Tik-Tok! Part 2.

by - September 23, 2015

Assalamualaikum. Selamat sejahtera.


Bangun seawal pagi nak check list to-do untuk harini. Dan remind sesiapa yang berkenaan untuk majlis e.g. photographer, kakak makeup, tukang pelamin dan florist.


24 jam sebelumnya.


9 malam masih di HQ kena kerja lebih masa. Dah macam pekerja kilang ada overtime takpun shift malam. Dan boss insist jugak aku masuk kerja esok. Aku dah pelik. Aku cuti nak kawin kot, takkan kena mai kerja jugak? Padahal dia dah sangat aware dengan hal cuti aku ni.


Otw turun ke carpark, aku bagitau dia lagi sekali hal cuti aku, kot dia jenis super short term memory ka kan. Dan jawapan dia, "saya pun terpaksa kerja jugak padahal esok saya nak balik kampung." SETIAP BULAN/TAHUN BOLEH BALIK KAMPUNG. MAJLIS AKAD NIKAH PUN BOLEH MACAM TU EH? Crazy. Balik ja rumah aku terus inform dia lagi sekali yang aku memang tak boleh masuk kerja esok. Nak aku ketepikan preparation majlis aku untuk kerja? Hell no.


Okay balik ke 24 jam kemudian.


Bangun seawal pagi check list to-do untuk harini. Dan remind sesiapa yang berkenaan untuk majlis e.g. photographer, kakak makeup, tukang pelamin, kakak buat kek dan florist. Dan call dentist untuk sesi cuci gigi. Ha ha ha jangan tanya hal spa dengan facial. Nasib baik dentist muda wangi dan handsome bagi aku buat treatment tadi, sebab harini kan depa kerja half day saja, jadi depa utamakan yang dah buat appointment.


Habis cuci gigi, terus pi tesco selatan nak beli baju pasang untuk hantaran. Ha ha ha lagi sekali. Baru sempat nak penuhkan dulang hantaran. Kalaulah aku pi kerja harini, siapa nak buka kedai esok untuk aku? Heh.


Sampai rumah, si tangan kayu takda urat seni ni pun sambung gubah hantaran. Atau rasanya lebih sesuai dipanggil bukan-gubah-tapi-letak-barang-atas-dulang-hantaran-saja atau whatever asal cantik di mata sendiri ahahah.


Sekarang kena tukar cadar katil dan kemaskan bilik sebelum mama mengamuk. Tata.


.....


Malam ni nak pakai inai dah. Yay!



You May Also Like

0 comment(s)