Second Anniversary di Hard Rock Hotel, Penang

November 09, 2017

Hi,

Post ni dah terlepas hampir 2 bulan dah ekekeke. Kesihatan Aniq Mikael yang kurang memberangsangkan telah membuatkan mami perlu memberi tumpuan kepada beliau hampir 200%. Draft berkurun, publish nan hado sebab tak sempat habiskan.

Ok.

Disebabkan kekangan masa dan anak masih kecik tapi tetap nak ada memorable anniversary, lagi sekali kami decide pi Penang saja. Nak pi jauh sikit, tak dan. Jadi kami book Hard Rock Hotel Penang pada 30 September padahal anniversary betulnya 25 September. Masa 25 tu kitorang baruuu sangat balik dari KL attend cousin bertunang. So nak lajak ke Penang tu kesian pulak kat baby. Jadi kami postpone ke weekend seterusnya. Book melalui Agoda sebab lagi murah daripada direct booking, plus dapat breakfast sekali.

30 September 2017, Sabtu

Around 5 pm sampai HRH terus check-in. Husband tunggu dalam kereta dengan baby so aku masuk sorang. Tercengang jugak cari reception desk kat mana sebab semua macam santai ja kehkeh. Rupanya "pulau" kat tengah tu reception depa. Awalnya aku ingat tu bar sebab banyak sangat drinks kat belakang eheheh. Dah settle check-in kami pun angkut barang dan masuk balik. Masa book kat Agoda aku dah request non-smoking floor sebab masa kami pi Genting Highlands haritu, husband lupa nak request non-smoking floor so kami dapat smoking floor. Busuknya bau nauzubillah. Memang tak sabar nak tunggu check out esok. Kami check-in jam 2 pagi so takda sapa nak layan tukar bilik kakaka.



Lepas dah dapat check-in, masuk bilik woahhh memang cantik. Very simple tapi very beautiful.



Jakun sikit bila nampak nama sendiri kat screen tivi tu eheheh. Password wifi pun ada kat situ. In-house movie pun banyak yang best best dan up-to-date.






Quilt cover dia sangattttt cantik. Sebab ada corak gitar tu nampak dak? Ingatkan kot ada jual kat Rock Shop, tapi takda la pulak. Aku cakap kat husband, ambik ja la yang ni pastu bayar kat hotel. Pun boleh kan? Hahahaha.

Sampai sampai tu lapar kemain, nak makan sebelum check-in rasa macam rugi pulak sebab kami dah lambat kan. So kami order food dari room service saja. Harga dia takla mahal sangat, standard hotel biasa saja. Maybe kat HR Cafe la yang mahal sikit. Kami tak masuk pun la sebab ada Aniq Mikael kan hehe. Erm ya, HR Cafe takleh bawak babies masuk. Maybe takut mengganggu performance live band kot. Cafe yang lain semua boleh masuk. 

Jadi kami order tomyam soup + 2 nasi putih. RM30. Tapi seriously berbaloi sebab tomyam tu sedap. First time rasanya, aku rasa berbaloi order dari room service eheheh. Eh tak, food dari room service di Lexis Penang pun very sedap.




Nampak macam sedap kan? Memang sedap pun hihi. Tomyam soup tu nampak macam sikit, tapi kami berdua pun makan tak habis. Isi pun banyakkkk.

Kami request babycot jugak. Babycot di HRH takdak any additional charge, tapi subject to availability. Kami request pun saja sebab takmau letak Aniq Mikael main atas katil, sebab tinggi sangat katil dia. Kalau kita yang dewasa ni duduk pun, kaki tergantung kot. Jadi tak payah ambik risiko, mintak babycot. Malam baru tidurkan atas katil, sebab this boy takleh tidur kalau tak kepit dengan mami dia 😆



Keluar tajuk sat: kepada yang mencari babycot, aku recommend cot ni. Best gilaaa. Yang ni boleh bawak travel sebab asalnya dia lipat kecik sangat. Masa depa ketuk pintu bilik kata nak hantar babycot pun aku macam pelik, tak nampak any katil pun. Rupanya lipat kecik ja dalam travel case dia. Very easy, tak spacious langsung. Tapi yang bestnya, dah la kecik senang bawak travel, kukuh pulak tu. Kan sesetengah benda tu kalau jenis boleh lipat bawak travel ni mesti tak berapa kukuh kan. This one, struktur memang very kukuh. Ada stand, ada roda. Ish pendek kata memang best lah. Nasib baik aku dah beli babycot Ikea, kalau tak, harus beli this one haha. Ok dah.

Petang lepas dah mandikan Aniq Mikael, kami pun keluar la jalan-jalan sekeliling HRH. Ada waterpark kecik kat belakang yang bersambung dengan bilik lagoon. Best gila yang ni (harga pun best jugak heheh).Tapi sikit ja bilik ni yang ada, kena book cepat-cepat.

Pinjam gambar Google.

Kat sini ada activity room untuk kanak-kanak, untuk remaja pun ada. Memang tak boring kalau nak duduk 3,4 hari pun.



Tapi kami tak jalan pun keluar ke beach sebab dah lewat petang kan. Bawak baby macam tak shiok pulak nak ke pantai.

Lepas dah pusing kot belakang, kami pi tengok merchandise kat Rock Shop, Too. Barang tak sebanyak di Rock Shop. Rock Shop kan bangunan asing, tapi Rock Shop, Too ni dalam main building. Tapi kitorang tak beli apa-apa lagi masa first day ni. Esoknya after check-out kot baru nak beli sikit.



01 Oktober 2017, Ahad

Bangun awal pagi siap pergi breakfast. Makanan banyak jugak variety tapi tak best sangat pun. Biasa ja. Yes, very biasa. Tak sempat nak ambik gambar sebab kalut dengan si kecik yang nak makan sama. Mana boleh lagi cek oi sabaq sat 😁

After breakfast, naik bilik nak menikmati saat-saat akhir, pastu berkemas nak check-out dah. 

Lepas dah check-out, baru kami pi Rock Shop. Oh, kat depan reception ada sale tshirt HR Penang kalau ambik 3 helai, RM180 ja. Kalau ambik 1 atau 2, harga biasa. So daddy ambik 2, mommy ambik 1. Awalnya aku taknak pun, sebab aku malas sikit pakai tshirt short sleeves - tak rajin nak pakai inner / cardi. Tapi dah husband suruh ambik, ambik ja lah. Lepas tu kami pi Rock Shop, tshirt yang sama tapi takda pun sale 3 helai RM180 tu. Pelik pulak aku. Kat Rock Shop kami beli 1 tshirt untuk Aniq dengan 1 shawl untuk mommy. (Ohhhhhhhh masa taip ni baru teringat shawl tu, entah mana aku letak??!!!) Harga tak ingat dah. Kan ni cerita almost 2 bulan lepas? Haha. 

Then lepas tu terus balik. Singgah lunch kat area Sg. Petani ja.

Habis dah cerita short getaway second anniversary kami. Very quick, very simple. Takdak any celebration pun. Saja ja nak pi jenjalan bagi ada memori sikit. First anniversary aku tengah alahan teruk, second anniversary baby kecik lagi, harapnya kot third anniversary boleh pi jauh sikit heheheh.


Mommy loves you both, so much! 💕



Ok tata!

You Might Also Like

0 comment(s)