Singapore: Universal Studios Singapore (USS)

by - March 06, 2016

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Dah dekat 2 minggu baru sempat nak publish. Sehari buat satu perenggan, cukup 14 hari baru boleh publish heheh. Okay pertama sekali nak cakap, aku rasa ini bukan post untuk trip budget. Entahlah taktau nak define "budget" tu macam mana. Buang yang keruh, ambik yang jernih. : )




Kami (baca: aku dan husband) plan trip ni lama dah actually. Cuma nak cari masa yang betul-betul sesuai sebab weekend aku dengan husband tak sama huhu. Aku share dalam point form la eh. Before tu aku share itinerary ringkas aku:




Ahad: Bertolak dari Penang ke JB. Lepak-lepak.
Isnin: Pagi masuk USS whole day. Petang balik JB.
Selasa: Pusing-pusing JB. Petang balik Penang.


1. Tarikh

Kami decide pi hari bekerja Malaysia & Singapore. So, kami pilih hari Isnin 23 Feb 2016. Terpaksa korbankan cuti tahunan sikit la haha. Daripada bayar mahal-mahal tapi tak sempat main semua. Rugi. Korang kena check sama takut hari yang kita pilih tu, kot ph kat singapore.


2. Transportation



Kami naik flight dari Penang ke Senai Airport. Flight dah book dari awal tahun. Return flight untuk 2 orang RM341 termasuk segala tax. Aku rasa kalau orang yang pandai beli, boleh dapat lagi murah daripada ni. Then dari Senai naik bus causeway link ke JB Sentral, rm16 untuk 2 orang. Pusing kat City Square (makan, tengok wayang, beli tshirt untuk ke USS) sementara nak tunggu pukul 3 petang nak check in. Aku taktau kata Komtar dah dibuka walaupun sebelah ja dengan cs hahaha. Dah la cs tu boring nak mampuih. Tu yang sempat tengok wayang hahahaha.

Gambar memang tak banyak sebab kami selfie ja semua kahkahkah.


3. Penginapan

Kami pilih Tune Hotel Danga Bay sebab murah (book lagi awal lagi murah, adik-beradik airasia kann haha), dan ada pakej bas return USS. Masa aku book ni termasuk comfort (ka cozy entah) package tu yang ada 24h a/c, 24h tv, 24h wifi & toiletries so jadi rm105 semalam. Kalau ambik bilik semata2, cuba rm60 saja. Kalau plan nak duduk tune hotel, sila jangan walk in. Mahai berganda. Katalah last minit sangat pun decide nak duduk tune hotel, sila stop kat depan gate tune hotel dan book bilik melalui website okay. Bilik tune hotel ni sangat kecik tau. Jangan harap boleh sumbat even 3 orang dalam satu bilik eh hahah.


4. Passport



Jangan lupa bawak passport sah. Aku selaluuuu sangat dengaq soalan ni -- "boleh guna border pass macam kita pi thailand dak?" Okay, malaysia dengan singapore bertemu border macam malaysia dengan thailand dak? Dak kan. Malaysia dengan singapore ada pemisah -- selat tebrau. Malaysia dengan thailand, tanah bertemu. So sila pi buat passport. Bayaran untuk buat passport sekarang cuma rm200 untuk 5 tahun. Takda passport 2 tahun dah tau.


5. Duit



Seeloknya tukar duit siap-siap secukupnya di tanah air ya. Kat USS tu mahal nak mampuih. Okay bayangkan na, kita juai balik duit singapore kat money exchanger di malaysia boleh dapat $1 = rm2.9. Kalau dalam USS, $1 = rm0.40 hahahahaha. Tu baru juai balik. Kalau beli, taktau lah den. Kami pi pun masa hujung2 sebelum masuk gaji. So tukar sorang $100 ja. Baki duit singapore masa mama pi dulu ada lah dalam $32 heheh banyak gak tu.

Masa aku tukar ni (dalam mid Feb), rate currency kita $1 = RM3.05.


6. Pakaian


Air milo kat tangan tu $4 ya secawan huhuhuh.

Aku cuma pakai jeans, tshirt bodo yang dibeli di cotton on cs, inner wajib pakai takmau kulit burn (inner favourite aku adalah tshirt lengan panjang uniqlo heheheh very the selesa), tudung jersey duckscarves yang aku langsung tak pikir herot petot ka tidak & sandal. Awal tu aku pakai dengan stokin, tapi stokin basah pulak. Kalau nak pakai selipar fipper tu pun boleh. Jangan pakai kasut tapak keras, kasut tinggi dan kasut2 pelik seangkatan dengannya. Kalau kaki sakit, habis mood nak bermain. So, pakaian adalah sangat penting disini ya sis sis. Jangan lupa pakai sunblock dan takyah nak makeup beria-ia.

Better bawak bag galas belakang eh. Bag sendeng / sling bag nanti akan lenguh bahu. Untuk sesetengah rides yang takleh bawak apa-apa (hampir semua roller coaster takleh bawak apa-apa, even handphone gopro huhu), loker untuk simpan beg ada disediakan. Free of charge, berdasarkan masa yang kita kena tunggu. Akan ada board waiting time kat setiap rides, so loker akan free ikut waiting time kita tu. Cuma untuk attraction jurassic park ja loker kena bayar $4.

Bawak poncho. Kat bawah sikit satgi aku habaq pasaipa.


7. Tiket USS




Kami beli dari agen kat Tune Hotel tu. Kami beli awal sebab takut bus full pulak masa tarikh yang kami nak tu. Tiket rm215/pax termasuk bus pi dan balik Tune Hotel <-> USS. Tak semestinya kena menginap kat tune hotel baru boleh beli pakej ni. Agen akan bagi kad putih imigeren untuk kita isi siap2. So nanti masa nak beratur kat imigresen, tak kalut dah. Orang memang akan ramai ya sebab time tu orang pakat nak pi kerja. Rujuk panduan nak isi kad putih tu kat bawah ni:




Ada yang bertanya pasai express pass. Bagi aku, eloklah beli. Melainkan motif hang pi USS bukan nak main. Express pass $30 / pax. Kalau unlimited express pass $50 / pax. Beza depa dua ni, untuk express pass, kita cuma boleh dapat naik sekali ja untuk rides yang diprint kat pass tu. Nak naik kali kedua, kena beratur kat lane biasa. Kalau unlimited express pass pulak, boleh ulang naik rides yang sama sebanyak 80 kali dan takda siapa nak larang. Express pass actually dah memadai. Dah boleh naik semua rides kalau cergas sikit lulz. Ada sesetengah orang takmau naik certain rides, dan nak naik ulang2 certain rides yang lain, so boleh la beli unlimited pass.

Sesampainya kat pintu masuk uss tu, boleh ambik gambaq signature depan globe universal tu dulu pasai gate buka pukul10.30am. Disebabkan kami berdua saja, gambar-gambar kami sepanjang trip ini adalah berupa sel-fie. Kahkahkah. Okay tips nak bagi kat sini, sampai ja kat gate, terus cari booth / orang yang jual express pass tu dan beli sesiap. Memang kat dalam pun ada jual express pass. Tapi kalau beli dari luar gate uss, nanti boleh masuk thru express lane. Lagi cepat, takyah beratur panjang2 dah. Masa kami pi haritu, kami antara 20 orang terawal masuk park tau :p


8. USS

Okay dah berjaya masuk gate uss thru express park. Ingat, beli express pass dari luar. Misi kita kat uss adalah nak naik semua rides. Diulangi, se-mua. Tak mampulah bulan depan nak mai pulak sebab tak sempat naik rides sekian sekian. Hahaha.



Dah masuk gate, terus cari board yang ada letak map. Penting tu. Kalau kata bawak anak-anak, boleh gak ambik pamphlete untuk street show. Mulakan dengan rides sebelah kanan, lebih afdhal. Dan utamakan rides under attractions dulu okay.


9. Rides / Attractions

Ikut turutan attractions yang kami naik haritu:

Transformers The Ride
Battlestar Galactica: Human (Naik human dulu, baru naik cylon!)
Battlestar Galactica: Cylon
Revenge of The Mummy (First four ni tolong tolong tolong naik dulu okayy)
Treasure Hunters
Jurassic Park Rapids Adventure (Kena pakai poncho sebab sure basah. Kalau takda, boleh beli $5)
Canopy Flyer
Puss in Boots Giant Journey
Shrek 4D Adventure
Enchanted Airways
Madagascar: A Crate Adventure
Lights Camera Action
Sesame Street Spaghetti Space Chase
Accelerator
Transformers kali ke-2
Revenge of The Mummy kali ke-2

Boleh rujuk SINI untuk tarikh-tarikh rides yang tutup untuk maintenance. Rugi jugak kalau pi hari yang main attractions tutup untuk maintenance. Hari yang kami pi tu Water World tutup :(

Untuk transformers & mummy kali kedua tu ikutkan hati memang tak larat dah nak naik. Tapi husband nak naik lagi. Pikir balik, bukan boleh mai selalu pun. So layankan aja lahh. Second round kami dah takleh pakai express pass. Tapi ada luck kot hari tu. Dedua attractions ni kami cuma kena tunggu 5mins walaupun tak pakai express pass. Husband ajak naik mummy kali ketiga, memang idak ler. Mau patah pinggang haha.

Banyak lagi benda aku nak cerita pasai every rides/attractions ni. Tapi... erm korang pi naik dulu lah. Kalau aku cerita banyak sangat karang hilang la thrill dia. Heheheh.


10. Makanan / Minuman

Aku ada baca beberapa blog yang suggest bawak botol air kosong. Tapi bagi aku, takpayah bawak pun takpa. Water cooler disediakan dimerata-rata sekeliling park, hampir kat semua rides. Water cooler macam kat asrama tu boleh direct minum ja. Kalau korang bawak anak kecik, okaylah bawak botol air kosong.





Dan blog-blog tersebut juga suggest suruh bawak roti ja sebab makanan dalam ni mahal. Mana-mana perut yang mampu bertahan seharian main berlari sana sini cuma dengan roti, tahniah. Kami tak tahan, lapar ya rabbi hahahah so pejam mata dan makan jugak kat Marty's Casa Del Wild - kat area Madagascar. Aku ambik nasi briyani ayam, husband ambik nasi lemak ayam. Combo dengan soft drinks dan dessert - $30 bersamaan dengan RM91.50 hahahahahaha #matilahnak. Nasib baiklahhh ayam sedap dan lembut. Memang kenyang. Dan, makanan kat restoran ni dijamin halal ya!


11. Kemudahan

Surau pun ada disediakan kat sini, boleh rujuk map. Toilet kat sini tak pakai paip. Tips aku, daripada bawak wet tissue, better ambik ja tissue yang kat dalam toilet tu, basahkan. Ambik jugak extra yang kering, habuan nak lap balik. Tak semua orang selesa lap *hooha* guna wet tissue sebab bila bekas wet tissue tu kering akan ada rasa belengaih kan.

Okaylah, cubicle hujung sekali ada paip.


12. Souvenir

Kat setiap rides/attractions, korang akan keluar melalui souvenir shop masing2. So bolehlah sambil tengok2 apa yang berkenan di hati. Jangan beli lagi. Satgi jenuh nak heret barang sambil nak main. Park tutup pukul 7pm. So set time, habiskan rides semua by 5.30pm dan boleh start cari souvenir. Kalau berkenan nak beli souvenir dari mana2 kedai kat rides, sempat la nak pi balik. Dah hampir dengan pintu keluar, ada The Universal Shop - souvenir USS (rujuk photo pertama) dan most souvenir dari attractions ada kat situ. Harga boleh tahan ya. So jangan dok berjanji kat orang-orang di tanah air nak beli fridge magnet ka poskad ka haha. Fridge magnet paling murah pun $12/3pcs.


Aku memang dah aim nak beli mug USS. Terpaksa ambik ja yang madagascar punya sebab ni ja paling comel pun huhu.

Tshirt USS adult $29.90
Tshirt USS kids $26.90 -- kalau tshirt character lagi mahal
Mug $12.90 - $26.90 -- depends on character
Fridge magnet sesame street $12 / 3pcs
Fridge magnet USS $8.90 / pcs
Luggage tag sesame street $9.90
Passport holder $9.90
Pemadam untuk anak2 saudara - $5.90 / 9pcs



K tetiba malas nak taip. Sebarang pertanyaan boleh komen kat bawah eh. Kalau korang kenal aku, tanyala depan-depan. Okaybye.

You May Also Like

1 comment(s)