First Anniversary di Lone Pine, Penang

by - September 26, 2016

Hi,

Dah dua bulan takdak post baru hehe. So harini nak bercerita pasai first anniversary. Hm, kejap betul masa berlalu. Dah sampai ke ulang tahun pertama.

0b0c4-screen2bshot2b2015-11-222bat2b12-48-59



Cuti dah ambik dari awal tahun, dan plannya nak pi tempat yang jauh sikit lah. Jadi aku dah book nak ke Bintan, Indonesia. Yang bestnya trip yang kami pilih ni boleh cancel up to before 3 hari drpd departure date kita. Rasa lebih secure dengan kerja husband yang memang sangat banyak last-minute-ops walaupun dah mintak cuti awal-awal huhu. Dan ternyata, ada reason yang lebih besar yang membuatkan kami terpaksa cancel trip ni..sebulan awal. Aku akan dedicate satu post khas berkenaan reason yang besar ni kat next post :P

Jadi dengan jadual kerja husband & masalah kesihatan yang sedang aku hadapi sekarang, kami decide pi Penang saja. Tu pun bagi aku dah cukup "jauuhhh dan menyeksakan" haha. Memula nak pi Hard Rock, tapi sebab tarikh yang kami pilih tu (+ last minute lagi) so harganya amat menyiksakan jiwa raga. Tambah duit sikit lagi dah boleh bayar ansuran kereta sebulan haha. So, kami pilih Lone Pine Hotel, Penang.





Check in pada 24 Sept (Sabtu) dan check out 25 Sept (Ahad), caj bilik deluxe termasuk breakfast adalah RM551.02 (termasuk segala tax yang wujud di dunia). Erm bolehlah. Aku tanya jugak depa ada dak pakej untuk anniversary/honeymoon. Depa ada, tapi pakej ni strictly kena duduk 3H2M dengan harga pakej bermula hampir RM1.8K hewhewhew. Okay, pass. Aku tanya pulak kot-kot depa ada room deco. Pun depa ada, dan pakej start dengan RM300 - rose petals all over the room. WHATT?? Mahai nak mampuih! Room deco kat Grand Lexis PD sana pun charge RM50 saja kot - ada rose petals atas katil, lantai memenuhi satu bilik, kat toilet, bathroom, siap dengan lilin. Hahahah okay aku pass jugak. So kami ambik bilik sahaja.

Disebabkan husband punya last-minute-ops so kami sampai Lone Pine hampir pukul 6pm jugak (dan beli dinner siap2, aku dah lembik sangat-sangat untuk keluar semula malam tu). Upon check-in dapat welcome drink. Aku yang memang dah mulut payau, tanpa usul periksa terus minum dengan bahagianya. Husband dah jegil kat sebelah. Aku cakap kat dia aku yakin 101% ni jus buah. Dia pun sip sikit. Nampaknya dia makin menjegil kat aku. "Pineapple juice is it?" Jawabnya si receptionist tu: "Urm no, fruit punch." Ahahaaha ampunkan isterimu ini husbandddd.

14463207_1593458644291261_5759913326184885424_n Husband dah jatuh cinta dengan binaan toilet + walk-in closet + mini bar



14462806_1593458707624588_3296241232874146605_n



So dah settle check in (ada deposit RM100, as usual) kami naik bilik ke tingkat 3, tingkat paling tinggi hehe. Bilik dia memang cantik,  simple classic traditional gitu. Masuk ja bilik, sebelah kanan ada toilet + walk-in closet + mini bar semua attached sekali ish macam mana nak explain entah. Tapi husband dah jatuh cinta dengan binaan dia. Memang elok sungguh. Then ada katil dan tv. Tv takda astro na hehe. So buat pertama kalinya setelah sekian lama, kami terhibur dengan channel TV3 sampai check out keesokannya. Dan part yang istimewanya kat sini:

14463156_1593458557624603_2771180184899108415_n

Ada small tub kat balcony!!

Tapi kitorang tak mandi pun :( saja ja isi air dengan buih tu. Rasanya ni la first time kami memang duduk sepenuh masa dalam bilik tak keluar ke manaaa langsung, even feringghi night market cuma depan hotel ja. Kesihatan langsung tak mengizinkan :( Lepas dinner, terus tidur sampai esok pagi.

Pagi bangun pi breakfast, erm breakfast kat LP bolehlahhh. Maybe 3 drpd 5 bintang kot. Belum ada breakfast yang boleh beat kat Marriot huhu! Aku yang tak berapa nak ada selera makan ni cuma minum fresh orange, plain porridge dengan buah ja. Tu pun dah consider banyaaaak sangat masuk perut.

14457431_1593458590957933_740634000942359440_n

Lepas dah habis makan, saja la nak ambik angin laut. Keluar ja compoun hotel tu, penuh dah orang yang dok buat aktiviti air. Harga memang standard rasanya kat sepanjang pantai tu sebab pernah tanya harga kat area belakang Four Points dengan area Flamingo by The Beach, memang sama ja. Husband nampak macam teringin nak naik jetski. Aku pulak, dari dulu dok teringin nak naik paragliding huhu. Tapi tu lah -- masalah kesihatan. Jadi kami ambik selfie saja beberapa ketul, then balik bilik semula.

14433181_1593458580957934_1897315136840525432_n

Please excuse my tak-siap-face :P

Erm, entah kenapa gambar jadi pecah macam tu lepas upload kat wordpress?? Abaikan ja lah, malas pulak nak resize & reupload

Then naik kat bilik, baring sat, siap2 barang, turun check out, terus balik SP. Memang tak singgah mana-mana dah. Huhu kesian kat husband. Tapi takpalah at least pi jugak somewhere berdua untuk sambut first anniversary ni kan.

14484873_1593458624291263_581633985967607206_n

Ni ja home deco yang ada - belon helium beli sendiri eheheh


To my dearest husband: selamat ulang tahun perkahwinan yang pertama, dan beratus tahun akan datang. I love you to the moon and back. Saya doakan hubungan perkahwinan kita akan berkekalan sampai ke syurga, even kat syurga nanti pun saya nak awak jugak jadi pasangan saya. In shaa Allah. Lidah mana yang tak pernah tergigit kan? Semoga kita akan sentiasa bersama-sama susah senang nak bina rumah tangga & keluarga kita. Semoga kita sentiasa dilimpahi rezeki yang halal dan rahmat daripada Allah SWT. Semoga kita dikurniakan zuriat yang soleh & solehah dan mampu menyenangkan kita dunia akhirat. In shaa Allah. Saya sayang awak, lillahitaala :)

You May Also Like

0 comment(s)