Perbelanjaan Majlis Pertunangan

by - July 26, 2015

Assalamualaikum.


Harini genap seminggu majlis bertunang ya. Eh baru seminggu? Apahal aku feeling seperti sudah dua bulan ya? Ahahahahah. Okay harini aku nak share perbelanjaan kasar untuk majlis pertunangan. Aku pun buat majlis yang super simple ja hehe.




No
Perkara
RM
Nota
1
Baju & Tudung
230.00
Aku tak pakai veil sebab aku rasa tak perlu.

2
Makeup
200.00
Kalau ada kepakaran sendiri/family/kawan2, lagi jimat ya tak perlu upah MUA.

3
Tempat sarung cincin
-
Aku pinjam kerusi two-seater kawan. Bertunang ja, tak perlu pelamin pun.

4
Manicure


 Facial
35.00


 53.00
Beli pakej dari Groupon. Okaylah tu buat nak bagi kuku kilat sikit.

Ini rugi sikit sebab takda efffect sebelum-selepas pun hahah.

5
Barang hantaran 7 dulang
-       Wangian Body Shop
-       Kek Bellaria
-       Kek Secret Recipe
-       Macarons / Ferrero Rocher / KitKat Rubies
-       Buah-buahan
-       Biskut
-       Tepak sirih

700.00
Spent lebih sikit kat barang hantaran sebab I want (need) to haha. Tapi boleh ja nak jimat kat sini kalau saudara sponsor sorang sedulang.
6
Gubahan hantaran
80.00
Termasuk harga barang & upah servis.

7
Doorgift
-     72 dewasa
-     65 kanak-kanak
310.00
Terpaksa buat doorgift sebab plan asal benda2 tu beli untuk hari resepsi tapi last minute doorgift untuk hari resepsi tukar, jadi terpaksa bagi doorgift masa bertunang sebab nak habiskan benda2 tu hahah.

8
Makanan






Sewa kerusi meja
2000.00






200.00
Makanan fully sponsored by mama. Makanan mama spent banyak sebab hari raya kan, so saudara/jiran/kenalan ramai yang datang kira macam 2 in 1 sekali open house la.

Ini pun mama sponsor, sewa dari kawan mama.

9
Hand bouquet
40.00
12 kuntum ros pink + 2 batang baby breathe.

10
Photographer
300.00
Pandai2 cari photographer yang murah, berpatutan dan berkualiti ya. Ko mesti taknak photographer bayar murah tapi gambar senget benget kan. Aku dapat pakej murah sebab photographer adalah suami kepada kawan aku hihi.

11
Lain-lain

500.00 

Ini aku letak sebab kos kecik-kecik yang tak sempat rekod macam duit petrol, parking, tol & makan-makan saudara sepanjang hari rewang.




Actually banyak lagi perbelanjaan yang boleh dipotong dari list aku ni. Memula aku pun risau jugak apa kata orang dengan baju aku yang super plain sehabuk labuci dan manik pun takda, veil takda, pelamin (atau so called mini pelamin untuk sedapkan hati sendiri sebab letak pelamin grand masa hari bertunang hahahah) pun takda. Tapi alhamdulillah, majlis went very well.

Ingat ya kawan-kawan. Bila kita buat kenduri atau jamuan atau anything yang basically kita jemput orang datang makan, makanan dan tempat makan adalah benda paling utama/penting. Kebanyakan kenduri yang aku pi sekarang ni, pakaian pengantin, pelamin, doorgift semua gah. Tapi makanan ciput, ada yang catu, ada yang mentah tak masak etc. Kita jemput orang untuk tambah lagi keberkatan majlis. Kalau orang mai dok sumpah seranah dalam hati pasai majlis kita, mana nak datang berkatnya kan kan kannnn? 

Kalau kata budget sikit, kita jemput sikit orang cukup la. Sekadar yang penting & terdekat dengan kita. Ada satu majlis resepsi ni aku pi, caterer tu punya catu makanan sampai leher & kaki ayam pun dia bagi (ada tukang ceduk makanan dari caterer tu kan). Kan tak elok macam tu -- sebab sampai sekarang aku ingat tau hahahah.

Jadi, kesimpulan untuk pos aku harini, benda paling penting dalam kenduri kita adalah makanan dan tempat makan. Lain-lain tu takpa. Jemputan takkan simpan dalam hati pun kalau baju/makeup/pelamin kita buruk. Paling lama pun depa akan bercakap la 3,4 hari (tu pun kalau hang tak ulang post gambar kenduri kat instagram dan facebook setiap dua minggu la ahahahah). Tapi depa akan ingat kalau makanan kita kedekut/catu. Tak tipu.

Keberkatan ni tak datang bergolek. Kena usaha. So bila ada chance, guna sepenuhnya okay? :)



.

You May Also Like

0 comment(s)