Raspberry Leaf Tea untuk Ibu Mengandung

by - April 19, 2017

Hi,

Sekarang aku sambung bercuti di rumah mama sebab husband dah tak kasi duduk rumah sorang-sorang after 37 weeks ni. Lagi-lagi bila check up haritu, gynae cakap baby dah ready nak keluar, tunggu mami dia sakit ja heheheh terus husband hantar balik rumah mama. Kat rumah mama pun sama ja macam kat rumah sendiri, takda apa benda sangat yang boleh dibuat. Cuma kat sini ada ramai orang boleh sembang dan ada wifi lulz so memang macam-macam benda la boleh di-google-kan. Salah satunya, aku dok google macam mana nak elakkan baby overdue. Dari awal pregnancy lagi aku dah set mind yang seboleh-bolehnya aku nak deliver normal. Kalau last minute dah ditakdirkan kena ceaser, nak buat macam mana kan, asalkan both baby and mami selamat.

Kawan nak sembang dan bergaduh heheheh 😝

Jadi dalam dok google tu, benda biasa la aku jumpa; jalan itik, banyakkan bergerak/berjalan, bersama suami dan sebagainya. Tapi ada satu benda yang aku jumpa semalam kat page facebook Info Ibu Hamil (maaf ye takda kredit siapa yang post sebab semua post kat page tu anonymous huhuh) yang buatkan aku tertarik:



Yang last tu, minum organic raspberry leaf tea.

Jadi aku pun google lah perihal teh ni dan pregnancy. Tak sangka rupanya banyak jugak info raspberry leaf tea dan pregnancy, aku share link kat bawah japgi. Seperti biasa, aku lagi suka refer blog/site yang 100% facts atau pengalaman diorang sendiri, bukan yang claim "saya guna saya jual" sorrylah aku memang skeptik sikit.

Masa awal dok usaha nak pregnant dulu, doctor ada nasihatkan aku untuk kurangkan makan mee dan minum teh sebab katanya dalam badan aku banyak angin. Ini pun mungkin boleh jadi salah satu punca kurang subur. Jadi memang aku cut-off terus daripada minum teh. Tapi lepas baca info berkenaan raspberry leaf tea ni, terasa pulak macam nak mencuba hehe. Cuba dulu 1,2 cawan tengok kalau tak okay, boleh lah stop terus. Kalau okay dengan badan, baru boleh teruskan.





Antara khasiat raspberry leaf tea untuk pregnant lady:

Source: http://www.pregnancy.com.au/resources/topics-of-interest/pregnancy/raspberry-leaf.shtml

Kat mana boleh beli raspberry leaf tea:

Kat supermarket (Tesco, Giant etc) tak pasti lah ada ka tidak. Boleh ja beli direct online di website ni http://www.teaforlifetime.com/ - cepat ja dorang post. Beli dan bayar hari isnin, hari rabu dah sampai hehe. 



Cara minum raspberry leaf tea:

Rendam satu uncang dalam secawan air panas. Satu uncang tu aku jimatkan untuk 2 kali minum. Depends lah nak minum secawan atau 2 cawan sehari. Aku cuba secawan dulu sehari dalam masa 3,4 hari (penting untuk tengok ketahanan badan masing-masing). Bila okay atau selesa, baru minum 2 cawan sehari. 



Seeloknya, dah masuk week 36-37 baru start ambik. Jangan cuba minum masa awal pregnancy, kita tak tahu ketahanan sistem badan dan kandungan.

Rujukan lain berkenaan raspberry leaf tea:




Erm, diingatkan disini, raspberry leaf tea dan raspberry flavoured tea adalah dua benda yang berbeza okay. Yang bagus ni adalah teh daun raspberry, bukan teh berperisa raspberry 😂

Selain itu, lagi elok kalau refer dulu dengan doctor / yang pakar sebelum nak consume dan jangan bulat-bulat refer dan ambik dari blog ni tau. Sebab lain orang, lain kondisi mengandungnya. Apa yang baik untuk si A, tak semestinya bagus jugak untuk B. Sebarang kerugian/kesakitan/masalah yang timbul adalah tanggungjawab sendiri ye. Apa pun, semoga post ini bermanfaat!

You May Also Like

1 comment(s)