2017 dUCK Planner

by - December 18, 2016

Hi,

Salah satu misi tahun baru adalah nak jadi lebih strict dalam hal-hal planning daily hehe. Sebelum ni pun misi tercapai, cuma paling lama pun 3 bulan ja bertahan :p So this year kena buat preparation awal, which is -- beli planner. Actually dah 3 planner aku saja beli: wonder dori traveller notes (sebab boleh fully decorate ikut suka hati), 2017 Striving for Jannah (planner ni serious menarik, sesuai untuk muslim dan wayyy worth it daripada planner yang bakal di-review today opss hihi maybe review next time) dan 2017 dUCk planner. Post kali ni saja nak share review dan honest opinion pasal dUCk planner ni. In the end, boleh la korang buat summary best ka tidak, worth it ka tidak hehe.

Sebelum kita proceed, please be reminded:

  • Aku tak pandai sangat buat review, so better aku buat in point form.
  • Review ni maybe tak berapa spesifik dan menyeluruh sebab aku kan newbie hehe
  • Maybe terms yang aku gunakan untuk review benda2 planner ni kurang tepat (:p)
  • Kualiti gambar adalah biasa-biasa, lighting pun harap lampu dinding saja



Kotak duck planner. Material kotak ni sama dengan kotak scarf. Keras. First impession matters kekeke.



Welcome notes. Direct tampal di penutup kotak. Takda kad asing macam scarf.



Rupa depan planner. Material cover ni adalah pu leather. Semua ada 6 color: coral, blue haze, lilac, silver, bronze dan pistachio. Aku pilih bronze sebab color ni nampak 'rich' dan sesuai untuk orang lasak macam iols ye.



First flip. Ada 4 poket dan 1 poket tepi. Rasanya tak boleh isi benda banyak2. Nanti akan bulky dan tak boleh tutup. Melainkan tambah sendiri band kat tepi macam kebanyakan planner kikki.K tu.


.
Monthly tab view. Biasalah benda melalui post ni ada tendency ter-kemek tengah jalan hehe.


.
Monthly quote. Yang monthly tab tu kertas keras, tapi kertas planner ni macam A4 80gsm ja, serious. Kalau pakai ink pen, ada possible nak bleed-through :( 


.
Monthly view. The only view yang ada. Sedih. No weekly/daily view. Kalau baca posts kat instagram duck, nanti akan ada add-on untuk planner, maybe ada kot weekly/daily view etc.


.
Each month ada ini saja okay: monthly view in 2 pages, 2 helai blank pages dan 2 helai lined pages. Thats all. YES, THATS ALL. 


.
Selain itu, kotak untuk monthly view sebesar coin 20sen saja. Very small, how to write everything inside without weekly/daily view?? Sorry coin singapore ja jumpa yang terdekat hehe.


.
Ruler pun ada. Material sama dengan yang monthly tab tu. Sad part is, ruler tu sama tinggi dengan kertas. Usually kan ruler tinggi sikit daripada kertas, so boleh jadi marker untuk current pages kita kan? So untuk planner ni, kena buat marker sendiri lah. Haha. 


.
Selain itu, dalam planner ni jugak ada 2 helai sticker. Material sticker cumalah kertas biasa, bukan yang transparent, glossy etc tu.


.
Lastly, ada 4 helai grid paper dan poket belakang planner.


.
Ring binder. Nasib baik tight. Tapi, walaupun setiap bulan tak banyak inserts, overall planner jadi tebal jugak. So, nak flip over pages agak susah. Maybe jugak ring size tu agak kecik. Kena carefully tolak kat setiap lubang ring tu. Kalau tak, confirm terkoyak. Atau paling bagus, guna ring sticker tu.


.
Back view of the planner. 

Kalau nak dibandingkan dengan duck planner last year, yang last year way better rasanya. Ada duck charm sebagai page marker, kotak monthly view lebih besar dan sekali ada voucher untuk shopping kat duck & fashion valet. Harga pun RM120 ja. Cuma yang ramai tak berapa suka sebab dia buku terus so takleh nak attach / detach pages.

This 2017 dUCk planner, RM150, ini saja yang dapat. Erm to be honest, rasa sangatlah tak berbaloi dengan harga. Maybe planner ni more to branding kot? Tapi taktau lah pulak apa pendapat korang. Ni cuma pendapat, honest/unpaid review dari aku. Hihi. Kalau ada further Q's, maybe boleh tinggalkan komen k :)

Sebab tu aku belum tulis nama dan decorate apa-apa kat planner ni. Boleh la nak jual balik. Eh :p

So korang, berbaloi atau tidak? Hehe.

You May Also Like

1 comment(s)