I'm on .com gaizz!

by - March 24, 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Finally i'm on .com yay!

Entah kenapa tetiba rasa macam nak buat jadi .com walaupun blog tidaklah aktif langsung dan traffic pun tak banyak dan view pun tak banyak hahah so sad. Sebenarnya bercita-cita nak buat guna base wordpress sebab template wordpress lagi cantik. Pastu siap ada emoticon pulak. Macam emoji kat whatsapp tu. 

Jadi kekzi pun google cara-cara nak buat .com tu. Dalam dok google tu pun masih berperang dalam hati. Nak stay dengan blogspot atau nak berhijrah ke wordpress. Lalu daku terus create blog dgn wordpress dan mula mengcopy paste post lama ke wordpress. Reason utama begitu semangat nak mendapatkan blog wordpress adalah sebab emoji macam yang aku cakap kat atas tadi.


Google punya google, jumpa la beberapa website yang rata-rata rekemen untuk beli domain dan hosting daripada netkl. Okay heheh domain ni maksudnya url kita yang akan jadi .com tu la. Hosting pulak macam rumah/database kita. Kalau setakat blogger hingusan macam aku ni, elok pakai hosting blogger saja. Sebab kalau pakai hosting blogger, kita boleh kalau nak beli domain saja. Kalau nak guna hosting wordpress, kita kena beli domain & hosting. Harga web hosting tu tak murah la haha.





..........


Cara-cara nak buat domain ni (untuk beginner & blogger hingusan sahaja) adalah seperti di bawah:

1. Decide sama ada nak tumpang hosting blogger atau nak buat self hosting. Self hosting ni boleh la nak guna base wordpress. Hosting ni berfungsi sebagai database yang kita akan simpan gambar semua tu. Kalau guna blogger, semua akan berada di akaun google+. Kalau guna wordpress pulak, hosting adalah kepunyaan kita sepenuhnya.

2. Dah decide, boleh pi melawat site NetKL di sini. Sebelum tu, jangan lupa check availability domain yang korang nak tu dulu okay. Kalau decide untuk beli domain saja dan guna hosting blogger, perlu beli pakej untuk domain registration berharga RM45/tahun dan CDS Blogger Plan (without email package) RM3 sekali saja, takyah renew annually. Mesti beli dedua ni okay. Kalau korang decide nak buat self hosting / guna wordpress as base, pakejnya lain sikit. Dan lebih mahal teheheee.

3. Lepas dah checkout daripada cart, korang akan dapat email invoice pembelian. So boleh pi buat bank transfer atau cash deposit (ini yang renyah sikit sebab takda direct banking) kat acc NetKL macam yang kat dalam invoice. Kalau buat bank transfer, letak email sales@netkl.com kat email alert, dan letak no invoice korang ni recipient reference.

4. Lepas dah berjaya buat pembayaran, kena email proof of payment kat support@netkl.com. Dan depa akan assist anda step by step dari situ. Team depa memang friendly, dan depa akan tabah melayan setiap pertanyaan aku sebagai blogger hingusan ni.

5. Last sekali, korang akan dapat email kata link .com korang dah ready. Hoyeahh!


..........


Lepastu aku cakap la kat husband kata aku dah berjaya buat .com. Bagi aku, ni dah macam victory kecil kot untuk seorang blogger hingusan. Tapi husband macam takda perasaan. So sad......


Cuba kira berapa kali perkataan "blogger hingusan" ditaip di dalam post ini?


Okay bye.

You May Also Like

1 comment(s)