Ramadhan Pertama Bersama

by - June 23, 2016

Hi,

Malam ni moreh kami aiskrim BR hehe.




Pejam celik pejam celik, kejap ja dah ramadhan ke 17. Secara praktikal, ni ramadhan pertama bersama. Tapi last year pun macam dah sambut bersama sebab parents husband sambut ramadan kat Brussels. Dia tak dapat ikut sebab baruuuu sangat lapor diri kerja masa tu. Jadi, dekat seminggu jugak la setiap petang lepas kerja terus dia mai rumah untuk berbuka. Hehe. So this year, kami dapat la sahur bersama pulak.


Untungnya husband jenis tak kisah makan apa -- as long as homecook. Haha yep dia prefer homecook. Tapi, hm tu lah nasib la dia dapat wife yang tak berapa pandai masak ni dan kerja jauh :( First day puasa kami berbuka kat rumah in law. Second day, berbuka kat rumah sendiri. Habis kerja 4.45 petang, redah jem semua sampai la sg petani pukul 6 gitu. Pastu baru teringat kat rumah takda barang basah apa. Almaklumlah kerap makan kat rumah mak mak jadi peti ais kami memang sentiasa bersih :p Singgah tesco beli barang untuk masak ja then terus balik rumah. Kalut kalut masak, masa azan maghrib, ayam masak merah masih atas dapur. Kesian husband :( Tapi most of the time, kami akan take turn balik rumah mak mak la heheh.


Walaupun Mus prefer homecook, tapi as an amazing husband, dia sangatlah boleh tolerate bila hari aku tak larat nak masak tapi taknak balik rumah mak mak sebab nak berbuka berdua, so kami berbuka di luar. Favourite food dia kalau nak makan kat luar, kat The Chicken Rice Shop. Kalau aku pulak, ayam penyet! Heheh. Segala jenis ayat penyet aku telan. Memang favourite sungguh sungguh.


Ni semalam Mus cakap tingin nak makan tomyam ayam + telur dadar. Lega cek. Haha.





Semoga Mustaqim akan terus jadi husband aku yang amazing sampai ke syurga nanti. In shaa Allah. Masa bulan puasa bulan baik ni la kena extra berdoa, termasuklah nak dikurniakan zuriat hehe. Ni dah nak dekat raya, aku dah kena get ready dengan soalan anak ni. Tapi apa pun, kami percaya dengan rezeki Allah. Mungkin Allah nak bagi kami settle hal rumah & kereta sat, lepas tu baru Dia bagi zuriat. Kan? Allah knows best. Alhamdulillah, apa yang jadi dalam hidup aku ni kebanyakannya memang di luar jangkaan. Tak jangka akan kenal Mustaqim (ingatkan aku akan die virgin haha), tak jangka akan kawin selepas setahun kenal, tak jangka parents pihak lelaki very sporting and supportive jenis cepatkan-yang-baik, tak jangka lepas 3 bulan kawin dah mampu ada rumah sendiri. Alhamdulillah.


Mana nak tau, di luar jangkaan tetiba rezeki nak dapat twin ka kan? Aminnn! :P





You May Also Like

0 comment(s)