Wanita bekerja VS surirumah

July 05, 2018

Hi,

Sebelum tu, jom kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah baby Adam. Berehat dengan tenang di syurga ya sayang. Kepada parents baby Adam, kekzi doakan semoga tabah dalam menghadapi dugaan ni. Memang berat, tak tercapai akal. Dan kepada si pelaku yang kejam, kalau tak dapat balasan setimpal di dunia pun kau takkan boleh lari dari akhirat nanti.

.....

Susulan kisah baby Adam yang sangat tragis ni, timbul jugaklah isu ibu bekerja dan ibu surirumah ni. Tak dinafikan aku tengok banyak ja ibu surirumah yang dok post bersyukur berhenti kerja jaga anak sendiri, sanggup giveup kerja/career demi anak, dan sama waktu dengannya.

Ayat tu sebenarnya biasa ja. Takdak bunyi kutuk atau perli sesiapa pun. Tapi bagi ibu bekerja, terguris jugaklah hati tu.

Aku ni neutral tau. Sebab dedua aku dah pernah rasa. Jadi ibu bekerja dan jadi surirumah.

Masa masih kerja dulu, setiap masa teringatkan anak. Drive pi kerja pun sambil nangis. Padahal anak aku mak mertua yang jaga tau. Tapi takkan sama dengan tangan sendiri yang jaga. Sepanjang beberapa bulan mak mertua jaga, tak pernah sekali pun aku call tanya anak aku. Sebab aku akan nangis. Aku cuma mampu whatsapp husband mintak dia yang tanyakan. Ha ahh sampai macamtu sekali perasaan mak-mak yang terpaksa tinggalkan anak demi membantu suami support pendapatan keluarga. Tambah lagi dengan hutang sendiri -- hutang kereta & PTPTN.

Tambah pulak anak aku ada eczema yang agak teruk. Tak kena sikit ja, habis merah satu badan. Dia tak boleh kena habuk, tak boleh carpet, tak boleh asap, tak boleh itu ini. Makanan pun tak boleh sembarangan. Faham tak perasaan bila kita nak cakap kat mak mertua takut dikata mengarah tapi dalam masa yang sama kesian kat anak?

Masa tu boleh kata setiap dua minggu mesti aniq mikael demam. Mesti. Masuk wad takyah cakap la. Seawal 30 hari dah kena admit ward ber-drip sebab demam panas. Jadi aku terpaksa ambik cuti banyak.

Banyak yang sampai setiap minggu at least sehari aku terpaksa cuti. 

Banyak sampai bos menyampah.

Banyak sampai colleague menyumpah.

Banyak sampai aku dinasihatkan untuk resign.

Malas nak cakap hal ni sebenarnya.

Selepas berendam air mata berminggu-minggu akhirnya husband suruh aku resign jugak. Dan kebetulan masa tu mertua nak ke luar negara sebulan. Takdak sapa yang boleh jagakan aniq mikael. Jadi, aku resign. Tanggungan hutang semua tak sempat fikir -- sebab aku terpaksa.

Maka, bermulalah hidup aku sebagai surirumah yang tak pernah langsung terlintas dalam kepala otak ni sebab aku sejenis yang suka ada kerja.

Alhamdulillah husband mampu nak bayarkan kereta tu. Jadi sekarang kami ada 1 kereta ja untuk kurangkan hutang. Dan aku pun cuba buat bisnes online sebab nak bayar jugak PTPTN setiap bulan. Aku dulu study IPTS, so pahamlah banyak mana pinjaman. Kalau tak bayar jugak, entah bila aku boleh bayar.

Bila dah jadi surirumah ni cabaran macam surirumah pulak. Takda duit sendiri, semuanya kena harapkan husband. Kesian kat husband bila semua perbelanjaan dia sorang kena tanggung. Ada duit takda duit, dia terpaksa usahakan jugak. Setakat nak beli barang dapur sikit2 tu bolehlah aku tolong dengan hasil bisnes online. Nak tolong bayarkan bil bulanan, memang tak mampu lagi :(

Tu belum masuk lagi dengan cemuhan & pandangan tak enak daripada orang bila tau kita ni tak bekerja. Kolot, tak up-to-date, menyusahkan suami, takdak simpanan, tak reti mingle, sia-sia belajar tapi dok terperuk kat rumah ja. You name it, semua aku dah pernah dengar. Kami surirumah pun terguris hati jugak bila dengar macam ni.

Sebenarnya masing-masing ada pros cons. Baik jadi surirumah atau ibu bekerja. Nak buat macam mana dah ni jalan cerita hidup kita?

The best thing we can do is support each other, instead of kata hang kata aku. Takda untung apa pun.





You Might Also Like

0 comment(s)