Cabaran berpantang

by - May 14, 2017

Hi,

Harini dah hari ke-20 aku berpantang. Kalau ikut cita-cita dan impian masa tengah pregnant, memang aku nak ikut 100% cara berpantang tradisional yang macam zaman mak-mak kita dulu. Tapi alkisahnya, pantang anganku musnah. Susah sebenarnya nak betul-betul buat. Jadi akhirnya pantang ikut mana yang sempat saja.

Hari kedua/ketiga bersalin dah kena start berulang ke klinik/hospital untuk check up kuning baby. Sekarang ni boleh kata 9/10 baby mesti akan ada kuning. Bezanya, sikit atau banyak ja. Selepas seminggu deliver, dah kena check up dengan o&g untuk tengok keadaan jahitan/luka kita. Kalau deliver kat govt hosp aku tak pastilah kena pi check ka tidak. Jadi, orang tua-tua kata pantang 44 hari tak boleh keluar rumah dah tak boleh ikut.

Memanglah kita berpantang dengan mak/mertua, tapi takkan semua benda kita nak panggil depa buatkan? Contohnya nak bancuhkan susu. Benda simple macam ni aku buat sendiri ja. Kesian kat mak/mertua, depa pun ada benda lain nak buat. Jiran, saudara mara, kawan-kawan mai melawat, takkan tak pi duduk sembang dengan depa even tak lama pun, setengah jam? Bergerak ke dapur untuk makan, bergerak ke tandas nak tukar pad / buang air, bergerak nak susukan baby / bancuh susu / tukar pampers baby (take turn dengan husband). Macam mana nak baring keras atas katil berehat sepenuhnya? Dan macam mana nak berbengkung? Heheh tambah lagi jenis aku yang tak reti duduk diam. Hari ketiga dah pi sidai baju anak 😝

Pakai stoking please! Rasanya aku pakai stoking sampai hari keenam-ketujuh gitu ja. Lepas tu aku pakai selipar free yang ambik kat hotel ja. Susah nak pi tandas. Siapa yang nak buka bubuh stoking kat aku 5-6 kali sehari? Nak tunduk sendiri, takut. Aku ni sebenarnya banyak sangat takut, tak berani, seriau. Nak berpura-pura berani pun takleh. Sebab tu aku tabik kat diri sendiri sebab berjaya beranak normal tanpa any pain killer. Sebab aku memang pe-na-kut. Kahkahkah.

Nak pakai pilis atau minyak panas pun susah sebab tak tahan panas dan takut terkena baby, plus start mengndung dulu aku macam jadi kuat peluh so kipas memang tak tinggal. Kadang tu kalau peluh, aku on jugak aircond 28deg. Pantang celah mana oi haha. Aku mandi sehari dua kali sebab badan berpeluh kan. Bau masam badan masam ketiak masam susu dengan darah nifas lagi, entah macam mana nak survive mandi sehari sekali? 😖

Tapi, kalau betul-betul nak buat pantang secara tradisional, satu cara ja aku rasa yang berkesan: upah confinement lady. Dia akan uruskan kita dengan baby sepenuhnya dan kita nak mintak dia buatkan apa-apa pun tak rasa segan sangat sebab memang tu dah skop kerja dia kan. Tapi kena cari yang betul-betul buat cara tradisional la sebab sekarang ni kebanyakannya yang belajar mengurut dari kolej2 ataupun yang buka spa. Lain tau rasa dia, tak sesedap cara yang betui2 tradisional (aku pernah ambik sorang kak confinement ni sehari ja, sebab cara dia tu more to spa erm dia memang ada spa pun).

Tapi, Alhamdulillah la setakat sekarang aku bolehlah jugak jaga pantang sikit setakat yang mampu. Makan ikut time, makan makanan pantang, minum fully air suam. Makanan aku setiap hari adalah menu yang sama - nasi putih, sup sayur sawi, ayam/ikan goreng kosong, buah oren dengan air suam. No fancy food, dan nasiblah aku pun takda la teringin nak makan itu ini. Cuma dok berjuang dengan inner self nak tahan godaan air sejuk kakaka. Berurut 3 hari, mandi herba 3 hari & bertungku setiap hari (ni pun dah hari ke-10 baru start heheh). Mandi air panas sahaja. Tapi cuci muka dengan basuh rambut kena guna air paip biasa, takleh guna air panas. Lepas cuci rambut wajib keringkan rambut, jangan biar rambut kering sendiri. Makan ubat doktor bagi, ubat klinik mak mertua belikan & supplement shaklee. Jamu tak makan, sebab tak berani heheh. Beli NR mahai-mahai full set, harom tak guna pun, guna minyak herbanika ja heheh.




Nampak gayanya, angan nak pakai balik jeans ni boleh di-postpone ke pantang anak seterusnya la kot eh? 😂


- Posted using BlogPress from my iPhone

You May Also Like

0 comment(s)