Nak pinjam baju mak?

June 29, 2018

Hi,

Lamanyaaa tak update blog ni. Tu pun ada hati nak pakai domain .com balik kahkahkah.

Minggu ni memang tak duduk rumah langsung. Start dengan isnin malam husband pi tengok boleh dengan abang kat Alor Setar so tidur rumah mama. Then malam second sambung lagi tidur sana sebab husband tak larat drive balik rumah dan sambung lagi malam ketiga sebab husband kerja lewat. Pastu tak habis di situ, khamis malam pi tidur rumah mak pulak sebab jumaat pagi ada tuisyen dengan anak-anak jiran mak. Ni baru ja sampai rumah haduihhh memang letih jadi nomad ni ok. Tsk memang kalini rindu betui tinggal rumah lama-lama. Dnjdsjfbxjs.

Mama = biological mom
Mak / ma = mom in law

Laundry tak sempat nak buat, baju pun asal sempat bawak pi ja. Almaklumlah rumah kami dengan rumah mak-mak tak sampai 30minit perjalanan ahahaha.

Pastu sekarang tengah bulan mengambang so kulit muka memang macam bdjchsknmahsk sikit. Orang kedah kata, belemoih. Minyak berlebihan, kelihatan sunburn teroxXx dan ada jerawat sesat di pinggir pipi. Pastu aku pakai tshirt husband dengan seluar trek ja lah dah duduk rumah ja kan.

Tadi lepas waktu asar mak tanya:

"Ezi kalau nak mandi ada baju dak nak tukar? Kalau takdak boleh pakai baju mak."

Padahal aku baru mandi sebelum azan asar tu. Kahkahkah nampak sangat memang aku nampak berlemoih sebab selama nak 3 tahun dah jadi menantu mak, ni first time mak tegur pasai mandi.

Terus pi mandi lagi sekali, tukar pakai baju elok (ada ja baju elok aku bawak) dan google pasai skincare.

Kalau mama tau ni mesti dia akan heret aku pi beli baju dan bebel 16 bulan suruh tenyeh segala mak nenek lebih sikit kat muka.





Lol bye.


You Might Also Like

0 comment(s)