Dilema ibu mengandung first time

by - February 13, 2017

Today: 28 weeks pregnant

Hi,

Tajuk tu adalah apa yang setiap masa terngiang-ngiang dalam kepala selepas dua tiga menjak ni parents, in law dan sedara-mara dah mula bertanya "barang dah start beli?" "bag baby dah kena prepare dalam kereta" "perlu apa-apa lagi tak?" "dah confirm nak deliver hospital mana?". The list goes on and on and on...

Oh tuhan.

Seriously, i dont know where to start.

Ramai yang cakap, mula dengan buat checklist, dan tanya dengan orang yang dah ada pengalaman dengan preparation nak sambut baby. Buat checklist memang senang. Google ja senarai barang baby / keperluan baby pertama, tadaaa berderet kat google search page. Even i pun dah ready dengan checklist since baby baru 3 bulan lol. I download apps wunderlist - eh memang favourite betul hehe.

We (my husband and i) thought dengan adanya checklist, kita masuk kedai baby, ambik troli, pusing seluruh kedai sambil ambik mana yang mana dalam checklist dan berkenan di mata, pi kaunter, bayar, masuk kereta, balik.

Tapi rupanya, tidaklah semudah itu. Huwaaa!

Kalau tak silap, adalah dekat 20 kali kami dah buat trip ke kedai baby. Daripada kedai baby biasa-biasa sampai ke kedai baby ada-ada. End up tak beli apa pun. Sebab, tak reti.

"Sayang, nak ambik size S atau M? Ramai yg pesan ambik M, tapi ni besar sangat."
"Sayang, nak beli baju lubang ka tak lubang? Tangan pendek atau panjang? Seluar?"
"Sayang, sabun baby nak ambik brand apa?"
"Sayang, tuala perlu berapa helai?"
"Sayang, wet wipes nak ambik packaging color apa? Ada 4 ni. Mesti ada beza kan?"
"Sayang, set pantang mana yang okay eh?"
.
.
.
.
.
"Sayang, ..........."

Last-last: "takpalah sayang, kita balik google lagi nanti kita mai lain"

Hm, sampai ke harini kami masih belum dapat finalize apa yang perlu beli, and here i am, typing a new post.

Tsk.

You May Also Like

0 comment(s)