Malaysia: Four Points by Sheraton, Penang

by - May 09, 2016




Hi,


Aku dengan husband ni nak kata duit banyak berkepuk tu memang jauh sekali. Tapi kami boring-boring, suka dok tempah bilik kat Agoda pastu duduk la semalam kat hotel. Motif, taktau. Setakat 7 bulan kami kawin ni, merata dah hotel kami duduk. Tapi kat area Penang ja la sebab dekat (kos travel tak tinggi) dan ... Penang best apa?! Haha.


1. Four Points
2. Copthorne Orchid
3. Evergreen Laurel
4. Concorde
5. Gurney Resort & Residence
6. Four Points -- husband suka deco bilik dia so kami mai lagi sekali ahaha
7. Sentral Seaview


Semua hotel yang kami pi ni biasa-biasa saja. Harga tak mahal sangat. Book kot Agoda murah la sikit daripada book direct kat hotel. Tapi tu la, murah pun sebab book awal ataupun pakej bilik saja takda breakfast. Pi mai pi mai, lebih kurang ja la harga.






Ni contohnya. Tapi sebab aku set tarikh nak dekat jugak kan so agak tinggi la harga dia. Kadang-kadang ada "mobile deal" kat certain hotel. Yang tu lagi murah, cuma boleh book thru apps Agoda kat phone ja. Setiap kali nak book tu baca la dia punya t&c, ada breakfast ka tidak, bilik tu 2 single bed atau queen bed ka. Ada jugak sesetengah deal yang kita tak perlu bayar sampai 3 hari sebelum kita nak check in. Ini yang paling best hehe. Aku ada jugak book satu hotel kat Indonesia untuk September nanti. Tapi entah jadi ka tidak taktau lagi. Tapi takpa, kalau tak jadi boleh ja cancel. Kalau nak cancel, kena cancel 3 hari sebelum check in. Kalau lepas tu, duit tetap akan ditolak walaupun no show. Walaupun guna "'book & pay later" macam ni, details bank tetap kena isi tau. Tapi jangan risau, kalau ikut rules depa betui2, takkan ada masalah duit tersilap tolak. Hihi.


Hm plan asal nak cerita pasai Four Points haha.


Okay so masa first time pi dulu, check in lambat jugak. So tak berapa dapat menikmati pemandangan. Jadi husband tak berapa puas hati. So kami pi la lagi sekali. Yang kurang best sikit kat Four Points ni, hotel dia rendah ja. Aku prefer hotel tingkat tinggi2. Macam masa kami duduk kat Gurney R&R tu kami dapat tingkat 21. Serious seronok heheh. So kat sini dapat tingkat 2. Pemandangan tu pun so so la.


Boleh nampak no plat setiap kereta dengan jelasnya heheh. Deco bilik ni simple ja tapi memang cantik. Teringin betui aku nak ada rumah/bilik tidur ada tingkap kaca besar-besar macam tu pastu letak pangkin tak tepi tingkap tu. Wuuhhh!


Masuk ja pintu bilik, sebelah kanan ada toilet, sebelah kiri ada wardrobe. 3 langkah ke hadapan, sebelah kanan dah ada katil, sebelah kiri ada pantry, tv & meja solek. 7 langkah ke depan lagi, dah sampai kat pangkin tingkap besaq ni. Kecik ja bilik pun. Kalau nak mai dengan anak 3 memang takleh la hehe.



Deco kat katil pun begitu simple. Tapi entah kenapa husbandku sangat mengaguminya haha. Bolehla buat inspirasi untuk bilik sendiri.

Breakfast kat hotel ni pun so so ja bagi aku. Takda apa yang sedap dan menarik yang membuat aku takleh buang dari Cerebrum aku ni. Tak macam kat Marriot Putrajaya, pancake dia memang buat aku takleh lupa sampai bila2. Tambah pulak whipped cream dengan chocolate sauce. Ya allah, tak sedaq kata 4 keping dah masuk dalam perut heheh.


Mesti ada yang excited nak tau kan apa aktiviti kami setiap kali tidoq kat hotel Penang ni? Dah la kerja kat Penang, tidoq hotel pun kat Penang. Haha.

Jawapannya... takda apa. Setiap kali tidoq hotel, aktiviti kami sama ja. Petang check in. Lepak-lepak tengok HBO / Fox / Cinemax (ohh sekarang kami dah langgan channel ni kat rumah so takyah la pi hotel dah ahaha!) pastu mandi solat maghrib keluar pi dinner. Kalau rajin tengok movie kat Gurney Plaza then balik tidur. Esok pagi turun breakfast. Naik bilik golek golek lepak lepak lagi sampai pukul 11, mandi siap2 check out. Singgah lunch kat mana2 then teruih balik Sg Petani. Tu ja. Tak pernah berbeza. Hahahahah.


Sekian cerita Four Points aku. Tata.

You May Also Like

0 comment(s)