Bean Boozled Challenge

by - July 29, 2016

Hi,

Dulu kalaaa aku tengok kak anis ada upload gambar jelly bean ni kat instagram dan nampak macam menarik. Sebab ada perasa pelik ala ala harry potter punya hehe. Dok kata nak beli tapi terlupa. Sampailah recently tetiba teringat balik + family members semua cukup sebab dana tengah cuti sem so aku pun beli.

Google punya google, bean boozled ni ada juai kat candylicious sahaja. Jadi terpaksalah mintak pertolongan personal shopper hehe. Jangan main-main eh, candy pun ada personal shopper 😆

So, tadaaaaaa...!




Jelly Belly Bean Boozled Spinner 99g, RM35





Apa tu Bean Boozled? Bean Boozled ni satu jenis game dengan candy. Setiap kotak ni ada satu spinner dan lebih kurang 100g jelly bean yang ada 8 jenis bean. 8 jenis tapi ada 16 flavour berbeza. Faham tak? 1 jenis bean ada 2 flavour; either good or bad. Rupa sama, dan takda bau. So you takkan tau bean tu yang good flavour atau bad flavour. Contoh: rupa & color yang sama so you takkan tau either bean tu perasa tutti frutti atau stinky socks; peach atau vomit; buttered popcorn atau rotten egg. Hehe 😂



Jadi kami main 5 orang. First round kami decide sorang spin, ambik bean tengok luck dia dapat good or bad flavour. Tapi jadi lambat sebab kami 5 orang kan. Selingan gelak gelak lagi. Then kami tukar: decide tu take turn tapi masa makan 5-5 sekali kena ambik, nasib la kan dapat good atau bad.

Awai tu mama tukang ambik video kami ja. Tapi bila dia tengok best, dia ajak papa join sekali. So kami main 7 orang. Lagi la havoc hahahah lagi-lagi bila dapat stinky socks, vomit & rotten egg. Rasa & bau tu memang real weh. Stinky socks tu sebijik macam bau stoking busuk yang 2 minggu tak basuh. Rotten egg pun bau sama macam telur kuning buruk tu 😆

Afterall, main game ni memang best haha. Seronok gelak kat orang bila depa dapat bad flavour dan kita dapat good flavour. Ada jugak orang yang buat rule: kena habiskan jugak bean tu walaupun dapat yang bad. Memang mati haha. Ikut la rules macam mana kita nak buat.

Ikut apa yang aku google, bean boozled ni gluten free, peanut free, kosher & halal. Semua perasa cuma artificial saja. So makanlah tanpa was-was. Kalau ada rasa was-was, jangan makan tau! Hehe.

Definitely nanti akan beli refill then boleh main lagi. Boleh buat part of entertainment & family bonding session. Recommended masa main tu sila prepare air kosong, tisu, bag  plastik kosong dan pringles. Bila dapat bean perasa teruk tu, boleh makan pringles buat hilang rasa kat lidah 😋

Ingredients: Sugar, corn syrup, modified food starch, contains 2% or less of the following: peach puree concentrate, pear juice concentrate, lime juice concentrate, coconut, chocolate liquor, cocoa butter, soy lecithin (an emulsifier), cocoa powder, citric acid, lactic acid, sodium citrate, sodium lactate, natural and artificial flavor, ascorbic acid (vitamin C), color added, red 40 lake, blue 2 lake, yellow 5 & 6, red 40, blue 1, blue 1 lake, vegetable and fruit juice (color), beeswax, carnauba wax, confectioner's glaze, tapioca dextrin, salt.


You May Also Like

0 comment(s)