laun terkeluar jugak perangai sebenar. Jadi, just be yourself. Tapi kalau dah gelak tu kurang sikit desibel daripada cik ponti, bolehlah kiranya cover sikit dan start berubah ke arah gelak yang lebih sopan k. Kahs.


Bonus point bagi kekzi (rasanya) adalah dedua kali pi rumah M, anak-anak buah dia ada. Budak kecik mestilah excited nak tau bila ada muka baru dalam family depa kan. Jadi itu bonus point untuk kita generate idea nak borak dan kurangkan ke-patung-an bila depa mai dekat dengan kekzi kehkehkeh. (Dear bakal anak anak buah, nanti kita team-up okay? Hihihi)


.....


Mama M  :  Memang betul la suka kat M kann? *sambil gelak dengan abah M*
M             :  Jawab soalan mama menggunakan jawapan 'ya' atau 'tidak' sahaja.
Aku          :  *sengih* dalam hati oooo engko kenakan aku kan tunggu nanti ehhh.


.....


Sekian sahaja konon pengalaman pertama kekzi berjumpa future in laws.


Long story short, I like them. They treat me like I'm home. I am so grateful to have them as the future in laws (in shaa Allah). May Allah ease our journey to the next level. Amin..




:)


You May Also Like

0 comment(s)