That "reason yang besar"

by - October 19, 2016

Hi,

Ingat lagi tak that "reason yang besar" from my previous post? Well, we're currently expecting for our junior πŸ‘ΆπŸΌ hihi Alhamdulillah! Macam yang dah pernah tweet awal-awal dulu, still rasa serba salah nak update good news ni sebab tak semua yang rezeki diorang dah sampai. Paham sangat perasaan itu... Anyway, alhamdulillah terima kasih Allah.



End Aug haritu kitorang keluar beli barang dapur then husband singgah Watson mintak beli pregnancy test. Harapan tu takda sangat sebab memang last period pun masa sebelum puasa, memang dah lama.Tapi ku turutkan jua permintaan husband. Dalam masa tu dok check jugak, negative. Dan aku kerap sakit kepala yg nak pitam so bila pi klinik doktor suruh check upt jugak. Still negative. Jadi doktor syak aku asyik sakit kepala sebab period tak keluar. So this time pun takda harap apa2. Period pun takda kan. Dalam masa yang sama, doktor suruh berusaha lebih sikit sebab orang yang tak datang period ni pun ada waktu suburnya cuma kita tak dapat nak agak hari apa semua sebab takda petanda kan.




Dalam masa yang sama dok check jugak dengan O&G takut ada apa2 penyakit dalaman, ya lah period tak keluar kan. Tersumbat ka, ovari tak hasilkan telur ka, cyst ka apa kan. Nauzubillah. Tapi alhamdulillah doctor kata semua elok, takda masalah. Jadi period dok keluar tak keluar ni sebab hormon atau stress kerja saja. Dalam masa yang sama doctor pesan suruh exercise jugak hehe. Doctor kata, kalau berat badan naik pun salah satu sebab period tak menentu. 😜

So aku beli 2 kit yang Watson punya alahh rm5.90 ja satu. Beli mahai2 pun nak buat titik urine ja kan hewhew. Sampai ja rumah, husband drop aku then dia pi cuci kereta sat (sampai sekarang aku tak paham apa correlation lelaki dan cuci kereta. Hujan pun nak cuci, kereta bersih pun nak cuci lagi πŸ˜ͺ) aku pun kemas barang2 yang dibeli tadi. Celah2 tu rasa nak buang air kecil so daripada urine tu terbazir baik aku titik sikit atas urine test 😜

Tiba-tiba naik dua line yang begitu terang, jelas dan nyata! Terkejut beruk aku. Tak puas hati, aku cuba untuk kit kedua. Boleh imagine tak berapa liter air aku minum sebab nak ada air kecil untuk kali kedua lulz. Sambil ketar kaki tangan, terus aku call husband. Dia pun dah menggeletar sama naik dengan aku so aku pun saja akhiri perbualan dengan "hehe melawak ja". So sebagai tipikal suami, dia pun menghabiskan masa dengan amannya di car wash tersebut 😌



Dok sat dia sampai rumah then aku tunjuk kit tu, nak teriak jugak la dia. Terus suruh aku siap nak pi check kat klinik. Memandangkan tu hari sabtu, tak banyak la klinik yang buka sekitar sini. Cuma ada klinik utama ja yang buka. Husband yang begitu excited siap tanya kat doktor, boleh dak nak scan sekali? πŸ˜‚ Tapi klinik ni buat pengesahan urine saja so takpalah nanti pi hospital terus buat scan. Lepas doktor dah sahkan memang pregnant, teruslah kami ke kedua-dua rumah parents nak bagitau. Depa pun macam alhamdulillah lepas setahun kawin akhirnya lekat gak hampa ni noh hahahaha.

Keesokannya husband tak puas hati lagi, dia beli pulak digital test kit. Complicatedkan husband aku ni haha. Tapi alhamdulillah result positive jugak. 2-3 tu maksudnya weeks. Kalau lebih daripada 3 weeks dia akan naik 3+. Clear blue test kit ni so far memang accurate la, harga rm49.90 kot kalau tak silap.



And this is our baby.. nama dia: babyMA 😍



In shaa Allah jika semuanya dipermudahkan, edd aku May 2017. Kawan-kawan doakan yang terbaik ya? Aku pun sentiasa doakan kawan-kawan yang sedang berusaha nak dapatkan baby. Aminnn! ❤️

In shaa Allah kalau rajin nanti aku akan update posts maybe new mom yang lain pun boleh buat reference sikit2 hihi. Aku sekarang ni pun banyak baca online ja. Search ja topik apa kita nak, masalah apa yang kita hadapi, semua ada. Hehe terima kasih mommies semua yang rajin share kat blog, page etc. Sharing is caring kan 😘

You May Also Like

0 comment(s)