"Kamu maybe akan kena ceaser!"

by - November 21, 2016

Today: 16th week pregnant



Hi,



Semalam baru balik dari Amanjaya Specialist Centre (ASC) untuk checkup kali ke berapa entah. Asalnya Dr. dah bagi tarikh appointment hehe tapi biasalah sebab first baby kan, asal ada discomfort sikit ja akan terus pi check. Tambah lagi, ASC dengan rumah cumalah 1.2km saja hehe. So semalam Dr. nasihatkan aku berehat di rumah, no "travelling" dan suggest aku ambik cuti lagi sebab aku sekarang sedang menghadapi lower back pain yang agak teruk. Aku tak boleh duduk (haha) sebab rasa macam ada tulang yang mencucuk-cucuk punggung daku. Sakit kebas dan sakit dicucuk, memang sengal weh. Aku cuma mampu berdiri dan baring mengiring. Nak duduk tu boleh, tapi takleh lama-lama. Huhuuuu 😌



"Kalau kamu sakit punggung/pinggang melebihi sakit perut masa nak bersalin nanti, berkemungkinan besar kamu akan di-ceaser ye"


"Jika begitu, saya akan buat-buat tak sakit, Dr :')"




Okay berbalik kepada topik harini, sebagai first time mommy, benda apa yang nak kena beli untuk baby dan mommy ni? Kalau tengok kat page Info Ibu Hamil yang mommies lain dok share, mahu terbeliak bijik mata. Baju newborn 20 pasang? Mitten & boots 20 pasang? Lampin 10 helai?? Aaaaa! Tak boleh jadik, aku kena buat list jugak, sambil compare list kat online & real experience dari kawan-kawan. Jangan ikut nafsu, lagi-lagi first baby memang lain macam rambang matanyaa.





1. Newborn cepat besar, kalau beli banyak pun kejap ja baby akan pakai

2. Ikut kesesuaian cuaca melesia (aku faham sekarang ni terlalu banyak design kain bedung cecomel tapi tak bermaksud kena beli sampai 15 helai 😛)

3. IKUT SAIZ POKET LAH tak boleh ikut nafsu mata sangatt tambah-tambah sekarang ni aku agak kerap ambik cuti tanpa gaji kan huhuhuk





Tapi aku sangat tak rajin nak buat survey lagi. Padahal aku rasa kena buat sangat-sangat dah. Bukan sebab dah nak pi beli, tapi sebab at least kita boleh budget financially untuk barang-barang baby. Orang yang tak poket tebal takleh nak beli semua sekaligus. Sebulan beli sikit-sikit jadi tak terasa sangat duit yang mengalir. Tambahan, barang baby pun boleh tahan harganya huhu. Jadi, pentinglah list ini supaya tak terlebih belanja walaupun pasti akan berlaku se.di.kit hehehehee.





Dah hujung pregnancy by 7 months macam tu nanti aku harap kami dah siap beli barang dan cuma boleh relax dan fokus untuk belanja hospital pulak teheheee. Isu nak deliver kat mana pun masih belum final lagi nampaknya. Husband nak aku deliver kat ASC, tapi aku agak takut dengan costing. Walaupun boleh claim balik dengan opis aku tapi cuma sampai 4k ja la, lebih ko tanggung sendiri. Canggih kan, husband yang buatkan aku mengandung, tapi duit delivery, opis yang tanggung kakaka. Namun begitu, aku jugak dah set mind okay ja kalau nak deliver kat GH. Boleh guna GL husband, dapat first class gak so nak risau apa kan. Free of charge lagi.





Ahaa, lower back dah mencucuk. Nak meniarap pun takleh dah. Takkan nak menaip sambil baring mengiring kekeke. Okay tata!

You May Also Like

0 comment(s)