"Macam mana korang kenal?"

by - December 16, 2015


Assalamualaikum. Salam sejahtera.


Soalan yang kerap aku dengar sekarang ni -- "Macam mana korang kenal?" Macam top 5 la. Hehe.


Dah macam post wajib pulak How I Met My Partner kat blog-blog wanita yang bakal / dah berkahwin ni heheheh. Takpalah, niat di hati untuk simpan nak buat kenangan gelak-gelak bila baca balik in future. Lain-lain yang orang nak kata, tak berapa ada masa nak ambik tahu :p


Cerita dia macam ni..


Last paling last relationship cinta monyet adalah tahun 2008. Lepas tu dah takda yang serius, semua setakat kawan dan mesra tapi teman saja.


Sampailah masuk kerja di Penang. 2014. Kami satu team ada 8 orang. Aku ada lah baik jugak dengan seorang kawan lelaki nama dia SZ. SZ ni kawan yang baik (haha) dan dia rajin jugak tanya "bila hang nak kawin? Hang dah tua lah ezy". Ahahahah. Yeah kedengaran kejam tapi entah hati ni dok rasa muda lagi. Tapi ada jugak masa aku terasa macam dah tua dan masih belum sampai seru.


Satu hari dia tanya, "ezy aku kenalkan hang dengan kawan baik aku nak dak? Dia ni baik, penyabar, family man, pandai uruskan kewangan SO SANGAT SESUAILAH DENGAN HANG YANG PEMBOROS INI blablabla masukkan segala pujian di sini blablabla."


"Hm okay."


Dan berkenalan-lah seorang Aerzee dan seorang Mustaqim.


At first, rasa macam takleh go on lah dengan dia ni. Sebenarnya macam dah jadi sangat berhati-hati takmau tersalah suka kat orang lagi dah. Jadi, banyak betui rules regulations aku ke dia. Antaranya:


1. Tak boleh tulis singkatan kat WhatsApp. Takkan reply.
2. Tak boleh guna perkataan "keluar date". Cuma date dengan husband to be. Kita cuma boleh guna perkataan "keluar lepak / minum".
3. Jangan berharap apa-apa. Kalau kita dedua okay dengan masing-masing, baru kita teruskan. Kalau salah sorang tak okay, tak boleh paksa.


Dan aku reply WhatsApp dia bila free, bila takda benda nak buat, which is dalam seminggu sekali saja. Kalau dia call pun, kitorang akan bercakap tak sampai seminit. Masa hari raya haji 2014, aku demam dan dia tau aku demam. Jadi dia asyik call nak tanyakan khabar. Being Aerzee yang hati-kering-entah-apa-apa-huduh-punya-perangai, I ignore his calls and messages. Hm.


Beberapa hari kemudian, saja letak WhatsApp picture dengan Aerman. Dan tetiba dia whatsapp tanya.

- Siapa tu sebelah awak dalam gambar?
+ Tunang saya.
- Oh ya ka. Maaf saya taktau awak dah bertunang.
+ Its okay.


(Tapi beberapa minit kemudian, aku bagitau tu adik kecik. Mama kata dosa tipu orang. Hehe.)


Bila ingat balik, sumpah rasa macam nak gantung diri sendiri kat kipas. Sombong, kejam, jahat, bajet, macam good-good. Heh.


Mustaqim punya respon: okay.. :)  -- hahah Mustaqim yang taip sendiri phrase ni dalam draft.


Nak dijadikan cerita, satu hari team kami (kat tempat kerja) kena buat presentation berkenaan Shared Value Concept (SVC) kat Senior Management Meeting (SMM). Orang-orang terpilih ja dapat peluang masuk meeting ni. Dan aku tak dapat present dengan elok. Lepas dah present part aku (dengan teruknya), terus keluar pi toilet sebab rasa sangat tersangat down padahal masa preparation everything went veryyy well. Terfikir nak cari someone dan luahkan perasaan. Entah macam mana, tangan automatik scroll nama Mustaqim kat phone book. Lega sikit dapat dengar suara dia. Nasib baik dia nak gak pick up ahahah. (Takleh call mama nanti mama susah hati anak dia down. Dah la duduk jauh sg petani - georgetown lol, kesian mama)


Esok-esoknya, aku pun whatsapp Mustaqim seawal pagi. Sampai nak dekat petang dia tak reply tapi dok online. Jantung ni gedebak gedebuk macam nak terkeluar punya dok pikir pasepa dia takmau replyyyyy?! Memang lain macam betul feeling dia masa tu. Terus tanyakan dengan SZ, apasal dia takmau reply whatsapp akuuuuuuu?! Tapi pelik gak kan kenapa nak kena rasa gitu? Hehe. Dan dalam masa yang sama, padan muka kena balik apa yang pernah buat kat orang dulu. Rasakann hiyak hiyakk!


"Takleh jadi lah korang ni. Kena jumpa dulu baru okay kot", jawab SZ.


Makanya hujung minggu tu pun kitorang berjumpa buat kali pertama..




Terima kasih kat SZ untuk candid pertama kami. Dedua selenga. Hahah. Jangan tanya apa maksud selenga :p

..........


Okay lepas tu dah boleh agak la story line cemana kan. Hihi. Boy meets girl's family, girl meets boy's family, and now we're married! Alhamdulillah!


Pertama kali jumpa 18 October 2014, bertunang 19 July 2015, bernikah 25 September 2015 dan majlis resepsi 5 December 2015.


..........



Ramai kawan-kawan yang masih single tanya, "macam mana tau he's the one?" sebab kitorang tak kenal lama mana pun kan. Nak describe pun tak reti, tapi benda tu kita sendiri boleh rasa. Alahh, korang macam boleh sense kan period nak datang ka apa, sama la macam ni pun hehe. Percayalah, jodoh kan di tangan Allah. Mana kita nak tau jodoh kita datang bila kan. Takpa, doa banyak-banyak, in shaa Allah semuanya akan dipermudahkan. Have faith :)


Last but not least, doa saya tak putus-putus untuk dipermudahkan semua urusan nak bina keluarga dan semoga jodoh Aerzee dan Mustaqim berpanjangan sampai ke Jannah. Aminn!


:)

You May Also Like

0 comment(s)