Eh dah 35 weeks?

by - April 03, 2017

Today: 35 weeks pregnant

Hi,

Mami tengah online sambil makan double cheese burger. Jadi harini lunch kita adalah double cheese burger ya sayang :)



Diam tak diam kejap ja dah masuk 35 weeks. Pastu 36, pastu 37, pastu ahhh. Kebanyakan kawan sekeliling deliver masa 37 weeks, buat makin rasa tak boleh duduk diam. Walaupun sangat happy dan excited nak dapat baby sendiri, perasaan takut tu haruslah ada. Apatah lagi ni first born, pengalaman pun takda, harap ke cerita orang dan google tips dan petua saja.

2,3 hari kebelakangan ni malam malam pun tak berapa boleh nak tidur lena. Bila nak pusing mengiring dari kiri ke kanan (vice versa), pinggang mesti akan bunyi meletop "pop". Tak sakit, tapi bunyi sangat obvious so risau jugak. Ditambah pulak sat sat perut memulas macam nak terberak tu, tapi bila pi toilet takda benda nak keluar pulak, cuma rasa tegang ja kat bawah sana.

Eh, dah nak beranak ka ni??

Tapi belum ada tanda darah atau air ketuban yang keluar. Jadi setiap masa dok pujuk baby jangan keluar lagi, keluar on time. Nak main soccer dalam perut mami pun main lahh, mami redha. Asalkan jangan keluar pra-matang ye sayang :')

Dah tak lama macam ni, dok kerap baca pengalaman orang beranak anak first ja. Makin banyak baca, makin banyak yang kita rasa taktau. Alaa, macam masa nak exam la. Lagi banyak dok pulun baca (especially dah last minute), macam eh banyak lagi aku taktau rupanya, so terus tutup buku eheheheh. Tapi hal beranak ni antara hidup dan mati so kena lagi rajin cari ilmu tu. Mami semua jangan tak rajin tau.

Sehingga ke hari ini, bag baby baru siap kemas semalam heheh. Lepas refer mama dan beberapa blog, aku cuma pack yang ni saja:





  • Tuala mandi x1
  • Kain bedung x3
  • Baju tangan panjang x2
  • Baju tangan pendek x2
  • Mitten booties x3 set
  • Topi x3
  • Pampers x10
  • Sapu tangan x2
  • Wet tissue x1 pack
  • Nappy sack (optional)
  • Minyak telon / krim tropika / lavender oil

Bag mami belum siap pack lagi sebab lepas aku finalize list, rupanya banyak jugak kena bawak, lagi banyak daripada baby. Tak muat nak letak dalam luggage kecik. Takkan nak guna luggage dok pi bercuti tu? Aduh pening.

-----

Baby alhamdulillah sihat walafiat. Semalam pi check up pun dah 2.5kg.

Mami pulak, macam mami lah. Sakit pinggang, sakit belakang, non-stop kaki cramp, pening loya semua ada. Tapi sedang menikmati momen ni dengan sepenuhnya sebab aku baca boleh kata 9/10 ibu yang dah bersalin mesti kata rindu lagi nak rasa momen tengah mengandung. Memang pun, sebab bila perut diam tak bergerak kejap, mesti akan rasa rindu nak baby gerak sampai senget senget perut ni haa hehe.

Mami masih on MC, most probably maybe akan MC sampai bersalin kot. Doc punya concern adalah sebab aku sakit bahagian pelvic jadi tak digalakkan travel setiap hari pi kerja. Average aku travel 120km pi balik setiap hari, so doc mintak aku duduk di rumah dan berbaring. Boleh imagine macam mana aku boring nak mampus setiap hari takda benda nak buat? Heheheh. Demi mu baby, mami relakan jua :')




Gambar atas: Satu-satunya gambar yang dedi approve :') ni masa tok dengan wan bawak mami dan dedi tengok tanah kebun kat kampung yang dedi baru beli. In shaa Allah mami dedi akan berusaha sedaya upaya kami selesakan awak dan adik-adik untuk masa depan nanti. Mami dedi tak mintak banyak, jadi anak yang menyenangkan ye buah hati :)

Mami dan dedi tak sabar nak jumpa awak, baby MA 💖

You May Also Like

0 comment(s)