Review: dUCk dan Bokitta.

by - March 28, 2017

Hi,

Theyols tak boleh diletakkan "vs" in between sebab both bertakhta (dan pernah bertakhta) di hati. 😍

First time dengar kewujudan Bokitta kalau tak silap melalui instagram Dr. Halina kot. Tapi masa tu, instant hijab is a NO, NO untuk remaja like me. Mestilah nak pakai shawl, pashmina lilit-lilit or at least pakai bawal yang dah diolah pakai cara shawl.

Kalau duck pulak, tak ingat first time dengar kat mana tapi memang dah follow instagram depa since forever. Masa yang paling aku takleh lupa, berkurun jugak depa dok promote suruh orang beli koleksi Blurred Lines depa. Sehelai RM170. Tak dinafikan memang cantik, elegan dan classy, tapi berapa kerat ja yang akan invest sebanyak tu untuk sehelai tudung di atas kepala?

Sekarang, jangan mimpi lah nak dapat LE duck dengan harga macam ni. First hand pun daripada RM 170 - RM 220 - RM300 - RM400. Itu pun sure uols kalah la masa duck battle (terms yang depa guna masa hari launch new collection sebab memang akan sold out dalam masa tak sampai setengah jam, cuma yang bernasib baik ja akan dapat). Then mostly orang akan resell dengan harga yang melampau-lampau tingginya. Kalau yang kat bawah ni, kalau takdak at least 1k kat tangan, takyah letak harapan tinggi la nak beli even yang preloved pun haha.



Gambar atas: Blurred Lines in Caramel (photo courtesy of Google)

Masa ni aku baru join company aku sekarang. Gaji fresh grad mana mampu dan layak nak pakai tudung ratus ringgit. Aku cuma mampu kumpul semua color bawal Aidi Juma saja hahaha. Until one day (tak ingat sempena apa, maybe sempena implementation GST), FashionValet buat sale 40% untuk item seluruh store. Rasanya, masa ni lah ramaaaai yang ambik peluang nak tambah koleksi duck dan yang first time nak cuba beli duck, termasuk aku. First two duck aku: Cherry Coulis dan Smokey Blue. Color duck scarves memang yummy, undeniable.

Dan start haritu, aku mula jadi pengumpul duck scarves separa tegar...

Ini adalah pembelian (diluar sedar) duck jersey yang memang sehelai pun tak pakai. Panaih kot, nak pakai pi mana haha tapi color dia tak tahan cekkk.



Akhirnya, aku ada hampir 20 plain color duck dan 7 LE. Sampailah satu hari aku decide, thats it. Nak stop beli. Nak stop pakai. Nak jual -- sebab malas nak iron, malas nak semat 5-7 jarum atas kepala (just to feel secure with the tudung haha) dan tak reti nak style supaya boleh senyum whole day tanpa pikirkan tudung senget atau terlondeh atau kelepet. 

(Pstt! Kawan-kawan yang follow ig aku atau ada dalam group duckscarves lovers mesti tau yang aku dah let go most duck yang aku ada huhu)

MACAM MANA VIVY STYLE TUDUNG DIA KELIHATAN BEGITU SIMPLE EFFORTLESS CLASSY KEMAS DAN CANTIK? STRESS MAK NAKK! 😩



Gambar atas: Yellow Peonies; antara LE termahal yang boleh dijual semula. Aku dah let go this one last month (walaupun memang cantik dan hati meronta-ronta nak simpan tapi.. jual ja lah 😢)

 Lepas dah disahkan aku mengandung anak pertama, dan awal-awal pregnancy sakit ja memanjang (sampai terpaksa ambik cuti tak bergaji), aku mula tak rajin lagi dah nak fikir pasal baju dan tudung.  Muka pun tak endah ja berbedak atau tak. Aku lebih selesa pakai tshirt lengan panjang kepunyaan husband + tudung yang tak perlu iron. Which is, my Cotton On cotton shawl! Heheheh memang pilihan pertama tiada kedua lah, kata orang. Pi check up, pi kenduri, pi kedai, pi jalan-jalan, pi kerja, you name it -- semua aku sental tudung ni saja. Aku ada beberapa la of course, bukan sehelai saja hehh.



Gambar atas: salah satu Cotton On cotton shawl tu. Ni masa kami nak jugak sambut first anniversary tapi dalam masa yang sama aku sangatlah tak sihat dan berkondisi teruk ahahaha. Boleh baca full story di sini -- link.

Ni dah 7 bulan mengandung, sense nak bergaya dan nak bercantik-cantikan perlahan-lahan mai balik kekeke. Dah mula rasa nak bercelak dan berlipstik balik. But still -- no tudung yang kena iron.

Satu pagi tu, masa bangun nak solat entah mimpi apa aku rasa nak cuba pakai bokitta, pinless (dan ironless) tudung. Jadi aku terus request nak join group bokitta di facebook and tadaaa..! Hari pertama join aku dah beli 5 tudung secara gamble sebab memang tak pernah cuba before ni jadi tak pasti sesuai dengan muka ka tidak?? Dua hari kemudian, semua tudung tu sampai dan lepas cuba, aku sangatlah berpuas hati dengan keadaan bokitta di muka, labuh tutup dada dan tak payah iron tak payah pin. SUKAAAAA! SO TERUS PI BELI LAGI 6. K jangan bagitau suami heheheheh.

Tapi, eh ada "tapi" jugak haha. Aku perasan something la dengan bokitta ni. Lama-lama lepas pakai, mesti dia akan nak ke depan sampai nak tutup kening habih. So aku pun post lah permasalahan aku ni kat group bokitta lovers. Ada yang kata maybe sebab outer/inner aku ketat, atau sebab aku tak pakai scarf dalam so tudung jadi licin lepas bergerak dengan rambut. Kena try and error la kan mana nak alter apa semua. Tapi takpa, masalah boleh diselesaikan. Hehe.

Gambar bawah: jenis-jenis bokitta. Jangan risau, semua jenis ni ada semua design yang sama. Setakat sekarang, aku suka dan selesa dengan kelabuhan chic dan voila maxi. Maybe in future boleh cuba chic maxi pulak hihi.



Now I'm a happy Bokitta newbie and i lavv it!!

😍

You May Also Like

0 comment(s)