Review: Medela Swing Maxi / Malish Ilaria / Real Bubee pump

August 23, 2017

Hi,

Last weeks agak busy kena outstation ke beberapa tempat dalam masa beberapa hari. Tak sempat pump, inconsistent time, tempat outstation takdak fridge nak tumpang ice brick, macam-macam lagi lah sampai hari khamis mami ada satu event yang kena pi mai pi mai sampai tak sempat pump whole day -- end up last friday ter-kena jugak engorgement. Sakit yang teramat, whole area jadi keras rasa macam nak meletup, takleh terlanggar apa langsung even baju, nak pump sakit, baby nak minum pun sakit. Penting tau dak, pump tu?!

Secara tak langsung, breastpump (bp) ni sebenarnya dah jadi macam satu benda wajib untuk ibu-ibu yang beranak kecik. Nak susukan anak sampai 2 tahun (kalau rezeki lebih daripada tu alhamdulillah sangat) pun dah jadi impian semua ibu kan. Dari masa pregnant dan kena set mind nak susukan anak, in shaa Alllah dipermudahkan. Jadi dari masa pregnant lagi, ibu-ibu semua jangan lupa masukkan bp dalam to buy list, ok. Sebelum tu, kena rajin-rajin study dan baca berkenaan breastfeeding (bf) dan juga pemilihan breastpump yang sesuai. Tak semestinya first bp kita tu akan terus sesuai dengan kita, dan tak semestinya bp mahal tu maksudnya bagus. Ok?

Setakat sekarang, aku dah pernah guna 3 breast pump:

1. Real Bubee
2. Malish Ilaria
3. Medela Swing Maxi


Kalau ikutkan, Malish Ilaria macam paling best sebab function dia macam-macam ada memang sangat berbaloi dengan harga. Antaranya; kiri kanan kita boleh set pumping level asing-asing, ada memory function so next pumping session terus guna yang kita dah set takpayah nak re-set, ada silicone shield kat corong untuk bagi kita lebih selesa, ada bottle neck converter boleh sambung kat pam so boleh pump direct untuk standard neck atau wide neck bottle, dan ada lcd monitor. Tu la sebabnya aku sangat terpesona dengan Ilaria dulu. Tapi malangnya, lepas 2 kali guna, tepi breast rasa macam pedih melecet. Cuba lagi guna kali ke-3, lagi sakit. Jadinya terus aku stop guna. Entah kenapa rasa sakit tu padahal boleh kata 99% orang yang guna Ilaria ni bagi review memang best gilaaaaa. Takpalah, nasib aku jadi golongan yang 1% tu tskkk.



Lepas dah stop guna Ilaria, jadual pam aku bergantung sepenuhnya kat Real Bubee. Pam ni memang efisien, seriously tak tipu. Wajib ada power bank, kalau takda kena connect kat laptop la sebab memang takda power adapter. Parts tak banyak jugak yang kena cuci tapi parts kecik-kecik dan banyak celahan yang kena guna berus kecik. Tapi sangatlah tak sesuai untuk kegunaan heavy duty dan kegunaan harian. Dia memang elok jadi back up pump ja. So selepas dekat sebulan aku kerah dia jadi pam heavy duty, mulalah dia pun nak tingtong. Suction dah tak kuat, breast tak kosong sepenuhnya even dah pump 30mins dan gegaran motor ja yang bunyi semakin kuat.




That's it. Aku kena tukar pam lagi.

Di sinilah aku decide nak beli Medela Swing Maxi. Seriously, Freestyle tak pernah ada dalam list aku. Tak rasa teringin pun. Cuma rasa macam woahh sikit apahal ada breast pump boleh semahal itu haha. Sampailah terbaca ada sorang ni bagi komen positif pasal Swing (single pump). Pastu baca lagi, jumpa la Swing Maxi (double pump). Baca baca lagi, Swing Maxi macam dah sama ja dengan Freestyle so terus beli Swing Maxi saja - kena ukur poket jugak ahaha. Ada jugak review yang kata Swing Maxi lagi senyap daripada Freestyle.

Untuk yang tertanya-tanya (macam aku jugak dulu hehe), Swing Maxi ni takda beza sangat pun dengan Freestyle. Boleh kata semuaaaa sama kecuali Freestyle ada lcd monitor, ada memory function dan built-in rechargeable battery. Kalau Swing Maxi ni pulak takda rechargeable battery tapi guna 6 bijik battery saiz AA. Pastu Freestyle dapat tote bag & cooler bag sekali. Tu ja kot beza nya.




Bagi aku, suction dia lembut ja tak menyakitkan. Corong pun ada banyak size, ikutlah kesesuaian dengan saiz kita. Aku guna yang memang default size (24mm) pun dah selesa elok. Memang boleh rasa betul-betul kosong lepas sesi pumping. Tak banyak parts nak kena cuci - ada 4 ja; botol, corong, connector, membranes dengan cap belakang tu. Parts pun takda celahan yang rumit semua easy access dengan brush biasa. Pump tak bising, kalau sesetengah mommies kena pump kat meja kerja pun okay ja tak menarik perhatian orang lain.

Setelah beberapa kali guna Swing Maxi, aku sangat berpuas hati dengannya. Memang recommended.

Kalau korang berminat dan teringin nak dapatkan breastpump Medela tapi nak beli cash seketul agak menyakitkan poket, aku jugak ada sediakan instalment plan untuk Medela idaman korang ni - Freestyle, Swing Maxi & Swing. Boleh follow instagram @keedsniq atau direct whatsapp aku di 019-5125657 okay.

Tata!

You Might Also Like

0 comment(s)