Malaysia: Grand Lexis, Port Dickson

by - April 24, 2016

Hi,

Ini adalah cerita super basi. Like really basi. Kalau roti, mungkin dah reput pun. Lama sangat kat draft tak ter-publish. Tapi, better late than never kan heheh. Since dah tekad nak buat blog secara proper, mula la nak update elok elok draft semua dan nak post balik eheh.


Seperti yang semua maklum (kalau tak maklum, ni la nak maklum), kami nikah pada Sept 2015 dan resepsi pada Dec 2015. Jadi, kami decide nak pi honeymoon dalam Malaysia saja. Kebetulan aku dan husband sama-sama baru nak di-confirmkan jawatan jadi lagilahh tak dapat nak pi oversea bagai. Jadi kami decide nak pi tempat yang lain sikit daripada hotel biasa, tapi masih mampu bayar. Pikir punya pikir, kami sebulat suara (eceh) nak book:








GRAND LEXIS, PORT DICKSON!


Reason kami pilih situ:

1) Jauh sikit, ada la feeling honeymoon tu heheh
2) Ada pool dalam bilik so boleh la mandi pakai bikini. Bila lagi kan hahahah k k
3) Harga yang berpatutan dengan kemudahan di bilik


Kami bertolak dari Kedah pukul 1 tengahari. Bajet tak jem la jalan. Sekali haa ambik, nak dekat pukul 2 pagi baru sampai PD hahahah. Jadi tak dapat la nak menikmati keindahan kawasan haritu. Sebelum masuk simpang GL tu ada kedai makan so kami singgah makan nasi goreng & sata kat situ dulu.


Dari parking kereta, ada buggy service nak ke lobby & bilik. Memang tak larat dah nak jalan. Jauh kan, sebab bilik kata atas air sana nu. Buggy service ni free ja. Bila-bila masa nak keluar dari bilik ke depan ka ke parking ka, boleh call depa mai ambik/hantar depan bilik. Dan depa begitu friendly melayan walaupun time tu dah pukui 2 pagi. Kata depa, ada lagi satu couple belum sampai. Sangkut jem macam kami gak la tu.


Sampai ja kat bilik, tengok2 takda apa honeymoon deco pun. Padahal dah tempah awai lagi. Rupanya depa bagi tersilap bilik. Depa pun dah ngantuk la agaknya tu. Okay lepas tu dah dapat bilik betui. Sebelah ja dengan bilik yang salah tadi tu.


Honeymoon deco ni kena tambah RM50, tambah siap2 masa book bilik dulu. Takda apa sangat pun, cuma bunga di sekeliling bilik saja. Aku sangaaaat la suka kelopak bunga memenuhi bilik ni. Masa nikah pun buat macam tu jugak kat katil rumah. Tapi bila orang dok mai, depa suka duduk atas katil. Habis tertenyeh color kelopak bunga kat cadar. Dan takleh keluar pulak tu huhuhu.





Tapi dengan sampai bilik pukul 2 pagi, bunga macam ni dah takda makna okay. Rasa macam nak marah sebab dah ngantuk dan letih sangat2 dan sekarang nak kena kemas katil daripada kelopak bunga pulak hahahah. Last-last tidoq teruih malas dah nak tolak tepi kelopak ni semua.





Okaylah kekzi buat teruk. Padahal ni la driver dari Kedah sampai PD hehe tapi masih larat nak nyalakan lilin penuh bilik.


Bilik dia besaq gak. Kami ambik bilik Deluxe Pool Villa - Above the Sea. Tu cermin boleh tengok air laut kat bawah. Tapi siang boleh la nampak air laut malaysia yang berkeladak tu. Malam pulak cuma nampak selut lepas air surut heheheheh.




Villa ni ada bahagian asing2. Bahagian bersiap & almari, asing. Bahagian pantry, asing. Bahagian toilet, asing. Nak duduk satu family anak 4 pun muat. Bawak la toto lebih heheh. Bestnya bilik ni, ada pinggan mangkuk siap dengan microwave. Kiranya boleh beli makanan dari luar dan balik panaskan ja. Kalau kat hotel lain, kalau beli makanan luar, esok pagi makan la sejuk2 kejung tu kan hahah.




Dua gambar kat atas ni bahagian toilet. Pintu yang terbuka tu toilet. Pintu kiri ni pintu shower. Yang paling kiri tu pulak pintu ke pool kat luaq bilik. Shower tu pun ada access ke pool jugak. Kiranya lepas mandi kat pool, terus masuk kot toilet, tak lecah la bilik.


Malam kedua kami kat sini kami saja la buat candle light dinner. Mula2 masa book dulu ingat nak ambik pakej depa sekali. Tapi lepas aku google review dari blog orang lain, sekali candle light dinner kat dalam restaurant hotel. Kahkahkah. Aku dok bajet kot la buat kat tepi laut ka apa kan. Jadi siang tu kami keluar pi beli makanan apa yang kami nak makan, malam tu kami diy so-called-candle-light-dinner kami. Lebih privacy, lebih seronok dan lebih intimate kakaka.


Tadaaaaa....!





Hahahahaha, candle light dinner di tepi kolam! Lagi seronok tauu :P Kami tapau sushi, ayam penyet, air peel fresh oren dengan air yogurt. Lepas mandi boleh teruih terjun masuk kolam. Haaaa kan ka lagi best tu? Kehkehkehh.




Inilah kolam kat dalam bilik tu. Kecik ja, memang tak mampu la nak buat kuak lentang ka kuak apa ka. Takat sekali kuak, dah sampai hujung kolam hahah.


Masa kami book dulu harga dalam RM600++ lupa pi dah. Boleh tengok website depa kat sini untuk book.


Okay sekian review grand lexis yang ringkas sebab dah terlupa cerita ni basi dah. Dan ini jugaklah cerita honeymoon kami yang maha simple itu. Hahah kbye!



You May Also Like

0 comment(s)