Aniq Mikael & Eczema

August 27, 2017

Hi,

Tak sangka apa yang dirisaukan dan berusaha untuk dicegahkan daripada masih di dalam perut, terjadi jugak. Siapalah kita nak tolak kerja Tuhan kan?

While waiting for the paeds


Dua hari lepas kami bawak baby Aniq jumpa paeds dia sebab kulit muka nampak bertompok dan asyik nak merengek macam serba tak kena. Tidur sikit, merengek. Minum susu, merengek. Duduk saja, pun nak merengek. Asalnya ingatkan sebab dia dah masuk bulan baru. Tapi nampak macam tak berkesudah tu yang bawak jumpa paeds jugak. Kesian dia, tidur jadi tak jerap. Dah la susah nak bagi tidur sebab dia jenis suka mengempeng menyondol dengan kita. Katil size king pun takdak makna sebab akhirnya kami berhimpit berdua kat gigi katil. Untung dedi 😅

Jumpa paeds, dia memang sahkan baby Aniq kena eczema - atopic dermatitis.

Paeds bagi Cetaphil Gentle Skin Cleanser dengan Dermaveen Moisturising Lotion. Dia masih belum dapat komen panjang-panjang sebab dia bagi masa 2 minggu untuk try dan tengok sebarang perubahan kat kulit baby. 



Cara nak guna dia mudah ja. Cetaphil tu boleh sapu kat baby tanpa air (as cleanser) pastu lap dengan tuala bersih. Ataupun lagi mudah, treat macam sabun mandi ja. Tapi itulah, cetaphil ni takdak buih at all (soap-free) so susah la mami nak puas hati kan, sekali mandikan Aniq rasanya dekat suku botol jugak mami guna ahaha. Lepas dah mandi, lap lap badan pastu terus sapukan lotionnya. Asalnya paeds nak bagi cream, tapi memandangkan tempat eczema tu ada beberapa tompok, so paeds bagi lotion teruih mudah kerja sekali sapu satu badan.

Aniq kena eczema kat belakang kepala, pelipat tangan, pelipat kaki dengan pipi kanan. Basically kat tempat yang senang berpeluh. Cuma aku tak pasti kenapa dengan pipi kanan tu. Sebab ada sites yang aku baca kata kat pipi ni bukan eczema. Entah lah. Since Aniq dah kena eczema ni, masa lapang aku sentiasa dok google pengalaman mami yang ber-anak eczema dan reliable sites nak baca lagi banyak dan tambah pengetahuan pasai eczema ni. 

Risau? Ya, mak mana yang tak risau bila anak dah kena eczema. Takdak penawar. Cuma mampu control saja.  Eczema ni actually simple ja, tapi jadi renyah sebab kita taktau punca kenapa dia jadi. Apa yang kita mampu buat cuma try & error. Kalau produk/food/punca tu tak okay, kita tukar lain pulak. Kalau sesuai dengan baby, kita stick dengan benda tu.

Sampai sekarang, banyakkkkk sangat persoalan ada dalam kepala. Banyak sangat kerisauan dok terpikir. Benda tu boleh ka? Benda ni boleh ka? Tak bahayakan dia ka? Sesuai dak? Ka kena tukar lain? Daripada wet wipes, diapers, susu, cream, makanan, persekitaran, pencuci botol, detergent. Macam-macam, you name it.

As for now, aku cuba dulu cleanser dengan lotion paeds bagi tu. Ada kawan aku suggest pakai range Buds dengan MooGoo sebab dua brand ni memang totally organic. Aku ada jugak beli Buds Super Soothing Rescue Lotion, tapi belum sampai lagi. After this nak try range Buds yang khas untuk kulit eczema. Maybe after that cuba MooGoo pulak. Nak try jugak tengok yang mana okay dan sesuai dengan Aniq. Sebab memang kena try & error pun huhu. Nanti boleh buat review & sharing infos/knowledge, in shaa Allah aku akan cuba update regularly on his eczema maybe boleh bukak label baru senang sikit nak refer.

Susu pulak, Aniq tak fully bm sebab dah terpaksa campur fm 😟  Tapi Aniq cuma minum fm weekdays working hours saja, sebab beberapa hari dok try dia macam reject bm yang tak fresh (chill & frozen) jadi terrrrrpaksalah introduce fm jugak kat dia. So malam-malam dan bila hari yang aku cuti, dia memang fully bm la. Dok pump kat office pun semata takmau kena bengkak susu dengan nak jaga bagi susu sentiasa ada ja. Kami introduce Enfalac A+ kat dia, since dah eczema ni paeds suruh upgrade guna Enfalac A+ Gentle Ease. Harga dia boleh tahan senak jugak - RM66 untuk 500g. Sehari minum ada lah dalam 12 scoop. Dedi pengsan ahaha. Takpalahhh, anything for Aniq Mikael. Sebab memang dah tau dah, dan dah get ready, eczema baby ni memang high maintenance siket 😜

So sekarang, aku masih dok study pasal diapers, detergent dan jugak makanan yang aku kena pantang since masih bf kan Aniq walaupun dah bercampur. Stress tu tipulah kalau takda. Sebab aku perasan lepas jumpa paeds haritu, susah breast pad nak basah. Kalau tak, sampai boleh perah walaupun dok pam. Hm sedihhh. Tapi kena kuat sebab kalau dah kena eczema, tambah pulak dah takleh bf kan Aniq, lagi la sedih kann?



I love you, baby! We'll go through this journey together, k? 💕


Disclaimer: apa yang aku dah share dan bakal share sepanjang journey ni, maybe sesuai dan maybe tak sesuai kat baby eczema yang lain. Kita cuma boleh cuba try & error. Aku pun masih try & error, masih belajar. Kalau tak yakin dan rasa was-was, better consult paeds atau dermatologist k.

You Might Also Like

0 comment(s)