Home sweet home!

by - April 07, 2016

Hi,

Yay alhamdulillah kami dah ada rumah sendiri! Alhamdulillah sangat-sangat. Terima kasih husband yang tolong belikan hehe. Terima kasih mak abah yang sangat banyak bertungkus-lumus tolong dari segi persiapan, tenaga, masa dan kewangan untuk rumah kami ni.


Sekarang part wife untuk susun atur semula rumah dan beli barang-barang keperluan yang patut. Tengah drive pi kerja, pikir rumah. Kat kerja, pikir rumah. Balik rumah, pun masih pikir rumah. Sebagai seorang yang langsung tak kreatif, memang susah jugak untuk wife pikir interior design semua ni. Tapi alhamdulillah, rumah kami ni,




dah complete 100% perabotnya.


Sebenarnya, rumah double storey yang kami duduk sekarang ni rumah mak abah. Mak abah pun dah bertambah usia, tak larat nak naik tangga, sakit lutut. Jadi mak abah suggest buat barter-not-so-barter trade huhu. Kami beli (buat loan) rumah semi-d single storey, mak abah pi duduk rumah baru, kami duduk rumah sekarang ni. Rumah mak abah pun dah habis bayar. Alhamdulillah, Allah dah permudahkan. Mak abah dah sangat baik hati pindah rumah baru, dan beli semua perabot baru okay. Kami cuma perlu susun atur perabot yang dah ada ikut citarasa dan sentuhan sendiri (eceh) dan beli barang-barang keperluan dapur dan toilet saja. Alhamdulillah.


Walaupun rumah dah selesai, barang-barang kering macam barang dapur, minumam 3in1, makanan asas kering, sabun basuh baju, sabun toilet macam tu kena la beli. Nak pi Tesco ambik barang bubuh dalam troli terus bayar pun tak berani gak, takut lari bajet hewhew. Jadi aku pun buat list to-buy yang paaaalinggggg basic. Benchmark harga aku guna Tesco Groceries online.




* Nanti aku buat review pasal wonderdori aku yang best ittew heheh.


So dua hari lepas, aku pi Tesco beli barang-barang kering untuk dapur + barang toilet. Ambik la dalam separuh troli ja. Barang basah memang takda langsung. Lepas scan, jumlah RM299.80 hahahahahah pengsannnn mak nakk. Tengah bulan ni nak kena beli barang basah & kelengkapan rumah lagi. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit tehehee.




Baru nak start hidup sendiri memang perit jugak. Orang yang taktau, memang akan ingat kami ni berduit. Tapi hal dalaman, tuhan ja yang tau betapa pekin-nya kami dalam hal-hal kewangan ni. Sebenarnya sedih jugak dengan orang yang takmau/taknak paham keadaan kami ni. Takpalah, slow-slow. In shaa Allah ada rezeki dari mana-mana nanti. Mungkin jugak ada hikmah kenapa masih belum berisi -- sebab rezeki kami mai melalui rumah dulu :)


So sekarang ni busylah aku, bila ada masa lebih ja mesti nak google segala DIY projek untuk home deco dan basic home/kitchen/toilet/room decoration. Dan bespren aku adalahhh ----> PINTEREST! Hehe.


Next project on list: DIY jar labels. Nanti dah siap aku share okay.

You May Also Like

0 comment(s)