Kekzi Main Bowling?

by - June 04, 2016



Hi,

Lepas habis tempoh domain ni, rasa macam nak tukar link (againnn?!) dan taknak teruskan .com dah. Rasa macam tak best pulak. Rasa very "strong" dan formal dan tak rasa begitu personal. Blog should be something personal kan? Or that is at least what i think / feel la hehe.


So isnin lepas ada tournament bowling NCIA (tempat kerja) kat Bukit Jambul, Penang. Ada la hadiah untuk kumpulan terbaik, pemain terbaik lelaki & wanita, jersi kreatif & cabutan bertuah. Jadi division kami pun buat la satu sesi panaskan badan untuk tapis pemain terer dan pemain koro. Koro tu bahasa utara kot, maksud dia macam nak kata memang tercorot la.


Selepas 2 game, maka ternyatalah aku memang koro. Sekali dua ja pin jatuh, yang lain semua ke longkang. 26 tahun dah hidup, rasanya ada la dalam 2,3 kali ja pernah pegang bola bowling tu haha. Sungguh-sungguh punya tak reti. Mesti division aku pun dah give-up dengan ke-koro-an aku hahahah. Dan aku bakal penyebab division aku tak memang.



Balik rumah, cerita dengan husband. Husband kata la awat tak suruh dia ajar, dia terer main katanya. So malam sebelum hari tournament husband bawak pi bowling centre. Main 3 game. Okay dah ada perubahan. Kalau sebelum ni masuk longkang lagi banyak drpd pin jatuh, kali ni dah hampir sama. Wah! Husband-ku, booster-ku.


Tengok gambar atas , takda gaya langsung nak baling boleh pun haha.


Esoknya (which is on the tournament day) bersemangat la nak main ni. Hehe. 2 game ja, 1 kumpulan 4 orang. Aku orang ketiga, kumpulan kedua. Awal-awal baling memang masuk longkang jugak. Pastu ingat balik macam mana husband ajar, fokus. Kan dah kata husband-ku booster-ku. Merasa gak la beberapa kali spare dgn strike hehe.






Nama aku "A" kat barisan ketiga. Kira okay la kan untuk seorang insan yang tak terer langsung ni hehe. Lepas 2 game main, take 15 sat. Rehat, pi solat, makan apa semua. Sambil tu, depa kira markah untuk top 10 male & top 10 female. Aku pun pi pulangkan kasut, makan sambil bersembang dengan depa2 hat lain. Tangan pun sakit.


Tiba-tiba, aku dengaq MC umum nama aku tempat ke 5. AKU MASUK TOP 10 FEMALE, LIKE SERIOUSLYYY???!!! Hahahahahahah.


Masa ni memang dah sangat stress. Bukan aku ja, tapi boleh kata hampir semua pun stress. Aku stress bukan sebab nak menang, tapi aku stress sebab aku dah la tak reti main tapi boleh dapat top 10 pulak (nampak dak hat lain tu macam mana? Heheheheh jahatnya aku k k lawak ja). Piala pemain terbaik wanita ada 1 ja, memang idak ler aku yang menang. Hehe dah dapat top 10 pun dah rasa macam hebat sangat dah. Hehehehehehe. Okay tu ja nak cerita bye :p



...............


Dapatkan produk purebysafiyyahosman dengan kos pos secara percuma di sini -- link

You May Also Like

0 comment(s)