Resepi: Kari Ayam Ringkas & Sedap

by - May 03, 2016




Hi,


Disebabkan hari isnin aku cuti (ganti labour day) bolehla nak masak lunch lagi heheh. Pilihan harini adalah kari ayam mudah dan ringkas. Masa sebelum kawin dulu, segala jenis kari ni aku ingatkan susah nak masak. Rupanya boleh tahan gak senang heheh. Nampak sangat dulu dulu saja dok buat alasan dalam minda sedar ni kan.


Resepi yang aku share memang semua yang ringkas dan tak perlu bahan yang banyak dan complicated. Sebagai surirumah hujung minggu saja, aku pun mana simpan bahan banyak sangat dalam peti ais. Nanti rosak takdan guna, rugi ja. Kalau sempat masak setiap hari takpalah hihu.


Okay sini resepi kari ayam ringkasku:


Bahan-bahan:

1 bawang besar - dihiris nipis
3 bawang putih - dihiris nipis
1 inci halia - dihiris nipis (ketiga-tiga bahan ni kalau nak blend halus pun boleh)
2 pelepah daun kari
2 bunga lawang
1 kulit kayu manis saiz sedang
2 buah pelaga
Rempah kari ayam/daging - dibancuh dengan air panas (kuantiti rempah ikut citarasa -- nak pedas/tak)
Santan kotak
6 ketul ayam bersaiz sedang 
2 ubi kentang dipotong
2 asam keping
Garam, gula, serbuk cukup rasa
Air secukupnya


Cara-cara:

1. Tumis bahan dihiris nipis + bunga lawang + kulit kayu manis + buah pelaga + daun kari -- sampai naik bau. Jangan sampai terhangit.




2. Agak dah wangi, masukkan bancuhan rempah. Kacau rata. Biar sampai pecah minyak. Api perlahan saja, jangan kuat sangat nanti rempah kat keliling periuk jadi hangit.





3. Rempah dah pecah minyak, masukkan ubi kentang. Gaul-gaul rata then masukkan ayam. Sampai nampak ayam agak kecut, tambahkan air (ikut citarasa nak kari jadi banyak atau sikit) dan biarkan sampai mendidih -- ayam masak + ubi empuk.




4. Dah agak empuk ayam & ubi, bolehlah tambah santan dan asam keping. Adjust kepekatan kari yang dikehendaki. Kalau nak pekat, tambah santan lagi. Kalau kari jadi pekat sangat, tambah air semula. Then tambah garam, gula, serbuk perasa ikut citarasa masing-masing. 


5. Lepas mendidih, boleh tutup api dan sedia untuk dihidang! 


Hehe. Simple kan? Tu laa, orang habaq takmau percaya :P 


Okay jemput makan.

You May Also Like

0 comment(s)