Majlis Pernikahan Aerzee dan Mustaqim

by - November 22, 2015

Assalamualaikum. Salam sejahtera.


Post ini patut di-publish-kan pada dua bulan yang lalu. Huhu. Disebabkan sudah malas makanya update pun jadi begitu pendek heheh. Takpalah satu hari buat dua post :B

Alhamdulillah majlis nikah dah selamat berlangsung pada Jumaat, 29 September 2015 di Masjid Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah.






Set Persalinan

Baju Aerzee & Mustaqim: Butik Qamraa, Alor Setar - Contact: 04 730 3924
Makeup Aerzee: Kak Ina, Alor Setar - Contact: 012 479 3303
Bunga tangan: Li Anthurium Florist, Sungai Petani - Contact: 012 495 3291
Henna: Ika, Sungai Petani - Contact: 017 641 0408

Manicure dan facial dan segala sesi spa tak sempat buat langsung. Huhu sedih betul. Ni nampak gaya macam untuk majlis resepsi pun tak sempat. Sebab tuntutan kerja dan tanggungjawab kepada suami dan kedua-dua family. Takdan wehhhh. Semua pun perlu diberikan perhatian. Eceh.




Disebabkan majlis nikah adalah hari jumaat, mama decide sesi batal wuduk dan bergambar buat kat rumah sebab tok imam nak cuci masjid untuk solat jumaat.

Gambar diatas menunjukkan keadaan awkward apabila sudah boleh pegang hahahah.




Catering

Alauddin Catering, Sungai Petani - Contact: 012 573 6700

Selain menu utama, ada jugak makanan tambahan laksa, sambal belacan, air asam tomato, ikan kering, somtam (papa buat) dan air lemon detox hehe. Air lemon ni adalah disebabkan banyak sangat tengok pinterest :p

Doorgift takda sebab budget doorgift semua dah pi ke majlis resepsi. Majlis aku simple-simple jaaa hihi.



Family kita yang sangat banyak curahkan tenaga, masa dan duit bertungkus lumus siapkan majlis nikah yang orang kata dah macam majlis resepsi hehe alhamdulillah. Terima kasih Allah.




Family in law. 

Aku kan anak first dan husband adalah anak bongsu jadi aku dapat 3 kakak dan 3 abang serta 7 anak saudara instant hehe. In return, aku kasi dia 3 adik instant pulak heheheh. Very fair and square kan kann.

Mini Pelamin

Instagram @dreamlove_wedding, Kulim - Contact: 013 461 6419




Persiapan hantaran

Fresh flower & gubahan: Li Anthurium Florist, Sungai Petani - Contact: 012 495 3291
Dulang tembaga: Pinjam dengan jiran :B

Hantaran Aerzee --> Mustaqim:

1. Jam tangan Cerruti
2. Kasut Dr. Martens
3. Wangian Gucci Guilty
4. Baju kemeja kerja PDI
5. Set baju melayu / baju kurung Gene Martino
6. Wallet dan belt EDC
7. Seraga buah-buahan
8. Coklat KitKat, Cadbury & gula-gula
9. Carrot cake - Contact: Kedai Kek Bellaria, Sungai Petani 019 570 4450




Hantaran Mustaqim --> Aerzee:

1. Jam tangan AX
2. Charm bracelet Pandora + KL Black Duckscarves
3. Wangian Crabtree & Evelyn
4. Boot Mary Jane Dr. Martens
5. Cincin & duit
6. Rainbow cake - Contact: Kedai Kek Bellaria 019 570 4450
7. Coklat Vochelle

Itsokay to buy all the expensive things in the world as your wedding gifts. Tapi kalau sampai menyusahkan diri / bakal partner semata-mata nak memenuhi kehendak dan nafsu pun buat apa kan. Takda siapa suruh. Melainkan jenis yang nak semua orang tengok majlis dia boleh tercalon dalam wedding of the year lah. I have this one friend, yang agak terpaksa ikat perut sebab partner dia nak something yang agak mahal yang sama dengan installment kereta aku 4 bulan weh hahaha. Kalau dia rasa itu benda mudah, dia takkan bercerita kat kawan-kawan dia kan. Huhu kesian jugak kat kawan aku dan partner dia tu. Nasib baik aku tak sekejam tu haha. In shaa Allah rezeki lain akan pelan-pelan mai lepas dah kawin nanti.

Ingat ya kawan-kawan, tok aku pernah pesan. Majlis yang berkat in shaa Allah adalah majlis yang sempurna makan minumnya. Tetamu bertandang pun puas hati dengan makanan. Jangan sampai tetamu yang sepatutnya kehadiran dia nak mendoakan kita tu jadi dok kata kot belakang sebab makanan. Kalau budget tak besar, jangan panggil senegeri. Kalau budget besar, utamakan makanan dan tempat duduk, baru pelamin / baju / hantaran etc. Kalau korang pi kenduri orang lain pastu makanan depa catu sampai leher ayam pun depa kira seketul, tak ka rasa nak mengamuk? Aku selalu kena dan memang sangat menyampah pun hahahah. Kan ada lagu gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, baru tetamu suka hati kehkehkeh.


Photographer

Instagram @promisewedding, Sungai Petani- Contact 013 438 1371

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar, makanan pun sangat sedap, photographer sangat memuaskan hati, kak makeup pun charge sangat berbaloi, pelamin pun cantik dan murah, dan persalinan pun alhamdulillah memang sangat memuaskan. Kesimpulannya, kekzi memang sangat sangat sangat berpuas hati dengan semua servis sepanjang majlis. Alhamdulillah.


Terima kasih jugak kat saudara mara yang datang awal tolong masak, tolong kemas, tolong segala-galalahhh alhamdulillah. Terima kasih kawan-kawan dekat dan jauah dan jiran-jiran yang sudi datang memeriahkan majlis. Terima kasihhhh! Kekzi is very very very grateful and happy! :)




Selepas hampir dua ribu shot, kite dah tak malu hahahahah.

You May Also Like

1 comment(s)