Checklist Majlis Akad Nikah

by - September 05, 2015

Assalamualaikum.


Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Kami hanya merancang untuk akad nikah pada December. Tapi Tuhan ada perancangan yang lebih baik. Alhamdulillah, keluarga dah berbincang dan majlis akad nikah diawalkan ke bulan September. (Lulz perenggan intro macam betul serius.)


Simply because aku dan partner (Alhamdulillah) cukup duit untuk buat mana yang patut jadi keluarga kami memutuskan takda sebab untuk kita tunggu sampai December pun. Tapi resepsi terpaksa kekalkan pada December sebab dewan dah book awal dulu, dan tak available dah sekarang ni huhu. Tapi takpalah, kita dahulukan yang wajib dulu. (Lulz lagi untuk ayat di perenggan ini.)





Oh dah alang-alang cakap pasal majlis nikah, aku nak ambik kesempatan ni jugak nak clarify yang majlis nikah ni cuma antara keluarga terdekat saja. Majlis pun buat secara kecil-kecilan. In shaa allah aku akan jemput untuk majlis resepsi December nanti ya. Takut jugak ada yang terkecik hati kata aku tak jemput kenduri. Ya lahh selalunya tak berjarak sangat nikah dengan kenduri. Aku pulak, sampai 3 bulan heheheh.


Walaupun dah pernah handle majlis bertunang sendiri, tapi bila dalam masa yang singkat nak atur majlis akad nikah pulak, aku jadi sedikit kecelaruan dan macam taktau nak mula dari mana. Haha. Kekzi lost weh. Lagipun rasa macam, eh baru ja buat majlis haritu, ni ada majlis lain pulak? Eh? Haha. Dah lah konsep majlis yang samaaa - makanan, baju, hantaran, etc. Haha.


Daisypath Wedding tickers


Gaizzz kurang dari tiga minggu gaizzz. I am a bit blurr here gaizzz. Kalau I duit banyak ribu ribu juta juta mesti I dah upah wedding planner gaizzz.


So, wedding planner I adalah diri sindiri (this is how apit spell 'sendiri' masa dia umur 4 dulu haha) dan Google dan akhirnya terciptalah selembaran checklist untuk menghadapi hari majlis akad nikah:


 Sediakan buku nota khas untuk tujuan ini
Uruskan bajet kewangan
 Kursus Kahwin
Borang permohonan nikah dan dokumen berkaitan
Confirm tarikh, tempat dan masa nikah -- dengan jurunikah kariah
Ujian HIV
Turutan wali -- bapa, datuk sebelah bapa, saudara lelaki seibu sebapa
Borang kebenaran nikah dari pejabat agama -- bila permohonan selesai
Apply cuti dari tempat kerja / belajar
Tempah catering ikut kesesuaian majlis / bilangan jemputan
Tempah homestay berdekatan untuk penginapan saudara mara dari jauh
Sesi fitting dengan tailor
Pakaian pengantin lelaki - baju, songkok, sampin, stoking, saputangan
Pakaian pengantin perempuan - baju, tudung, veil, pettycoat, pin
Bantal lapik nikah
Tempah jurumekap
Tempah photographer / videographer
Beli doorgift (jika perlu)
Beli cincin / gelang pernikahan
Tempah / DIY gubahan hantaran
Beli bekas hantaran -- tips jimat: pinjam dari saudara / jiran
Beli barang hantaran 
Tempah makanan hantaran
Mini pelamin untuk tujuan bergambar
Rawatan gigi, badan dan muka (dan hati lulz)
Pembantu rasmi - adik / kakak nak tolong kita berpakaian
Inai / henna
Bunga tangan
Hiasan bilik pengantin
Wang upah kadi, jurunikah, saksi etc.
Kemas rumah!
Kalau ada bajet lebih, boleh beli pakej hanimun teheheheee :p
Last but not least, doa kepada Allah mohon kelancaran majlis dan dipermudahkan segala urusan hingga ke anak cucu cicit.




Oh, bagus juga sebenarnya kalau boleh install apps countdown kat phone. Banyak juga pros-nya. Dalam masa satu hari mungkin lapan ratus kali kita unlock phone atas urusan kerja etc, jadi indirectly boleh remind-kan kita THE CLOCK IS TICKING! Almaklumlah kita kan manusia biasa yang mudah lupa. Bukan lupa kata nak kawin, tapi lupa kata masa dah makin suntuk dan banyak checklist belum tick. Hehe.


Cadangan untuk android -- klik sini
Cadangan untuk apple -- klik sini


Okay setakat ini saja checklist yang aku rasa perlu dan sesuai dengan majlis sendiri. Sila tambah apa-apa yang patut dan anda rasakan sesuai dengan majlis masing-masing. Dan macam biasa, jangan lupa seiringkan untuk persiapan hari kenduri juga. Tehehee.


Semoga selamat semuanya, bakal-bakal pengantin! In shaa Allah.

You May Also Like

1 comment(s)