Resepi: Tomyam Ayam Mudah

by - February 03, 2017

Hi,


Dulu kawan-kawan (yang pandai masak) selalu cakap tomyam ni masakan malas depa. Aku macam wahhh, biar betui. Sebab bagi aku tomyam ni susah nak masak. Tapi tu lah, masa tu memang tak reti masak langsung. Lepas dah kawin ni, malas ka rajin ka, kena la belajar masak jugak hehe. Pesanan orang tua, nak jaga suami kena ikat melalui perutnya :p Jadi bila husband cakap teringin nak makan tomyam, nak tak nak kena la cuba jugak. Terima kasih kepada Google dan buku 1 Hari 1 Resepi! So lepas tambah tolak mana yang ada ikut dapur kecikku, presenting.....


Resepi Tomyam Ayam Mudah dan Lazat!


Bahan-bahan:

Beberapa ketul ayam -- dipotong kecik
Sotong / udang / siput -- kalau nak tambah
Selabu bawang merah saiz sedang -- dihiris
3-4 ulas bawang putih -- dihiris
Pes tomyam secukup rasa
Carrot -- dihiris serong
Bunga kubis -- dipotong kecil
Baby jagung -- dihiris serong
Tomato -- dibelah empat
2-3 helai daun limau purut -- dihiris
Cili hijau ikut selera -- ditumbuk kasar
Garam, serbuk perasa


Cara-cara:

1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih & bawang merah sampai jadi kuning/perang dan naik bau.
2. Masukkan ayam then kacau kacau sampai ayam jadi putih pucat.
3. Tambahkan air ikut sukatan kuah tomyam yang dikehendaki, biar sampai ayam masak/mendidih.
4. Masukkan pes tomyam. Ikutlah jenama apa yang nak guna. Kalau nak pekat, boleh letak lebih sikit.
5. Agak pes tomyam dah sebati dengan ayam, sila masukkan daun limau purut. Then sotong/udang/siput + carrot + bunga kubis + baby jagung + tomato. Biarkan sampai agak masak.
6. Masukkan cili hijau untuk rasa masam-pedas. Kalau nak pedas lagi, boleh tambah bilangan cili hijau ikut sesuai sukatan kuah ok.
7. Tambah garam & serbuk perasa. Kacau-kacau, rasa bagi sesuai dengan tekak.
8. Tutup api, hidangkan!


Senang kann? Lepas dah cuba sekali, baru ku tahu oo betui la kawan cakap masak tomyam ni senang ja haha. Ada jugak yang suka kulat, dan kalau nak masukkan, tambah sekali dengan geng sayur tu ok.





You May Also Like

0 comment(s)