19 July 2015 - The Engagement Day

by - July 20, 2015

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, syukur. Majlis pertunangan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah.


Tarikh   :    19 Julai 2015, bersamaan 3 Syawal 1436H (Sabtu)
Masa     :    11 pagi
Tempat  :    Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani


18 Julai, Sabtu

Saudara-mara dah start datang rumah, kemas rumah dan tolong masak. Mama orderkan dengan catering tolong masakkan. Tapi biasalah bila saudara ramai-ramai, mesti akan ada lauk tambahan heheh.

Ikut plan asal, dulang kitorang 5 balas 3. Tapi Mustaqim bagitau mama dia tambah lagi 2, jadi 5. Aku pun kalutlah nak pikir beli apa lagi nak tambah lagi 2. Mama dia cakap takpa ja 5-5. Tapi nanti saudara lain kata apa pulak kan. Makanya aku beli kek sebiji lagi dan tambah biskut raya sedulang. So adalah sesat satu dulang togel yang takda gubahan langsung ahahahahahahah.

Gubahan dulang semua upahkan dengan WS Handicraft buatkan. Niat asal nak upah 1 dulang saja, yang selebihnya aku buat sendiri. Tapi masa dia buat tu aku memang dah pening dah dia gulung sana pusing sini ikat lekat semua lah, last2 suruh kakak tu buatkan ja semua hahah takyah susah pening dah.

Contact WS Handicraft: 04 423 0682

Dalam pukul 11 baru teringat sirih junjung belum gubah (nasib baik bukan baru teringat daun sirih takda ahahah). Makanya si tangan keras urat dawai ini pun cuba gubah mengikut citarasa beliau. Akhirnya menjadi tak ubah seperti rimba sirih. Mak njang tengok dan mengasihani daku yang sudah lemau dan takda bakat ini lalu beliau menghulurkan tangan ringankan beban. Alhamdulillah.

Terima kasih banyak-banyak kepada bakal mak mertua dan Dylla sebab tolong carikan daun sirih. Pokok sirih kat rumah tok habis mati semua kena musim kemarau. Pi tengok kat kedai bunga india pulak, daun hidup segan mati takmau -_-




19 Julai, Ahad

Hari kejadian.

Seawal pagi semua makcik dah sibuk kat dapur. Bancuh air, panaskan lauk, tambah masak apa yang patut, memang sungguh meriah.

Aku pulak tunggu kak ina (kakak makeup) datang. Sementara tu kak ina suruh aku tuam muka dengan ais. Dalam pukul 9.15 pagi kak ina sampai. Aku rasa caj yang dia ambil + transport + barang yang dia guna, memang berbaloi. Sangat sangat puas hati. Recommended. Sikit pun tak ubah muka kita jadi orang lain :p Dia guna foundation Chanel. Bila foundation (asas) elok, haruslah yang seterusnya pun elok. Makeup kak ina tahan sampai petang, sikit pun tak crack/cair. Taktau lah kot sebab kulit aku yang tak bermasalah pun salah satu faktor juga. (Note: aku tengah mense jadi bolehlah melaram muka ber-makeup sampai petang heheh)

Contact Kak Ina Makeup: 012 479 3303

Outfit bertunang memang super super simple. Plain color. Ada sikit lace kat tangan baju dan tudung memang kosong. Dedua beli dari Imaan Boutique, Kota Damansara. Thanks kepada partner (sekarang dah jadi tunang ahaks) sebab sanggup teman iols sampai kl sana sebab nak beli barang-barang, padahal boleh ja beli online. I love you so much lah! :p

Contact Imaan Boutique: instagram @imaanboutique

Thanks Dylla sebab tolong pakaikan tudung dengan elok dan kemas dan sangat selesa. Harapkan diri sendiri, hmphhh mesti setiap 2 minit akan nak meraba keadaan tudung di kepala.




Last minit beli headband kat Padini sebab mama bebel kosong sangat konon tak nampak macam yang diraikan hahahahah.

Dalam pukul 11, rombongan pihak lelaki sampai. Kat dalam bilik bertemankan 4.5 ketul girlfriends: Aerna, Dylla, Wany, Hatin dan si kecik Fayhaa (hence the 0.5 heheheh). Masa ni masih boleh gelak ketawa buat lawak bodoh. Suddenly ada cousin yang duduk depan pintu bilik jenguk dan cakap, baca doa dah. Okay tangan dah berpeluh. Then ada mak saudara datang, "okay dah boleh keluar". Yang ni, sengih pun muka dah nampak macam nak nangis ahahahahah.






Cakk! Tetiba seketul bakal pengantin lelaki pun join perbincangan ahahahah.

Okay, part sarungkan cincin. Dalam kekeliruan nak hulur tangan kiri atau tangan kanan, Kak Muni datang menjadi penyelamat. "Tangan kiri k ezy".

Contact Photographer Farez: 013 297 8852






Sebahagian family pihak lelaki yang datang. Kalau nak kira keseluruhan, memang sangaaaaat ramai hihihi. Alhamdulillah mak-mak saudara dia semua baik-baik. Setiap kali salam, diorang yang perkenalkan diri. "Ni makngah, yang duduk kat baling rumah pusaka tu." "Ni kak nah, sepupu akim yang duduk pahang." "Ni maksu, paksu adik mak akim."

Lepas sesi bergambar, semua tetamu pun makan tengahari. Lauk yang ada untuk harini: nasi putih, asam pedas melaka (makngah masak), ayam goreng rempah (catering), acar limau (tempah dengan colleague ncia), ulam-ulaman, ikan kering, sambal belacan, laksa siam (mak njang masak), ketupat & rendang & gulai ayam (mak long & makngah masak), biskut-biskut raya. Bab makanan memang aku serah 100% kat mama heheheh.




Family kecikku -- yang dah banyaaaakkk spend masa tenaga dan duit nak jayakan majlis ni. Dan ni jugak family punya gambar raya sebab 1 Syawal haritu tak sempat ahahahah.

Mama terkilan sikit sebab tak sempat pun nak bergambar dengan lain-lain family kami. Takpalah, in shaa Allah hari akad nikah & hari kenduri nanti kita ambil gambar banyak-banyak na.

Contact Li Anthurium Florist (hand bouquet): 012 495 3291




Terima kasih gelpren yang sudi datang menenteramkan kekzi yang besar tapi penakut dan sentiasa berdarah gemuruh ini. Teheheeee. Paling kiri adalah seorang ibu beranak satu. Yang lain semua masih single (kecuali baju merah kehkehkeh) boleh pm untuk servis saya menjadi matchmaker :')




Thanks jugak geng NCIA yang sudi datang dari jauh-jauh. Terharu sangat tau chuols :') ni ambik guna camera phone saja maka photo resolution agaklah rendah :') Erm yang ni pulak, sorry guys, semua dah tak available mihmihmih.



..........


Hantaran dari kekzi ke Mustaqim:

1. Tepak sirih
2. Toiletries
3. Kek Butterscotch dari Kedai Kek Bellaria, Laguna Merbok (Contact Kak Ida: 019 570 4450)
4. Coklat KitKat, Ferrero Rocher & macarons (Contact Macarons: instagram @macbynism)
5. Buah-buahan
6. Kek Fruitilicious Secret Recipe
7. Biskut raya




Hantaran dari Mustaqim ke kekzi:

1. Sirih junjung
2. Cincin
3. Toiletries BBW
4. Kek Chocolate Moist dari Kedai Kek Bellaria
5. Buah-buahan



Budget kasar keseluruhan pejam celik beli itu ini hampir RM 4,000 jugaklah tak termasuk urusan makanan. So aku rate diri aku sebagai sedikit fail untuk mengadakan majlis yang super simple erm.

..........


Soalan paling best daripada saudara-mara:

Macam mana korang boleh kenal? Ezy kan tak kawan dengan lelaki? *insert muka pelik dan kurius disini*

Hahahaha.


..........


Ehem.

Presenting.

The fiance and fiancee.

Ehem.

*drum roll*

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Debot + Debot = Dedobot!

Kami takda pelamin / mini pelamin / whatever hahahah kerusi ni pun aku pinjam dengan Wany nak buat tempat buat sarung cincin saja. So sadddd :p

Segan nak letak gambar berdua jadi letak gambar dengan anak-anak saudara Mustaqim. Boleh sambil ehem berangan rupa gambar raya untuk 10 tahun akan datang ni hahahahahah. Tak salah nak berangan benda baik ni. Dari berangan baru ada usaha ya dakk? :p

Semoga hubungan Aerzee & Mustaqim sentiasa kuat dan mampu tahan dengan segala ujian dan dugaan, dan sentiasa dirahmati oleh Allah SWT, dan sentiasa bertambah perasaan sayang & cinta & setia ke satu sama lain dan dipermudahkan urusan hingga ke jinjang pelamin dan in shaa Allah bahagia dan berkekalan sampai syurga. Aminnn.

Okay sekian saja update majlis pertunangan kekzi dan adik akim heheh. Sekarang dah kena prepare untuk majlis akad & resepsi pulak. Fiuhhh :')

Nota kaki: Contact ni sesuai untuk orang area utara saja kot (terutamanya Kedah / Perlis / Penang). Tapi kalau luar kawasan nak cuba, boleh terus contact number kat atas k.


Tata!

You May Also Like

0 comment(s)