Trip 2H1M ke Cameron Highlands

by - February 23, 2017

Hi,

Dah masuk third trimester ni rasa macam sentiasaaaa nak berjalan walaupun keadaan kesihatan sebenarnya tak mengizinkan pun hiuhiu. So disebabkan rasa kasihan yang tinggi oleh suami kepada isteri akhirnya suami bersetuju nak bawak isteri ke Cameron Highlands sebab dekat dan kos tak berapa tinggi.

Jadi isteri yang begitu excited terus book bilik di Hotel Titiwangsa melalui Agoda. Mama kepada isteri memang suka duduk Hotel Titiwangsa setiap kali mereka ke Cameron Highlands sebab harga bilik yang berpatutan dan ada free steamboat dinner. Kalau duduk bilik family, dapat la steamboat & breakfast untuk 4 orang, kalau bilik standard dapat untuk 2 orang. Gitulah kekdahnya. Harga book direct dengan hotel dan book melalui Agoda tak beza banyak pun actually. No phone hotel boleh google sendiri yek :')



Kebetulan 2 hari sebelum nak check in, isteri kena serang kaki kejang yang kerap, sampai terpaksa pi ambik MC kat klinik.  Jadi suami tanyakan dengan doktor takpa ka nak bawak si isteri pi Cameron sebab asyik kejang, kan CH pulak sejuk. So doktor nasihatkan bawak baju super tebal dan minyak panas kerap-kerap sapu kat kaki. Doktor kata, 2H 1M bolehlah pi hirup hirup angin luar sikit.

Jadi pagi hari Jumaat (tak pagi sangatlah huhu) suami isteri pun bertolak ke CH, singgah ke beberapa r&r cuma untuk buang air isteri dan beli makanan sebab isteri asyik lapar walaupun dah makan tengahari. Almaklumlah, makan untuk 2 orang kan :p Hampir pukul 4 jugak sampai kat Hotel Titiwangsa, terus check in dulu. Suami penat drive, isteri penat duduk dalam kereta. Disebabkan isteri dah book melalui Agoda, kenalah bayar deposit. Entahlah kenapa, tapi mostly hotel yang kami book melalui Agoda memang kena bayar deposit. Kalau hotel 4 & 5 bintang, kena bayar RM100/night. Tapi di Hotel Titiwangsa, kami cuma perlu bayar deposit serendah RM30 sahaja semalam :')

Kami book bilik standard double tu ja sebab dah berdua ja kan. Bila dah sampai bilik, rupanya bilik agak sempit. Muatlah untuk kami berdua dan sedikit ruang nak solat. Kalau korang berdua dan beranak sorang, aku tak berapa suggest bilik ni. Better ambik family room. Memang besaq yakmat. 

Gambar di bawah ni adalah bilik twin yek.



Lepas dah solat tukar baju apa semua, kami pun turun nak menikmati steamboat dinner pulak. Masa makan steamboat adalah daripada 5.30 petang sampai 9.30 malam. Kalau nak tambah pax, RM30 kot per kepala. Lupa pulak aku. Steamboat ni dia bagi la sikit makanan laut. Yang free flow: sayur, bihun, mee dgn air saja kekeke. Bagi aku, sebab free dengan bilik berbaloi lah. Kalau nak tambah pax tu, dak kot.



Rujuk gambar di atas. Yang dalam pinggan silver tu tak free flow eh. Telur pun dia bagi ikut pax bilik. Erm, standard dia kasi sup kosong saja. Kalau nak tomyam macam di atas, kena tambah RM6. Tapi tak rugi tukar ke tomyam weh sebab tomyam iye sedap, cukup rasa dan banyak sayur. Hiuhiu memang tak rugi.

Kalau bab makan steamboat ni, suami tak berapa laju sangat. Makanya sang isteri boringlah dok pulun sorang-sorang dan teringat kat papa mama apit dana dan abang yang memang akan sama pulun. Papa pulak jenih suka bawak tambahan seafood dia sendiri macam udang besaq dan gamat. Memang shiokkkk. Suami tanya gak, pihak hotel tak kata apa ka papa bawak seafood sendiri? Entah aku pun tak pasti. Maybe depa tak kata apa sebab kami selaluuu mai sini sampai orang hotel tu pun kenal mama papa :')

Lepas dah kenyang makan (tak habih pun), kami saja la nak jalan keluar, pusing-pusing CH. Tapi itulah, CH ni adik beradik Sg Petani jugak. Lepas jam 7 petang, matilah semuanya. Harapkan pasar malam yang famous tu saja. Tapi masa kami pi ni takdak pulak pasar malam so aku tak pasti either dia tak buka hari jumaat malam sabtu atau dia dah pindah tempat sebab tempat dulu tu tengah dok dalam pembinaan gitu. Jadi kami balik ke hotel, minum koko panas dan jagung rebus kekeke.

Dalam jam 10 dah hanyut. Letih la katakannn.

Esok seawal pagi kami turun makan breakfast sebab isteri kelaparan yang teramat. Breakfast biasa saja, no high expectation here okay haha. Aku pun tak pasti kenapa tapi bila breakfast kat hotel aku palinggg suka makan roti putih + jem strawberi + mentega. Aku cuba jugak beli nak buat breakfast kat rumah, tapi rasa tak lalu pulak. Kemain eh tekak ni memilih tempat.

Lepas dah breakfast perut kenyang suka hati, mulalah malas nak gerak. Suami suruh mandi cepat (oyehh aku memang tak suka mandi sebelum turun breakfast kakakakaka) nak checkout awal so boleh la jalan banyak tempat sikit kan. Sekali sekala lagak macam tourist yang first time sampai CH apa salahnya :')

Pukul 11 pagi kami checkout, terus ke Mardi. Sampai ja kat sini tengok punyalah banyak kereta dan manusia. So aku cakap kat husband taknaklah turun (kesian husband) jadi dia pun patah balik kami ke Taman Sedia. Singgah KHM Strawberry Farm. Sini macam tempat wajib kalau setiap kali mai CH. Makan strawberry celup coklat, aiskrim strawberry, scones dan teh panas. 



Macam steamboat jugak, suami tak laju sangat bab strawberry makanya isteri kebosanan pulun sensorang :')

Lepas dah habis makan, ku gagahkan jua habiskan semua strawberry tu (sebab lepas beberapa kajian dilakukan, strawberry akan jadi tak sedap kalau bawak turun) kami nak cari acar strawberry untuk mak. Setahu aku kat KHM Strawberry Farm ni ja yang buat acar strawberry. Kata mama, acar dia sedap masam manis pedas gitu. Aku tak makan so taktau lah nak describe macam mana. Tapi masa kami mai ni, acar dah habih. Dia kata kat Opah Strawberry bawah sikit ada juai, so kami terus ke sana beli. Harga RM10/jar. Gambar nan hado sebab dah habih makan lupa nak snap heheh.

Husband tanya nak singgah mana lagi. Aku cakap teringin nak singgah Kea Farm dah lama tak pi. Tapi, ramai manusia jugak. Dah hari sabtu kan. Semua tempat perhentian ramai manusia. Semak pulak rasa dengan keadaan aku sekarang so jadi malas nak bersesak. Tepi jalan jual sayur pun semua aku taknak singgah. Suami tanya sekali lagi. Mana nak singgah beli sayur ni? Kita dah otw nak turun dah ni. "Tesco", jawabku. Dan di balas dengan satu jelingan maut yang padu kehkehkeh.

Akhirnya suami malas nak tanya dah dan dia berhenti ja kat tepi jalan yang tak berapa ramai orang dan kebetulan ada parking. Kami beli jagung mutiara dengan ubi kecik. Nak beli sayur pun macam sayur biasa sangat - sawi, carrot, kacang, tomato. Tu laa, tadi aku jawab Tesco, beliau marah kekekeke.

Next kami singgah Bharat Tea Plantation nak beli scones, teh kotak dengan saja la nak berenti makan before turun terus. Set scones 2 ketui RM13.50, teh tarik RM5.50 dengan biskut 2 keping RM4.80. Biskut ni aku wajib beli setiap kali mai CH entah kenapa, padahal tak sedap mana pun. Kalau scones, aku lagi prefer kat KHM Taman Sedia tu. Lebih sedap dan lebih umphh. Kalau teh tarik pulak, kat Bharat Tea ni la sedap. So aku mintak suami belikan teh tarik 3 in 1 untuk aku melantak everyday lepas dah habih pantang nanti. Sekarang takleh minum teh sebab doktor tak bagi :(

Lepastu kami singgah Avant Chocolate & Ice Cream pulak. Choc strawberry kat sini begitu sedap ye. Setiap kali mai CH ni pun tempat wajib singgah jugak. Gambar bawah ni, sekotak RM7.90. 4 kotak RM28. Sedap, boleh cuba beli. Recommended.


Sini last stop dah. Pastu terus turun bawah. Otw nak turun singgah beli rebung kat booth orang asli, sebungkus RM10. Beli 2 bungkus sebab mama suka. 

Sekian saja cerita trip kami suami isteri ke CH. Memang tak boleh buat panduan pun kakaka. Ramai orang suka tanya aku tempat mana yang best kat CH since kami kerap pi CH. Tapi tulah, kerap pi tempat yang sama ja haha. Sebenarnya banyak lagi tempat menarik kat CH ni, kena rajin explore dan menyinggah ja la. Aku malas sikit bab menyinggah ni sebab manusia terlalu ramai dan parking pulak susah. Plus la ni semua barang kat CH dah mahai, tak macam dulu-dulu huhu.

Sebelum bersurai, mempersembahkan gambar selfie kami suami isteri di Avant Chocolate & Ice Cream! 



Kekekeke tata!


You May Also Like

0 comment(s)