Susu baby eczema

September 12, 2017

Hi,

Susu adalah salah satu benda yang memeningkan kepala semua bakal ibu kan. Taktau macam mana nak pilih, nak ambik brand apa, mahal ka murah, sesuai ka tidak dengan anak. Semua tu memang takdak jawapan. Even pakar kanak-kanak pun takleh bagi spesifik jawapan kepada spesifik baby. Yang kita boleh buat cumalah try & error tengok sesuai dengan baby atau tak. Kalau baby tak muntah (non stop), berak elok, perut tak kembung, in shaa Allah susu tu sesuai.

Alhamdulillah sangat beruntung mommies yang dapat fully bf anak sebab susu ibu boleh membantu meningkatkan antibodi baby. Tapi maybe aku yang tak cukup persediaan atau tak cukup ilmu bab penyusuan, baby asyik nangih non stop walaupun baru lepas breastfeed. Since that, mama suruh jugak topup dengan fm, kesian baby. Tambah lagi baby boy kan memang kuat nyusu. 

Well, masa lepas bersalin terus masuk wad, aku tertidur sampai petang. Pelik jugak sebab nurse tak datang hantar baby nak bagi menyusu. Takkan baby tak lapar langsung? So aku call nurse, rupanya nurse dah bagi fm (Nan Pro) pun kat dia tsk tsk tskkk. Agaknya ni maybe punca baby jadi tak kenyang dengan susu mommy saja 😖

Hehh masa nak check out hospital pun dapat sample susu Nan Pro. So lepas mama cakap nak topup fm tu kita guna sample yang hospital bagi tu ja lah. Tapi lepas beberapa hari, baby still tak membuang. Pastu sekali dia membuang, haaa ambik. Keras dan nak kehijauan. Jadi kami stop bagi Nan Pro, tukar susu lain pulak. 

Penting okay untuk mommies monitor jenis najis baby & kekerapan baby membuang.
Sumber: Google Images

Nak senang monitor, silalah buat journal baby. Tapi kena rajin update everyday. Takleh nak mengelat dan takmau malas-malas. Actually mama yang cadangkan buat journal ni. Senang. Jot down bila baby poop, appointment hospital, vaccine, berat baby, mana baby visit / jenjalan / holiday, apa baby makan, basically everythinggggg related to baby's day. So senang kita nak track balik kalau ada apa-apa yang tak kena. Since Aniq Mikael lahir pada 24 April, so aku genapkan dan start buat bulan May ja lah.

Aniq Mikael's Daily Journal by Mommy 💕

Okay berbalik kepada susu.

Mama bagi cadangan untuk cuba Enfalac A+ sebab apit dulu pun minum Enfalac A+ memang betul bagus tengoklah size dia sekarang lol. Alhamdulillah baby okay minum susu ni membuang pun okay, takda perut kembung, tidur pun lena. Sampailahhhhh, dia jadi balik -- buang 4,5 hari sekali. Masa ni dah baby 3 bulan lebih dah. Jadi kami decide nak bawak baby jumpa paeds. Paeds cakap Enfalac A+ dah elok, tapi dia suggest guna Enfalac A+ Gentlease sebab susu ni lebih "gentle" dan sangat sesuai untuk baby yang ada masalah membuang. Alhamdulillah, lepas tukar susu baby terus selang sehari memang membuang eheheh mommy is so happy.



Celah-celah ni, baby pulak kena eczema kan. Paeds cakap teruskan ja guna susu ni plus ada beberapa kawan aku yang ada anak eczema pun guna susu ni. So kami pun belilah pek besar ni kan senang takyah kalut kejap kejap nak pi beli.

Makin hari tengok eczema baby makin merah + kering sampai kulit nak pecah dan naik air bisa. Padahal aku dah cuba sedaya upaya jaga makan dan jaga persekitaran. Bila dok membaca kat google dan tanya pengalaman mommies lain kat support group, rupanya susu pun boleh jadi salah satu point penting eczema nak flare. Sebab tiga big points (makanan) yang menyebabkan eczema flare adalah tepung, gula putih & produk tenusu. Jadi pemilihan susu yang tak menyebabkan flare adalah sangat sangat sangat penting k. Salah satu susu yang di-recommend adalah susu Karihome. Karihome ni susu kambing. Actually banyak lagi susu kambing di pasaran, cuma kena tengok kandungan either ada dak ARA & DHA dan make sure takda gula. 



So daddy belikan susu Karihome step 1 yang tin kecik 400g. Dengan penuh tawakal, aku cuba kat baby Aniq. Alhamdulillah baby minum habis susu yang aku bancuh first time tu. Dan suprisingly, lepas 3 hari guna, eczema baby dah nampak surut, dah kurang merah. Malam tidur pun dah tak menggaru. Happyyyy sangat mommy daddy tengok. So sekarang tengah monitor kesesuaian susu ni dengan baby. Harapnya, yang ni lah yang paling okay.

Harga?

Erm, bila dah anak eczema ni, semua kos terpaksa pejam mata. Asalkan baby okay dan sihat ja. Hukhuk. Untuk Enfalac A+ Gentlease, harga dia RM146 untuk 1.2kg. Jatuh dalam RM12.20 untuk 100gram. Karihome pulak RM56 untuk 400g, jadi RM14 untuk 100gram. Aduhhh beza banyak jugak tu eheheh. Tapi takpalah, asalkan Aniq Mikael dah tak menggaru, dah boleh control eczema pun mommy daddy dah cukup happy.

Nota: Susu fm ni Aniq Mikael minum masa mommy pi kerja saja sebab dia reject bulat-bulat susu yang mommy dah pump, both chill & frozen ahaha. Taktau lah pasepa, maybe tak sesedap yang fresh kot? So sepanjang masa dengan mommy, Aniq Mikael memang fully df. 

Disclaimer: post ini bukan untuk advertisement atau promote sebarang brand. Sekadar perkongsian susu yang membantu mengurangkan eczema Aniq Mikael sahaja. Mungkin sesuai dan tidak sesuai dengan bayi lain.

You Might Also Like

0 comment(s)