Skip Hop Forma Backpack

by - January 25, 2017

Today: 25 weeks pregnant

Hi,

Dah masuk 25 minggu ni alhamdulillah beberapa barang persiapan baby dah mula beli. Kalau ikut orang-orang tua, depa prefer kita beli after dah 7 bulan kan, untuk elakkan daripada meroyan kalau jadi apa-apa kat kandungan (Nauzubillah, mintak Allah jauhkan dari kita semua). Tapi dengan ekonomi dan komitmen kewangan aku dan husband, kami decide nak beli sikit-sikit setiap bulan lepas dapat gaji.

Barang-barang besar setakat ni dah beli almari baju baby, car seat dengan bag baju baby ja. Barang-barang kecik masih belum beli, sebab aku belum habis berguru daripada google.

So harini nak share pasal bag baby. Plan asal, nak beli satu bag baju baby dan satu lagi bag hard cover bag (entah betul ka nama dia gini, alaa bag baby yang atas dia keras tu) untuk kegunaan harian. Dalam gambar nampak macam besar, then bila dah belek dengan tangan dan mata sendiri, rupanya bag yang konon nak buat bag baju ni takdalah besar mana. Tapi disebabkan tersangatlahhh bekenan kat bag ni, so haritu masa outstation ke KL, sanggup singgah mothercare setia alam sebab nak jugak kakaka.


.
SKIP HOP FORMA BACKPACK


Gambar atas: Ini rupa luaran, dalam bag ni dah ada sekali 2 pouch bag tu (satu ada insulated layer untuk maintain panas botol susu & satu lagi tu macam untuk letak benda kecik-kecik la). Bag ni ada diaper changing mat sekali.




Gambar atas: Ni la basically ke-best-an bag ni. Tapi entah la nak kata padan ka tidak dengan harga, sebab belum guna kan. Maybe tahun depan boleh buat review selepas guna pulak :P



Gambar atas ni rupa sebelah dalam bag tu. Banyak compartment, senang nak simpan barang, tak perlu lambak ja semua sekali. Compartment nipis paling belakang tu adalah tempat simpan diaper changing mat. Changing mat ni kecik ja, sangat sesuai untuk travel. Kalau kat rumah tu, kena beli lain la. Tak pun guna ja toto yang ada; jimat :p

Gambar bawah ni pulak, lepas isi barang-barang baby. Kalau nak pi bercuti 3h2m kat Cameron Highlands tu cukup la kot. Tapi kalau nak travel ke Hong Kong ka Jepun ka, boleh la share luggage dengan parents eh kakaka.




.
Untuk kami yang balik kampung super dekat (rumah kami dengan dua-dua parents masih sama poskod haha) ni padan la kot bag baby besar ni kan. Nak punya pasai, macam-macam hujah dah dicipta untuk sedapkan hati sendiri lol. Nasib baiklah husband layankannn aja bini dia ni heheh. Tapi sebelum beli, aku dah pastikan betul-betul yang husband sanggup nak galas bag ni. So husband setuju sebab bag ni tak bercorak, dan kami pilih color hitam. I love you, husband! :P




.
Gambar atas: ini rupa skip hop backpack kalau digantung kat stroller. Bag ni pun ada friendly stroller strap jugak, so nampak kemas la kan.

Untuk Forma Backpack ni, ada beberapa lagi pilihan color lain seperti gray (kelabu) & peacock (teal). Selain tu, diaper bag yang jenis galas tepi pun ada, yang ni lebih murah dan lagi banyak pilihan color dan corak. Details boleh tengok kat website ni -- LINK. Tapi nak check available kat Malaysia ka tidak, boleh call mana-mana outlet mothercare dulu, memang friendly melayan depa ni heheh. Kalau berani & yakin, boleh cuba tengok kat igshop / online shop, ada yang boleh dapat dengan harga lagi murah. Tapi kalau rasa harga murah sangat (lepas convert dengan current currency dari harga website), tolong check balik igshop tu k. Takut kena tipu. Aku dah ada sejarah dengan igshop ni hahahaha in shaa Allah lepas baby dah selamat dilahirkan, aku cerita pasal kisah ni.

Untuk yang berkemampuan, banyak lagi jenama lain yang ada di pasaran contohnya Storksak. Diaper bag storksak pun cecantik jugak, sebab macam boleh jadi 2-in-1 dengan handbag. Tapi this one, far awayyy daripada kemampuan kami suami isteri, range harga dalam RM600 - RM700 jugak. Harga boleh check kat website ni -- LINK. Dan kalau ibu-ibu takmau spend untuk diaper bag, ada jugak bag baby yang 5-in-1 dalam lingkungan RM80 - RM100 kan, tapi tak pasti boleh beli kat mana.

Jadi ibu-ibu dan bakal ibu, apa pilihan diaper bag anda? Hehe. No worries, based on preference dan poket masing-masing :)


Disclaimer: Semua gambar adalah daripada Google Image.

You May Also Like

0 comment(s)