Feeding booster seat untuk Aniq Mikael

September 26, 2017

Hi,

Since Aniq Mikael dah masuk 5 bulan ni, both mommy daddy sangat excited untuk Aniq's first solid. Mommy excited sebab boleh beli more and more tools kot. Daddy pulak excited sebab at last boleh sumbat Aniq macam macam. Eheheheh, na'ah. No way. Mommy is watching you, daddy. Tambah lagi Aniq pulak ada moderate eczema, memang takkan lah aku nak biarkan orang bagi dia makan sesuka hati.

1. Tiada garam & gula sampai umur 2 tahun
2. Tak boleh makan benda ber-gluten
3. NO to jajan, gula-gula & aiskrim
4. Tak boleh bagi ready-made baby food kat supermarket tu
5. Kena ikut 4-day rules
6. Introduce makanan berperingkat
7. Paling penting - jangan bagi makanan kita kat baby konon nak bagi baby rasa sikit

Haa, garang tak mommy? Kehkehkeh.

K, serious eh.

Aku bukan cerewet tau (walaupun boleh kata semua orang kata aku macam tu, even mama sendiri ahahah) tapi aku nak jaga eczema Aniq daripada makin teruk. Alhamdulillah sekarang controllable. Kalau eczema Aniq jadi teruk, bukan kita yang nak tanggung, kesian dia yang gatal sana sini garu sampai luka semua. Takmau tengok jadi sampai macam tu kat Aniq. Jadi nak tak nak, mommy terpaksa control. Faham eh semua......

Jadi mommy memang educate diri sendiri sangaaaat banyak tentang first solid food ni (since aku tak berjaya nak fully bf Aniq kan). Apa yang boleh/tak boleh makan, apa yang perlu/tak perlu makan. Resepi makanan, cara penyediaan, cara bagi baby makan -- mostly everything. Dan tak lupa jugak, benda yang perlu ada untuk perkenalkan kat baby. Actually yang ni tak penting sangat pun. Cuma mommy saja seronok beli ikut citarasa mommy. Mommy happy, baby pun akan happy. Ya dak? Cuma terpulang kepada pilihan masing-masing. 

Hehe panjangnya mukadimah. Well, list of things yang aku dah prepare untuk first solid Aniq, nanti baru aku share. Cuma sekarang masih pening dengan feeding booster seat. Macam mana nak pilih? Apa ciri-ciri yang kita kena tengok? Banyak sangat pilihan pun susah jugak eh heheh.


So ni antara booster seat yang dalam list:

1. Mamas Papas Baby Bud

Yang ni la aku dok berkenan sangat. Nampak kemas. Boleh pakai untuk banyak stage umur.


2. Mamas Papas Baby Snug

Yang ni pun okay jugak tapi dah tolak dari list sebab recommended boleh pakai sampai umur 12 bulan ja.


3. Jellymom Wise Chair

Selain baby bud, yang ni pun macam best. Tambah lagi best, boleh guna sampai baby umur 5 tahun!


4. Ingenuity Baby Base 2-in-1 Seat

Seat ni dah pernah pegang kat kedai baby. Seat dia lembut baby mungkin takkan sakit punggung kalau duduk lama-lama. Cuma aku tak berapa bekenan dengan finishing dia. Nampak kurang kemas. Tray kalau taknak guna, boleh buang letak kat bawah seat macam dalam gambar tu.


5. SitSafe Deluxe Booster Seat

Paling murah antara semua! Seat ni pun boleh pakai sampai baby 3 tahun.


Harga setiap seat ni berlainan ikut kedai. Haritu aku tengok kat ToysRUs lagilahhh mahal daripada kedai baby. Rajin-rajin kena survey kedai baby & online shop. Especially bila baby shop buat sale, memang muraahhhh betul. Tapi kalau nak survey 5 sekali, letih jugak la. Setakat sekarang aku punya final list ada Mamas Papas Baby Bud dengan Jellymom Wise Chair. Masih belum dapat decide antara dua. Ada lagi dua minggu nak fikir. Hm.









Gambar: Google Images
Video: YouTube

You Might Also Like

0 comment(s)