Check up minggu ke-36

by - April 09, 2017

Today: 35 weeks 6 days pregnant

Hi,

Maaflah sebab keraaaap sangat update hal mengandung. Bukan excited lebih ka apa tapi untuk rujukan masa depan jugak kalau-kalau ada rezeki dapat pregnant lagi kan. In shaa Allah.

Pst, untuk makluman post ni panjang, penuh maklumat dan tiada gambar heheh.

Harini appointment pukul 9 pagi. Sampai ja kat klinik, haruslah parking dah takda. Ni lah salah satu sebab napa aku tak suka appointment pukul 9 dan ke atas. Sebelum ni misi yang follow up aku adalah JM so aku memang mintak nak jadi the first pukul 8 pagi tu. Seawal 7.30 dah tercongok kat depan klinik, aku tak kisah asalkan turn sampai cepat, siap cepat dan less crowded. Tapi disebabkan masa week 33/34 macam tu aku kena GDM, aku kena refer ke SN. So SN ni lagi prefer bagi aku time 9 ke atas sebab dia ada benda lain kena settle awal-awal pagi tu. Aku punya area rumah ni kena refer klinik desa (KD) ja, so SN la macam ketua kat situ kan jadi pagi2 dia agak sibuk la.

Okay dah dapat parking.

Masuk dalam klinik pulak, wohooooo harini hari bapak-bapak mengandung yang buat check up rupanya! Sebab tu depa perlukan tempat duduk jugak. Isu ni rasanya dah banyak kali dibincangkan dalam group facebook berkaitan hamil/ibu/bayi tapi nampaknya masih ramai yang takda account facebook. Dan masih ramai yang buta huruf tak reti baca notis yang dah ditampal kat klinik. Dan masih ramai yang takda kemanusiaan dan pentingkan diri sendiri.

Apa salahnya bila nampak ibu mengandung berdiri tunggu turn, si bapak ni bangun bagi ibu mengandung tu duduk? Atau kot la si bini ni mintak suruh husband bangun dan tunggu kat luar? Tapi, depa memilih untuk duduk berkepit dan buat tak tau dan lantak pi lah kat ibu mengandung lain yang kena berdiri, asalkan aku dan bini aku yang hamil ni dapat duduk :')

Dearest pasangan yang selfish dan takmau berpisah tempat duduk, korang pi lah buat check up kat private klinik/hospital ye? Jangankan tak berpisah tempat duduk, korang siap boleh masuk sesama tengok doctor/nurse buat check up kat dalam bilik lagi. Kalau nak check up free (eg KK / KD), jangan jadi takdak hati perut sangat.

Nampak dak betapa geramnya aku harini sampai aku boleh taip 3 perenggan untuk hal yang sama sahaja? Ahahahahaha. Aku pun beranak sulung gak, tapi taklah setiap check up kat KK/KD, husband ikut. Kalau ikut pun, dia tunggu dalam kereta atau kat luar. Bila aku pi check up kat ASC (private hosp), baru dia ikut masuk, a sampai z doctor terang kat dia dan jawab semua soalan dia, dan takdak sapa nak marah hampa nak berkepit pun.

Dan, disebabkan aku follow up dengan SN, haruslah turn aku sampai dulu. Haa padan muka korang tunggulah turn (selalunya patient JM lagi banyak daripada SN) takyah nak jeling aku yang datang kendian tapi masuk bilik check up dulu. Huh! (Marah lagi ni ahahaha)

GDM - masih kena control makan sebab ada family history dan pernah sangkut GTT (separate post later)
Urine - OK. Aku pernah kena diagnose dengan UTI, nanti aku share separate post kalau rajin
HB - OK. After folic acid, aku consume sangobion (beli sendiri). Tak ambik obimin.
Berat - OK. Sampai ke harini, aku naik 9kg saja heheheh
FM - OK. Baby begitu aktif sampai senget perut.
BP - OK. Aku kan tak stress lulz.


Dan disebabkan next appointment adalah next week (nearly 37 weeks), SN dah bagi macam-macam pesanan as if aku akan bersalin dua tiga hari lagi. Lepas bersalin nanti, aku akan di-refer ke KK lain pulak sebab akan berpantang kat rumah mama (area lain drpd rumah aku). Kata beliau "ada possible awak akan beranak dalam masa terdekat" jadi ni antara pesanan dia (mostly point untuk kalau deliver di govt hosp):

1. Bag baby & mami dah kena ada dalam kereta. Bukan setakat dah siap prepare tapi bag masih di dalam rumah.

2. Antara tanda-tanda dah nak bersalin: air ketuban pecah, turun darah (even setitik) dan contraction (perut kerap mengeras).

  • Kalau tetiba ada sikit air mengalir dari celah kelengkang dan kita tak pasti tu air apa, pakai pad. Lepas tu tengok color dan bau. Jernih dan tak berbau adalah air ketuban. Kalau dah keluar even sikit, sila terus ke hospital. Part ni SN sarankan dah pakai pantyliner, so senang nak monitor any discharge dari tutt sebab kadang kita tak perasan pun. Syaratnya, pantyliner kena tukar paling lewat 4 jam sekali.
  • Tetiba ada darah kat panties/pantyliner even setitik, even color coklat, sila terus ke hospital.
  • Perut kerap mengeras dari bahagian atas ke bawah sekerap 30 minit sekali. Sakit kawasan pinggang, kawasan belakang, area tutt yang taktau nak cakap tu, sila terus ke hospital. Kalau rasa sekali pastu hilang, esok pulak dia mai, itu false contraction. Which means, lebih kurang macam rehearsal untuk real contraction.
  • Rasa nak terberak dengan kerap tapi bila masuk toilet, takda benda yang keluar. Jangan teran ye, sila terus ke hospital. Silap-silap terkeluar baby. Kekeke.

3. Kena gunting dan jahit semasa bersalin adalah normal. Jadi pastikan kebersihan tutt dan area jahitan dijaga dengan super elok. Tak perlu guna sebarang feminine wash. Setiap kali buang air cuci sebersihnya, keringkan dan kerap tukar pad. Sesetengah orang suka nak jimat pad so selagi tak penuh darah, dorang akan pakai balik. So soalan SN tadi, sayang duit nak beli pad atau nak biar tutt buruk busuk berulat dan berlecak? 😨

4. Masa nak masuk LR nanti, cuma bawak sebungkus pad bertali (untuk mami) dan 1 keping pampers (untuk baby). Ini saja. No towel, baju, selimut bagai - ini semua di wad nanti. Yang ni maybe differ ikut hospital. SN cakap ni based on HSAH Sg Petani.

5. Once dah bersalin, jangan lupa inform KK/KD yang kita dok check up dan tanya diorang KK/KD mana yang kita kena refer masa postnatal nanti. Ni untuk check up mami dan cucuk-cucuk baby.

6. Jangan makan sebarang jamu seawal 1-2 minggu selepas bersalin apatah lagi kalau baby ada jaundice. Amalkan makan makanan sihat dan pelbagaikan menu. Menu yang sama ja 44 hari boleh buat mami stress. Bila mami stress boleh menyebabkan susu drop dan angin meroyan pun nak datang melawat. Dan, sila elakkan makan ikan haruan sebulan lepas bersalin. Lepas tu, suka hati mami lah.

7. Termometer. Setiap rumah yang ada baby wajib ada termometer. Jenis apa, brand apa tu ikut kemampuan. Monitor temperature baby setiap hari. Temperature yang tak sihat untuk baby adalah 37.5 deg dan ke atas. Kalau first check tu 37.5, cuba buka baju baby anginkan dia dulu maybe dia panas sebab cuaca atau kurang pengudaraan. Lepas sejam check dan temperature masih sama (atau meningkat), sila cepat-cepat ke hospital. Tak boleh tunggu esok.

8. Sila belajar kedekut baby. Kalau kita perasan ada tetamu yang tak sihat (demam, batuk, selesema) atau memang ada penyakit berjangkit (chicken pox etc) sila elakkan daripada baby didukung atau dicium oleh beliau. Macam mana anda nak buat, terpulang. Sebab aku pun masih belum dapat cara yang paling sopan esp tetamu yang tak sihat tu adalah saudara-mara, mau perang keluarga ye haha. Tapi bak kata SN tadi, kita taktau tahap kekuatan antibodi baby kita (sebab masih baru) dan kalau baby tu terjangkit, siapa yang harus dikasihani? Ya, kita dan baby kita (baby yang paling kesian k). Mami sanggup tengok anak kena admit wad dengan wayar berselirat dan kena cucuk almost every 1 hour? Tak kan?

9. Minum air masak 3L sehari. Minum secara kerap dalam kuantiti yang sikit. Pandai-pandailah nak bahagi 3L tu dalam masa sehari. Especially ibu yang nak fully bf anak. Air masak adalah sangat penting.

10. Perancang keluarga. Topik ni SN explain sambil tengok aku dari bahagian atas cermin mata k. Haha begitulah seriusnya topik ini. Menurut beliau, jarak yang dicadangkan adalah selepas baby sekarang dah sambut birthday ke-2, baru anda plan nak mengandung. Bukan baby sambut birthday ke-2, anda pulak dah nak bersalin. Tapiiiii, rezeki tuhan siapa kita nak tidakkan. Cuma kalau anda sendiri rasa ada kekangan dari segi masa dan kewangan, silalah merancang. Ya betul, anak itu pembawa rezeki. Tapi kalau parents memang tak mampu nak jaga, membesar tak cukup zat sampai kena penyakit berbahaya, niaya anak tu jugak kan, tak dapat hak untuk membesar dengan sempurna. Nauzubillah, mintak dijauhkan daripada kita semua.

Okay, perancang ni ada beberapa jenis. Ada yang free, ada berbayar, mudah di-handle, tak ganggu hormon. Pilih ja mana awak nak.


  • Pil 30 hari - untuk mami yang fully bf & tak culas makan pil everyday, high in hormone. Sehari terlupa makan, sure terbabas. Pil 21 hari - untuk mami yang tak fully bf & tak culas makan pil. High in hormone. Ni pun sama, kalau terlupa makan sehari, dah tak berkesan. Pil ni free.
  • Injection - sesuai untuk mami yang takda disiplin makan pil setiap hari. 3 bulan sekali kena renew inject di KK/KD. 3 bulan yang exact date ye. Hormon tinggi, jadi kena jaga pemakanan. Kalau mami jenis makan semua benda sesuka hati, confirm akan naik badan, sama jugak dengan pil tadi. Injection ni free.
  • Implant - sekali pakai ja untuk 3 tahun kalau tak silap. Yang ini berbayar. Implant ni akan dimasukkan kan bahagian tangan kita. So after 2 tahun dah ready nak pregnant, boleh pi keluarkan. 99% berhasil untuk merancang.
  • IUCD - sejenis alat yang dimasukkan ke dalam bahagian tutt dan akan berada di dalam selama 3 tahun (sama macam implant, after 2 tahun dah ready nak pregnant boleh pi buka). SN kata yang ni okay, tapi ada kekurangan jugak, based on kedudukan rahim kita. Kadang kalau alat ni tersenget sikit, atau rahim kita yang agak loose, kemungkinan nak jadi persenyawaan tu tetap ada. Alat ni jugak berbayar.
  • Kondom - 100% protection daripada suami. Kurang berkesan sebab kondom ada risiko terkoyak lah terlupa pakai lah macam macam lah.
  • Ikat rahim - 100% berkesan heheheh.

Okaylah sekian saja sharing untuk sesi check-up aku pada minggu ke-36. Next ahad kita pi check kat ASC pulak ye. Begitulah rutin check up aku sekali baby belum decide nak keluar. Minggu ni kat KD, minggu seterusnya kat private, selang seli. Cara ni sebenarnya buat aku lega banyak sebab every week boleh tau perkembangan baby. KD cuma check heart beat, kat private pulak akan buat fully scan. Apa cara pun yang mami semua pilih, in shaa Allah semoga baby kita membesar dengan sihat dan sempurna dan kita pun selamat melahirkan ye. Aminnn 😊


Nota kaki: bila sedang hamil, selepas melahirkan, fasa menyusukan anak, fasa membesar & mendidik anak, palinggg penting sekali adalah support daripada seorang suami. Support dari segi fizikal, mental, kewangan dan yang paling penting ialah emosi. Isteri masih orang yang sama, tapi dengan perubahan fasa dalam hidup dia (kandungkan satu nyawa baru dalam badan, bertarung nyawa sendiri untuk keluarkan nyawa baru & perubahan sistem badan untuk support kelahiran nyawa baru), hormon dia turut berubah. Alhamdulillah untuk suami yang mampu support kita sepenuhnya 💕

You May Also Like

0 comment(s)