Alhamdulillah for our little hero

by - May 03, 2017

Hi,

Baby akhirnya decide nak keluar tepat pada minggu ke-38. Alhamdulillah begitu cepat dan smooth sepanjang proses turun tanda dan nak melahirkan.


23 April 2017, Ahad

Disebabkan nanti masa pantang nak duduk rumah mama, jadi kami decide cuti panjang hujung minggu ni nak tidur rumah mak, kan 24 & 25 public holiday (untuk certain negeri). Pagi lepas check up minggu ke-37, aku cakap dengan husband yang aku nak balik rumah kejap, rasa mcm nak kemas bag hospital. Jangan contohi ini ye bakal2 ibu; minggu 37 masih belum kemas bag hospital sendiri. Nasib baik lah barang semua dah beli dan bag baby pun dah siap kemas. Then aku pun kemas setakat mana yang ada, packing baju nak tidur rumah mak dan terus drive sorang balik rumah mak. Husband lepas hantar aku balik rumah lepas check up, dia pi office.

Sebelum sampai rumah mak, aku singgah beli air kelapa muda. Bila fikir balik, rugi pulak tak beli coconut shake petang tu 😂. Petang tu sementara tunggu husband balik, makan mangga masak cecah kuah rojak. Kejap lepas tu husband balik, aku ajak dia naik motor pusing2 kawasan perumahan. Dia pun dah pelik macam kenapa buang tebiat ni haha. Singgah kedai minum milo ais then balik rumah mak semula.

Malam tu kami makan nasi arab sambil tengok AME2017. Dalam pukul 11 macam tu celah paha makin sakit, aku syak ni mesti sebab naik motor petang tadi. Jadi aku masuk tidur dulu.

24 April 2017, Isnin

Dalam pukul 1 pagi, perut memulas macam nak terberak. Masuk toilet, takda benda pun nak keluar. Teringat pesan nurse kd, lepas dah 37 weeks ni jangan teran bila nak membuang, lagi2 bila takda rasa benda nak keluar. Jadi aku masuk bilik sambung tidur semula. Dah dekat pukul 3 pagi, mai pulak rasa memulas tu. Kali ni sekali dengan pakej pinggang nak terkeluar macam baru nak kena senggugut period. Dan memulas kalini, takleh nak sambung tidur. Aku pi toilet, takda sebarang air atau darah. Aku fikir mungkin ini lah namanya contraction? Cuma tak pasti contraction ni palsu atau yang betul haha.

Dalam 4 pagi gitu, sakit makin kerap. Jadi aku cuba download apps Contraction Timer dari apple store, masih sempat k hehe sebab nak pastikan ni real contraction. Apps tu simple ja; tekan bila contraction start, pastu tekat balik bila contraction stop, ulang setiap kali rasa sakit. Sebab bila kita sakit, kita takkan sempat nak monitor jangka masa tu ikut jam biasa. So, masuk kali keempat aku tekan stop, terus naik notification -- "take your hospital bag and go to the nearest hospital. You're about to deliver your baby!" Teruih la aku kejut husband bangun tidur. Dia panggil mak. Mak cakap kalau lepas subuh masih sakit, terus mandi dan siap nak pi hospital. Jadi aku sempatlah solat subuh dulu pagi tu. Then call mama nak inform yang rasanya aku dah sakit yang nak bersalin betul-betul. (Aku suka usik mama sebelum2 ni cakap aku dah nak bersalin, nasiblah kalini pun dia masih percaya cakap aku haha)

Lepas solat, memulas makin teruk. Mak suruh aku mandi siap2 then ambik breakfast sikit sebab kalau betul dah nak deliver, nanti perlu tenaga banyak. Dah sakit gitu mana nak lalu makan apa, jadi aku cuma habiskan sekeping roti gardenia dengan secawan milo. Lepas ambik semua dokumen yang patut, husband bawak aku, mak dan abah pi ASC. Sebelum tu husband dah call ASC dulu nak maklum kat depa, dan Alhamdulillah doktor O&G yang oncall pagi tu memang doktor O&G aku; Dr. Mathews Joy Mathew (atau nama islam beliau, Dr. Mustaqim Joy Mathew bin Abdullah) -- kan harini public holiday jadi risau gak la takut kena O&G lain.

Dah sampai emergency dalam pukul 9 lebih sikit, depa terus tolak masuk labor room. Midwife check, dah buka dalam 5-6cm. Woaa! Then dia cakap "rectum loaded" kahkahkah itu aku tau sebab memang ada rasa nak terberak cuma tak berani nak teran. Jadi dia masukkan ubat berak dan suruh aku tukar baju sesiap. Lepas dah siap membuang dan tukar baju, midwife check dah 8cm, pheww cepat gila!! Dengan sakit teramat sangat yang taktau nak describe macam mana.

Dalam keadaan gitu, aku pun terpikir, macam mana aku begitu berani nak mengandung dan beranak eh? Siap berimpian nak ada anak 4, selang 2 tahun teheheheh.

Dalam sakit macam tu, aku cuma practice breathing yang nurse ajar dan zikir lailahailla anta non stop. Jangan jerit atau keluarkan sebarang bunyi sebab nanti diri sendiri yang akan stress. Tapi bila aku tak berbunyi, husband kat sebelah ingat aku tertidur jadi dia pun join tidur sama. Ahahahah baguih betui. Kejap lagi midwife datang balik (ada sorang lagi mak tengah dok push kat labor room sebelah) cakap kata bukaan aku dah 10cm tapi kepala baby masih tinggi jadi aku kena push extra harder untuk kebawahkan baby.

Kejap tu Dr. MJM pun sampai untuk melaksanakan tugas. Sakit makin teruk jadi breathing aku dah mula kelaut. Bila breathing kelaut, proses push juga kelaut. Tp alhamdulillah lagi, midwife tu kawan mama jadi dia "jaga" lebih sikit la heheh. Dok sorak2 bagi semangat kat aku. Masa mama awai2 sampai tadi sempat jugak dia "seludup" mama masuk LR kejap (LR cuma husband ja boleh masuk) sebab belum sempat jumpa mama lagi kan pagi ni. Lama jugak aku dok cuba push tapi masih tak berjaya. Sebab teknik salah jadi sakit habis satu badan. Dengan tetiba kaki pulak boleh cramp. Daripada kaki kat bawah, nurse terus pasang palang dan ikat kaki aku naik atas haha. Bila kaki dah naik atas, kejang kaki pulak dah. Celah2 tu aku pun bersuara "doctor, saya dah tak larat teran, tak boleh tahan sakit, kaki pun cramp, tolonglah operate saya." Mampu berdrama dalam lr k. Tapi doctor cuma balas, "no, you can do this naturally!". Zzz. Dekat setengah jam jugak rasanya masih belum berjaya so Dr. decide untuk guna vacuum sebab dah agak lama takut baby stress.

Once dah dengar tu, tetiba jadi terwaras dan terus rasa macam ter-psycho (sebab aku dah set mind dari day 1 pregnant, aku nak cuba sehabis baik untuk deliver secara normal dan dah inform Dr. jugak). Okay, aku macam rasa tercabar dengan diri sendiri. Kemain ko nak normal bagai last2 sendiri kalah? Hahah.

1,
2,
3,
Pushhhhhhhhhhhhhh...!!!!

Dan tetiba aku rasa macam seketul benda keluar begitu laju dan akhirnya, "UWEEEEKKKKKKKK!!"

Doctor ambik baby letak atas dada, aku terus macam blur sat. Eh dah keluar? Eh aku dah jadi mami? Eh sakit tadi dah habis? Eh? Eh? Betullah orang kata, masa beranak urat putus banyak, itu yang jadi bengong sat hahaha.

Okay, dah boleh mula label baru pulak -- "being a mom". In shaa Allah semoga semuanya dipermudahkan.



Assalamualaikum aunties uncles, nama saya Aniq Mikael bin Muhammad Mustaqim
24 April 2017, 27 Rejab 1438H



- Posted using BlogPress from my iPhone

You May Also Like

0 comment(s)