Engagement: Checklist Persiapan

by - June 07, 2015

Assalamualaikum.


Hari ni hari ahad. Bangun pagi lepas Subuh terasa macam nak kira hari kat kalendar. Rupanya ada lagi 41 hari. WHATTT?! Itulahhhh, busy kerja, kekangan masa dan planning yang kadang-kadang terlari sikit. Tapi takpa, kita dah plan nak buat majlis yang sangat simple. Tapi se-simple mana pun, kalau dah namanya "majlis" dan ada tetamu, kenalah buat preparation yang elok jugak kan.


Checklist ni agak penting untuk kita buat conteng kasar berkenaan timeline dan budget. Kalau buat sikit-sikit, takda la terasa sangat hal duit keluar. Tambah2 yang budget limited macam saya heheh.


Hasil google daripada beberapa blog & bacaan dari majalah Pengantin, tadaaaaa, checklist basic untuk majlis pertunangan:



Rekod

Sediakan sebuah buku kecil yang sesuai nak letak dalam handbag dan bawak kemana-mana. Kita takkan boleh jangka bila idea kita nak datang bergolek. Mungkin tengah makan, tengah jalan sambil shopping atau tengah tunggu traffic light / jam. Hihi.


Lagi satu, buat checklist kerja dalam buku dan cashflow lepas beli setiap barang yang berkaitan dengan majlis. Jadi lebih senang nak pantau adakah perbelanjaan & persiapan mengikut timeline atau tidak.

Dan senang sikit nak klipkan segala resit berkaitan. Takdalah nanti tercicir atau terhilang mana-mana kan hehe.



Tapi, kalau ada yang lebih selesa buat dalam smartphone atau tablet masing-masing, ikut keselesaan ya.



Aturcara Majlis

1. Tarikh, waktu & tempat


  • Tarikh selalunya orang akan pilih hari raya atau hari sekolah. Masa ni saja seluruh kaum keluarga dapat berkumpul.
  • Tempat pulak mestilah rumah pihak perempuan. Tak pun di dewan, hotel atau resort. Kalau buat selain daripada rumah, lepas tentukan tarikh terus book tempat ya. Masa cuti ni memang cepat sold out. Hihi.



Pakaian / Diri

1. Dress / Baju Kurung
2. Tudung / Shawl & Veil
3. Makeup
4. Hand Bouquet
5. Manicure & pedicure
6. Facial treatment


  • Kasut tak perlu kot kalau bertunang dekat rumah. Yang bertunang di resort / hotel / etc perlu masukkan dalam checklist jugak eh.
  • Untuk kurangkan perbelanjaan, boleh beli dress ready-made, shawl/tudung & veil hand-made. Online shop pun banyak yang cantik-cantik.
  • Manicure tu saya letak dalam list saya sebab, higlight hari pertunangan mestilah area tangan kan? Jadi sangat penting untuk tangan kelihatan segar, bersih dan terurus. Hihi.



Mini Pelamin

1. Kain Tirai
2. Platform / Bantal lapik
3. Bantal hiasan
4. Bunga-bunga
5. Karpet


  • Kalau taknak ambik pelamin dengan wedding planner sebab ya lah pelamin diorang selalunya sangat gah yang sesuai untuk wedding day. Maybe boleh kreatif sikit google untuk diy mini pelamin, atau lagi senang google blog shop atau online shop yang buat servis diy sewa barang perkahwinan.
  • Point di atas boleh diabaikan kalau plan nak buat sarung cincin dalam bilik. Kalau ini, cuma hiaskan bilik saja lah. Idea, boleh klik sini



Hantaran

1. Cincin
2. Jumlah hantaran (contoh: 5 balas 3 / 7 balas 5)
3. Senarai barang hantaran
4. Dulang hantaran (sewa/beli/upah)
5. Design / warna tema / gubahan dulang
6. Bunga hiasan, glue gun, lace, renda, beads etc


  • Sila pastikan ukur lilit size cincin adalah betul dan tepat okay. Kalau boleh, ukur guna benang (unit mm/cm) sebab takut jugak kalau sesetengah kedai, size tak standard. Extra berhati-hati takpa, daripada time menyarung, cincin tak muat. Nak? Heheheh.
  • Selalunya hantaran tunang akan penuh dengan makanan. Kalau nak buat tempahan kek etc, boleh cuba tanya kedai kek awal-awal. Diorang takkan ada masalah slot penuh, tapi takut hari kita nak ambil kek tu kedai tutup pulak.



Jamuan Makan

1. Khemah
2. Catering
3. Doorgift


  • Waktu pertunangan agak penting ya supaya sesuai dengan jenis makanan yang bakal ditempah/dihidangkan. Kalau awak bertunang pukul 12 tengahari, tak mungkin awak nak prepare bihun goreng / laksa saja kan? -__-
  • Kalau boleh, dapatkan anggaran kasar bilangan tetamu. Senang nak budget untuk tempahan catering atau nak beli barang dapur (untuk yang masak gotong-royong).
  • Untuk majlis pertunangan, doorgift tak bagi pun takpa rasanya. Tapi kalau nak bagi jugak, mungkin boleh letak air kotak & kudapan, macam sebagai bekal perjalanan tetamu nak balik nanti.



Photographer

Kalau dalam tight budget, boleh minta saudara-mara atau kawan-kawan tolong ambilkan gambar. Cuma untuk kenang-kenangan saja. Majlis bertunang selalunya kejap saja kan. Boleh simpan budget lebih sikit untuk majlis perkahwinan nanti.

Yang ada budget lebih pulak, boleh hire videographer jugak. Hihi.

Bertunang sekali ja seumur hidup kan (in shaa Allah, aminnn), jadi tak salah sebenarnya kalau kita nak buat grand/elok, ikut kemampuan masing-masing.



Perbincangan

Lagi elok rasanya kalau kita dengan partner dan family masing-masing dah berbincang hal mas kahwin & wang hantaran sebelum majlis berlangsung. Ini sangat penting untuk mengelakkan kecelaruan dan jadi tak manis pulak hari majlis kita nanti. Berbincang sebelum majlis, dapatkan kata putus dan persetujuan, then hari majlis nanti kita cuma macam nak recap saja untuk saudara-mara yang lain dengar jugak.

Penting, kena bincang dengan family (dan remind-kan partner kita) untuk siapa yang akan jadi wakil jurucakap! Hehe.

Dan, jangan lupa, kalau tempoh bertunang tak lama (contoh: 3-6 bulan atau lebih singkat), persiapan hari pernikahan & kenduri pun perlu seiring. Kalau tak, teruk nak kejar timeline. Duit pun akan terasa mencurah-curah macam air hujan hihi. Lagi satu, takut wedding planner / dewan / catering / photographer yang kita dok idamkan sejak first day keluar dari perut mama dah fully booked pulak :p


..........


Semoga checklist ni dapat bagi benefit kat kawan-kawan yang bakal bertunang jugak. Yay!

:D




You May Also Like

0 comment(s)