Berbaloikah??

by - April 17, 2017

Hi,

Harini takda cerita pasal mengandung atau baby atau family. Harini nak cerita pasal sebuah MacBook Pro yang dibeli pada hujung tahun 2011.

Seminggu dua ni, mac ni macam dah mula menunjukkan tanda-tanda penuaan. Mula-mula, battery takmau charging. Seharian on adapter pun takmau dok penuh, dia cuma tulis kat situ "Service battery ⚠. Battery not charging. Power source: adapter."

Kemudian, track pad tak berapa nak track dah. Arrow jalan sendiri. Huahuaaa.

Kemudian, tak boleh nak shut down mac sebab apps taknak quit. Apps pun takleh quit entah kenapa.

Kemudian, mac tetiba restart sendiri?? 😭

Persoalannya di sini, kalau mac ni dah buat keputusan yang masanya dah tiba untuk pergi, berbaloikah penggunaan aku dengan harga yang dibeli? Hahaha.

Kalau ikut kan tempoh hayat, memang macam dah berbaloi sangat. 5 tahun lebih dah. Kalau anak pun dah masuk tadika haa. Tapi, cara penggunaan tu macam mana?

Aku guna mac ni cuma untuk: online, siapkan assignment dan thesis, ber-social media dan tengok movie. Ini sahaja. Tiada apps heavy, tiada apps editing, tiada apps music, tiada online business untuk generate income, takdak.

Okay, berbalik kepada persoalan tadi, berbaloikah? Hahahaha.




Okay, gelak sambil nangis.

You May Also Like

0 comment(s)