Rezeki hari Jumaat

by - April 29, 2016

Hi,

Alhamdulillah di pagi hari Jumaat ni dapat berita happy dan sangat tak dijangka okay! Alhamdulillah syukur syukurr!

Mula-mula dapat surat ingatkan surat transfer ka apa, sebab seminggu dua ni angin "di-transfer" memang agak kencang bertiup. Berdebar cek macam nak terkeluaq jantung. Rupanyaa...
.
.
.


.
.
.
.




salary adjustment! Alhamdulillaaaahhhhhh! Rezeki masuk rumah baru. Terlalu happy sampai kena share on the spot hehe. Dia jadi terlalu happy macam ni sebab takda khabar angin sebelum-sebelum ni. Very surprised!


Sampai ja kat office pagi ni macam biasa. Tapi takda orang. Plannya kalau takda orang, nak balik awai la. Takmau la duduk sorang kat office yang besar sunyi sejuk dan menyeramkan ni. Area bangunan ni memang besar kalau siapa2 pernah nampak masa lalu kat highway Juru kan. Tapi takda orang okay. Dalam office kami ada la dalam 20 orang, + orang-orang FM dengan cleaner ada 10 orang. Memang sunyi. Angin yang keluar dari aircond pun bunyi kuat ja.




Eh dah macam cerita seram pulak.


Baru plan nak balik awai tapi tetiba ramai pulak yang sampai kendian. So bye bye balik awal! Huhuhu. Dah alang alang bercakap pasai tempat kerja ni boleh la tunjuk bangunan sebelah yang takda orang tu dan juga cubicle i heheh.




Maaplah laptop ni memang zaman purba punya sebab masih guna window vista hahahaha. Laptop orang bagi memang macam ni. Nak guna laptop sendiri rasa macam sayang pulak. Tapi dalam masa yang sama terpikir, kalau tak guna laptop tu, nanti lama2 dia akan rosak jugak + sebab tak guna, lagi rasa menyesal & rugi beli kan. Benda ni masih dok pikir lagi. Huhu.




Ini pulak bangunan sebelah yang besar dan ada la dalam 8-10 orang hehe. Ramai kawan-kawan dan saudara yang bertanya, "Apa fungsi tempat kerja hang tu? Buat kerja dalam lab ka?"


Jawapannya: Koridor Utara ni buat kerja-kerja management. Manage duit yang kerajaan bagi dengan buat projek-projek untuk bangunkan kawasan Utara ni; daripada Perak turun ke Perlis. Bangunan sebelah ni adalah bangunan lab dan office, untuk start-up company yang ada modal kecik tak mampu nak buat lab lagi kan, boleh la mai sewa sini. Tapi kemasukan bersyarat la. Hiuhiu.


Okay cukup pasai tempat kerja.


Cuma nak share yang selain daripada salary adjustment, I happy jugak sebab pagini dapat #thebloomingduck in Orchids Pink!




Lepas ni nak kena ngorat husband belanjakan Peonies Yellow pulak. Tehehee. Wish me luck!

You May Also Like

0 comment(s)