First Solid Food Aniq Mikael

November 28, 2017

Hi,

Sekarang Aniq Mikael dah pun 7 bulan 4 hari. Tapi dia dah start solid food seawal 5 bulan setengah (6 Oktober 2017) so dah dekat dua bulan la dia makan. Seeloknya tunggu baby cukup 6 bulan dulu baru start solid food ok. Reason kenapa Aniq Mikael start solid awal: dia kan ada eczema, so dah 3 kali tukar susu untuk dapatkan yang paling sesuai. Susu ketiga ni (susu kambing Karihome) memang sangat membantu kurangkan eczema Aniq Mikael, tapiiiiiiiii susah pulak nak buang air besar. Paeds tak suggest dah untuk tukar susu lagi. Jadi dia suggest mulakan solid food untuk Aniq Mikael. Makan puree buah-buahan boleh membantu lancarkan sistem pencernaan.

First puree: Avocado


Ok.

Beberapa guide lines start first solid food untuk baby 6 bulan:

1) Baby dah tunjuk ciri-ciri nak makan - buat mimik menelan, nak ambik apa yang ada dalam pinggan kita, tengok kita makan dengan penuh minat
2) Baby dah boleh hold leher sendiri. Maksudnya leher dia dah kuat.
3) Berat baby dah mencapai 2 kali ganda dari berat masa lahir
4) Start dengan puree buah-buahan / sayur-sayuran. Fiber lebih senang untuk dicernakan compare to carbo (bubur nasi).
5) No salt, no sugar, no MSG, no jajan, no instant food NO NO NO
6) Buat 4 days rule untuk setiap jenis makanan baru.
7) Tak semestinya setiap kali makan kena habiskan, slowly ok mommies

Point no 4,5,6 tu kena KENA kenaaaa buat especially kalau baby ada eczema. Point no 6 tu memang susah bila baby dah makin besar, dia dah pandai merasa pandai memilih. Hari pertama kedua makan ok lagi, tapi bila masuk hari ketiga makan makanan yang sama mula lah nak meludah, buat muka semua ada haha. Bertabahlah ok mommies.

Selain itu, yang point no 5, tolonglahhh jangan mudah terpedaya dengan iklan kat tv cakap makanan organic, makanan berkhasiat, bagus untuk penghadaman semua ok? Lagi lagi instant cereal, instant puree all instant instant dowan ok. Tu iklan nak lariskan jualan saja. Buat makanan sendiri di rumah kan lagi bagus, sihat & selamat? Hehe.

Makanan apa yang sesuai nak mulakan untuk first food baby?

Antara babies safest first food. Kena rajin membaca ok


Sebagai first time mommy macam orang lain, haruslah aku sangat excited prepare jadual. Bagusnya ada jadual ni sebab senang kita nak prepare bahan nak buat puree. Lagi-lagi working mommies. Tak semua grocer / Tesco / Giant ada jual benda benda ni.

Ni antara puree yang Aniq dah makan ikut 4 days rule:

Avocado ✔
Butternut Squash ✔
Apple ✖
Pear ✔
Carrot ✔
Banana ✖
Dragon Fruit ✔
Sweet Potato ✔

Tanda ✔ tu semua yang ok dengan Aniq. Makan 4 hari dan takda sebarang reaksi alahan atau tak sesuai. Yang ✖ tu hari ketiga Aniq dah sembelit teruk teruk sampai nangis jadi terus stop. Tak semua baby sama tau. Ada yang ok ada yang tak. Jadi kita kena cuba bagi baby makan, dan kena monitor kalau ada sebarang perubahan kat baby. Mana yang tak sesuai (sembelit, muntah, gatal, alergik, etc.) boleh stop dulu. Tapi jangan stop terus. Nanti lepas 1,2 bulan, boleh cuba bagi lagi pelan-pelan introduce.

Macam mana nak prepare?

Sangat senang. Aku guna Beaba Babycook untuk prepare puree Aniq. Tapi mommies boleh ja guna food processor / blender brand lain, ikut pilihan masing-masing.

Memang tak rugi invest siket beli Beaba Babycook ni 😉


Kalau guna Beaba Babycook:

1. Potong buah kecik-kecik macam dadu. Basuh bersih, masukkan dalam penapis Beaba. Kenapa dadu, untuk make sure semua potongan buah di-steam dengan sempurna.
2. Sukat air sampai tahap 3 (untuk buah yang keras macam butternut squash / sweet potato) dan tuangkan ke dalam tangki Beaba.
3. Tekan butang steam dan biarkan siap. Beaba akan berbunyi lepas steaming dah siap.
4. Pindahkan buah daripada penapis Beaba dan masukkan ke dalam blender. Tambahkan EBM untuk bagi anak kita ada sedikit rasa familiar dalam makanan baru dia.
5. Blend!

Tempoh penyediaan dalam 15 minit macam tu ja. Sementara buah tengah steam, kita boleh buat kerja lain. Memang sangat efisyen dan memudahkan kerja ok. 

Kalau guna cara biasa:

1. Potong buah ke saiz sederhana besar.
2. Kukus guna pengukus. Seeloknya jangan rebus. Kita taknak air dari buah keluar jadi air rebusan.
3. Monitor saiz api dan buah. Jangan leka.
4. Blend.

Lepas dah blend, boleh masukkan puree ke dalam bekas dan frozenkan. Kan baby kita kena test untuk 4 hari? Jadi tak perlu dah nak buang masa prepare setiap hari. Bila nak makan, pop out dari bekas yang dah difrozenkan tu, reheat, tunggu sejuk sikit, dah boleh makan.

Cara nak simpan frozen puree?

Refer gambar kat bawah, aku guna beaba multi portion yang macam bunga color orange tu, ziplock bag & permanent marker. Lepas dah siap blend puree, letak blended puree kat dalam multi portion. Reason guna bendalah ni, senang nak tolak keluar sebab base dia silicon. Tak perlu guna air. Dan boleh tolak keluar satu portion saja. Jenama lain pun ada kot, atau nak save guna ice tray ja pun boleh.

Then bila puree dah beku, selalunya dalam 24 jam tu beku elok dah, boleh keluarkan semua ketul tu masuk dalam ziplock bag. So multi portion tu boleh cuci untuk preparation next puree pula.  Bila nak makan, ambik ja seketul dari dalam ziplock. Kan senang dan jimat masa. Hihi.

Mengikut bacaan, handling frozen puree sama macam ebm. Dalam freezer boleh tahan sehingga 3 bulan, dalam fridge bahagian bawah boleh tahan 24 jam dan suhu bilik selalu aku letak tak lebih sejam. Tapi selalunya setiap ziplock tu tak lama pun sebab kejap ja baby makan. Aku beli ziplock ni kat daiso, memang elok muat ja untuk 7 ketul puree beku tu.

Untuk makan esoknya, aku terus guna beaba ja, ambik seketul -- defrost & reheat. Lebih mudah dan cepat.

Preparation frozen puree

Berapa banyak baby makan?

Awal-awal makan mommies jangan expect baby akan habiskan semangkuk. Maybe 2-3 sudu saja. Ok lah tu. Slowly baru tambahkan kuantiti makanan.

Dari segi kekerapan pulak, awal-awal dulu aku bagi Aniq makan cuma sehari sekali. Sekarang, slowly dah dua kali. Kalau boleh, bagi masa konsisten ya.

Puree dragon fruit. Tapi jangan terkejut eh kalau poo baby jadi merah/maroon hehe.

Okay tu saja perkongsian basic untuk kali ni. Next time aku share jadual makan Aniq Mikael pulak. Ni pening nak prepare untuk schedule 7 bulan pun belum habih lagi haha ok tata!

You Might Also Like

0 comment(s)