Resepi: Overnight Oats

by - May 19, 2016



Hi,


Semenjak dua menjak ni asyik dok sakit tumit pulak. Kalau ikut kata mama, badan makin gemuk so tumit dah tak larat nak tampung. Jadi, gigihlah aku dok google resepi-resepi untuk kurangkan berat badan sambil menyingkirkan lemak yang dah ada. Dalam dok google tu, terjumpa info diet atkins. Tapi tu lah, ni cita-cita 3 bulan lalu yang dah terkubur sehingga kini.

Tapi, untuk tidak menghampakan diri sendiri, kami laki bini mula dengan baby step. Sikit sikit, lama lama jadi bukit, kata orang. Tak berani pulak terus nak buat diet atkins. Sebab once stop, akan jadi lagi teruk dari bentuk asal. Gulp. Okay harini nak share resepi (??) breakfast overnight oats yang semakin popular di news feed facebook tu. Sangat senang nak buat, sangat sedap untuk dimakan dan sangat mengembangkan perut elok-elok sampai lunch.


Bahan-bahan:


Rolled oats
Fresh milk (susu Farm Fresh sedap)
Natural yogurt
Chia seeds
Madu

Rolled oats, susu, yogurt dengan chia seeds ni macam biasa boleh beli kat Tesco. Madu tu aku cari kat kampung. Bukan kata madu kat supermarket tu tak elok tau, tapi takut portion madu dengan air gula sama banyak ja hehe. Daripada was-was, baik jangan beli terus. Gittew. Chia seeds ni dijual dalam pek agak besar dan harga agak mahal. Kalau rasa takut membazir (beli, guna sikit pastu terus tak guna dah), boleh pi kat booth Boost Juice Bar -- ada jual dalam RM2 sebekas kecik. Tak pasti la semua Boost kat malaysia ada ka tidak. Aku beli dari Boost Gurney Plaza, Penang.

Okay. So cuma masukkan semua bahan (ikut turutan) ke dalam bekas bersaiz sederhana dan biarkan semalaman di dalam peti sejuk. Better guna bekas kaca sebab nanti sejuk sekata, barula sedaaappppp. Alaa, recycle bekas jem tak pun bekas mayonis tu ja.

Serba sedikit kebaikan bahan-bahan ni: rolled oats ni lebih berkhasiat daripada oats biasa tu, plus takda la terlalu lembik lepas ""direndam" semalaman. Antara kebaikan chia seeds pulak: mempunyai kandungan omega 3-8 kali lebih daripada ikan salmon, boleh control sugar level dalam darah, buat kita rasa kenyang dan menambahkan kesuburan. Madu bagus untuk memberi tenaga. Tapi pastikan madu original ya.

Ada yang prefer makan plain macam tu saja. Tapi kalau agak rasa tekak akan kembang, boleh campur buah-buah atau coklat atau apa-apa ja yang terlintas di kepala ya. Just sharing, first time aku buat letak coklat dan untuk husband aku letak epal hijau. Ya rabbi, tak sedap langsung oats coklat aku punya tu. Rasa masam + melekit + macam dah basi. Yang husband punya sedaaapppp. So keesokannya aku cuba letak pisang pulak. Lagi la sedap. Kesimpulan yang aku buat, letak buah lagi best sebab air buah akan buat campuran oats tu jadi manis.

Cubalah!



You May Also Like

1 comment(s)