Resepi: Paprik Ayam Ringkas

by - April 22, 2016

Assalamualaikum. Salam sejahtera.

Since dah jadi surirumah separa masa dan dah ada rumah sendiri dan husband lagi prefer makan masakan rumah dan nak jimatkan duit, aku kenalah gigihkan diri masak masakan simple hampir setiap hari huhu.

Otw balik rumah kat tengah jem tu, sambil la google mana-mana resepi yang mudah. Pastu ingat-ingat balik bahan apa yang takda kat rumah. Boleh terus singgah Tesco beli. Kalau agak dah lewat, call mintak husband ja belikan.

Petua dari mertua: sambil basuh bahan-bahan masakan, sambil berselawat dan doa semoga masakan kita akan jadi kasih sayang yang berpanjangan dengan suami & anak-anak.



Jadi malam tadi aku cuma masak paprik ayam. Very the simple -- sangat sesuai untuk beginner macam aku. Kalau ikut paprik kat kedai tu kan hiris isi ayam kecik-kecik. Tapi sebab aku nak cepat, aku guna ja ayam ketul biasa tu, tapi ketul kecik. Heheh.

Okay dah. Jom masak.


Bahan-bahan:

4 ketul ayam bersaiz kecil
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1/2 biji bawang besar - dihiris kasar
2 sudu kecil cili giling - ikut kepedasan yang dimahukan
1 biji cili merah - dihiris menyerong
5 biji cili hijau - diketuk
2 helai daun limau purut - dihiris halus
Bunga kobis - dihiris kecil
Putik jagung - dihiris menyerong
1/2 carrot - dihiris nipis
Sos cili, sos tiram, garam, maggi cukup rasa


Cara memasak:

1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih & bawang besar sampai wangi dan jadi kuning.
2. Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak & naik bau.
3. Tambahkan sos -- ikut citarasa korang la nak pedas / manis macam mana okay.
4. Masukkan ayam, kacau bagi sekata dengan bahan tumis & biar sampai nampak empuk.
5. Masukkan air ikut sukatan kuah banyak mana korang suka.
6. Tambah garam / gula / maggi cukup rasa sampai rasa tu kena dengan lidah / citarasa.
7. Masukkan segala sayur-sayuran hirisan tadi tu -- cili merah, cili hijau, daun limau purut, bunga kubis, putik jagung & carrot. Kacau rata.
8. Agak sayur-sayuran nampak masak, boleh tutup api. Jangan biar lama sangat. Nanti sayur lembik.
9. Siap untuk dihidangkan!



Nampak sedap kannnn? Tehehee.

You May Also Like

0 comment(s)