2017 resolution

by - January 04, 2017

Hi,

Sedar tak sedar, dah masuk tahun baru 2017. Dan seperti biasa, setiap hujung tahun mesti kita dah prepare apa azam untuk tahun baru, dan dalam masa yang sama flash back balik azam untuk tahun 2016 kan. Masa nak masuk tahun 2016 dulu azam aku tak berapa banyak sangat sebab hujung tahun 2015 dah berumah tangga dan dan dapat jadi permanent staff kat current work place. Ni dah kira antara life goals la kan. So, tahun 2017 ada beberapa resolution.

Antaranya:

1. Be better. Dari semuaaa aspek - relationship, fizikal, mental, spiritual, inner, outer. Semuaaalah.

2. Preparation nak jadi mommy termasuklah setiap hari berdoa diberikan kesihatan yang baik kat diri sendiri dan kandungan sehingga hari selamat melahirkan.

3. Pengurusan masa yang lebih baik antara task sebagai pekerja makan gaji, tanggungjawab seorang isteri dan mommy.

4. Pengurusan kewangan. Sebagai pekerja yang berulang alik lebih kurang 140km setiap hari, ini antara cabaran jugak sebab dengan berita kenaikan harga petrol awal tahun ni kan huhu. Dan komitmen keluarga yang makin bertambah.

5. Business untuk side-income. Untuk tahun ni, aku jugak dah set mind kalau boleh nak jadi working-from-home-mom dan taknak makan gaji lagi dah. Semoga dipermudahkan niat ini in shaa Allah.

6. Positif, positif, positif. Tahun 2016 sangat banyak pengalaman buruk dan busuk yang memang taknak ingat dan bawak ke depan pun. Daripada so-called-family sampailah ke tempat kerja. Memang mencabar. Semoga tahun ni kita semua jadi makin kuat nak hadap perangai orang busuk macam ni -- sebab orang macam ni susah nak berubah tukar perangai.

7. Last but not least, semoga semakin bertambah cinta dan kasih sayang dengan M. Semoga diberikan kebahagiaan, kesefahaman, toleransi, tolak ansur, kesabaran dan semua yang positif sehingga akhir hayat bersama keluarga kecil kita :)


.
.
Ever thine, ever mine, ever ours.

You May Also Like

0 comment(s)