Tik-Tok! Part 1.

by - September 20, 2015

Assalamualaikum. Salam Sejahtera.


Sambil menaip sambil jeling jam kat hujung skrin laptop. Lagi 15 minit nak ke 12 tengah malam, dan tarikh akan injak ke 21 September. Maknanya tinggal lagi 4 hari sebagai bujang.


Kalau ikut pesan orang tua, kena tidur awal, takleh buat kerja berat, jaga makan, jaga muka, jaga badan, jangan jumpa bakal suami etc. Tapi nampak macam lagi dekat nak majlis, lagi banyak kerja kena siapkan. Isnin meeting di Perak, selasa site visit ke Perlis. Sampai rumah dah malam, nak kena uruskan hal berkaitan pulak. Nasib baik rabu dah start cuti. Nak mengeluh pun tak baik jugak, punca rezeki kan hihi.


Kawan-kawan tanya, nervous ka tidak. Hahahaharuslahhh. Memikirkan yang lepas ni tak duduk dengan mama. Takda mama papa yenna yikman dan apit. Takleh bangun tidur lewat. Takleh pikir diri sendiri saja. Takleh buat apa-apa ikut suka hati. Tanggungjawab makin bertambah; suami, dua-dua parents, adik-beradik. Apa pun, semua mesti fair and square, since dedua belah family duduk dekat.


Wait, did i mentioned "suami" just now? Ahahawkward!


Nasib baiklah persiapan asas dah 80% siap.

✔ Jurunikah
✔ Pakaian
✔ Hantaran
✔ Hiasan bilik
✔ Hal kenduri
✔ Photographer
✔ MUA


Lepas selesai majlis akad nikah, dah kena start follow up secara aggresive untuk majlis resepsi pulak. Nasib baik share majlis, so tak perlu berpenat (fizikal dan poket lol) untuk majlis bertandang dah hehe.


Okay patut tidur sekarang, meeting pukul 9.30 pagi dan I need to drive lebih kurang 2jam 30min dari rumah ke tempat meeting. Hihu.


Off-record: And I know, this time I'll be the one who cries every night to sleep missing my family :(


You May Also Like

0 comment(s)